04/06/2011

Kucing pun ada akal jugak tau!

Mesti semua orang dah tau kan berita pasal orang buang bayi kebelakangan ni. or should i say, orang bunuh bayi? Contohnya, bayi yang kena campak dari tingkat 5 dan jugak bayi yang diletak dalam tempat buang sampah. Ada banyak lagi kes-kes orang buang bayi sekarang ni. Dan semua orang pun dah tau bukan. Tapi sekarang chipmunk bukan nak cerita pasal orang buang bayi merata-rata ni. Tapi benda lain.

Tadi mak chipmunk call. Mula-mula tu sembang pasal kucing kesayangan kitorang, Si Puteh. Lepas tu mak bagitau pasal ada kucing buang anak dekat rumah kitorang. Kucing ye, KUCING! Ada 3 ekor semuanya. Dulu abang sepupu chipmunk jual burger depan rumah. Sekarang ni stall burger abang sepupu ni tak guna dah. So bapa jadikan tempat letak tools. Letak tukul, gergaji dan macam-macam lagi la. Kat dalam tu mak  ada letak kotak. Untuk kucing-kucing kitorang tido. One day ni, last week la. Mak terkejut ada anak kucing 3 ekor dalam kotak tu. Mak kucing tu tak balik-balik dah nak susukan anak dia. So mak chipmunk consider yang anak kucing tu kena buang.

Bila dengar mak cakap pasal kucing buang anak ni, chipmunk terus terfikir pasal kes orang buang dan bunuh bayi yang kita dengar minggu ni. Bayangkan la, sedangkan kucing lagi ada akal nak buang anak kat mana. Elok je dia letak dalam kotak. Ni kan pulak manusia yang memang sedia ada dikurniakan akal untuk berfikir. Tapi still sanggup lagi nak buang anak merata-rata. Sampaikan sanggup campak anak dari tingkat lima pulak tu. 

Fikir-fikir balik, kucing tu buang anak dia dekat rumah kitorang siap letak dalam kotak lagi mesti dia nak anak dia membesar dengan elok. Nak kitorang jaga anak dia elok-elok, bagi makan kat anak-anak kucing tu sampai anak-anak tu besar, sihat, gemuk. Tapi manusia?? Buang anak sekali pun, perlu ke nak buang kat tempat sampah?? perlu ke nak campak dari tempat tinggi?? Perlu ke nak campak, buang ke sungai?? Tinggalkan je la dekat bus stop ke, depan rumah orang ke. Tak payah la nak bunuh anak tu sampai macam tu sekali. Jijik sangat ke bayi yang baru lahir tu sampai buat macam tu sekali?

Malas nak cakap panjang. Lagi panjang nanti lagi merepek si chipmunk ni. Tiba-tiba rasa nak nangis pulak bila terkenangkan bayi-bayi tu, kejam sangat orang-orang yang sanggup buat macam ni. 

I'm the king of the world!! eh?

16 comments

6/04/2011 08:39:00 pm

chubbynyer kucing tuu ^^



http://edrina-dafinites94.blogspot.com

6/04/2011 10:00:00 pm

@Nur Edrina

keje die mkn je, mane x chubby.. hehe

6/04/2011 11:58:00 pm

xtau la nk samekan manusia ni gn ape dah sbb binatang pn sayang anak..

6/05/2011 12:01:00 am

@misyamissyou

tau xpe.. huhu

6/05/2011 11:56:00 am

takot arhh nak pegang kucing..hoho

6/05/2011 12:01:00 pm

@Miss Jingga

la.. nape plak?

Anonymous
6/05/2011 06:32:00 pm

wuuwuuwuu . sedih pulak baca entry nie . betul tu . lagipun kan skrg dh byk insan yg sedia terima anktu . sekurang kurangnnya jgn lah bunuh . tak berdosa pun anak tu . xD

6/05/2011 07:48:00 pm

kan? bagi je la kat orang.. mesti ada yg nak jaga anak tu.. ni tak, dibuatnya macam anak patung yang x bernyawa..

6/05/2011 09:46:00 pm

aok ey..jaik da prangey org gya..ilek jak buang anak..sian baby ya,sejok ka,lapa ka..xpikey alu jak..mun xmaok anak ya pun coba tinggal kat umah yatim ka..mun tikam2 gya,sah2 jd pembunoh pasya..emo lu kmk..huhu

6/05/2011 10:00:00 pm

@Syahirah Suhaili

yala tek.. mun nya ninggal sine2 xpa juak.. tp tok mok bunuh2 gik, sedangkan pusak gik syg anak.. kmk baca news on9 pg2 lalu emo juak la nangga berita kedak tok..

6/06/2011 01:15:00 pm

comel kucing !!!
=p

6/06/2011 03:54:00 pm

@nelly

thanks.. jgn dipuji kucing tu, nnti die dgr makin jadi plak die.. hehe

6/07/2011 09:26:00 pm

gile besar kucing tuh..

6/09/2011 01:20:00 pm

@syrupmasin

kuat makan, besar la die.. =)

6/12/2011 01:36:00 am

salamualaik..
tingkt 5 tu tinggi ooo!!! kalau cik amna yg kena campak pun boleh m*ti la, ape lg baby tu. kesian sangat ;(

6/12/2011 02:42:00 am

@amna

wslm.. betul tu.. kalau kite yg dah besar panjang ni pun boleh m*ti, ape lg budak yg baru lahir..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...