22/07/2011

Alah, abang bujang si Bujang Senang tu

Macam biasa pagi-pagi mesti akan buka Metro sementara tunggu mood untuk bekerja tu datang. Biasalah, macam-macam news kita boleh baca pagi-pagi macam ni. Tapi kan, dalam minggu ni cerita yang menarik minat Chipmunk pasal Abang Bujang ni atau orang kenal sebagai Bujang Senang. Alah, adik-beradik En. Alligator tu. Kenal? Nak senang orang panggil buaya je.

Baca tak news pasal kisah buaya yang mengganas di Daerah Saratok, Sarawak? Tak tau la betul atau tak, baca dalam Metro minggu ni orang-orang kampung cakap buaya tu sebesar Perodua Myvi. Semua orang tau macam mana rupa Perodua Myvi kan? Boleh imagine besar mana buaya tu? Chipmunk baca lagi, 2 bulan lepas ada seorang nelayan kena baham masa tengah tangkap udang. Belum lagi kisah Abang-Abang Bujang ni baham lembu-lembu penduduk kampung. Yang ni, yang Chipmunk baca hari ni. Nelayan beri salam lepas terserempak buaya dan Dua lagi masih diburu. Biasanya orang-orang kampung percaya yang buaya ni pandai berdendam. Betul atau tak Chipmunk tak tau la. Bapa Chipmunk yang selalu cerita, nenek pun ada jugak. 

Cerita pasal si Abang Bujang ni kan, Chipmunk teringat pulak kat kampung. Dah dekat 2 tahun tak balik. Balik rumah pun setahun yang lepas. Balik kampung lagi la jangan harap. 


Klik kalau nak tengok lagi jelas

Kampung bapa di Daerah Simunjan, dalam Bahagian Samarahan. Oh ya, Chipmunk berasal dari Miri. Nak balik kampung Bapa selalu balik naik kereta, dalam 10-12 jam perjalanan. Kalau balik selalu stay kat rumah makcik, kakak kepada bapa. Rumah betul-betul tepi sungai. Kalau tak disebabkan ada Abang Bujang, dah lama kitorang adik beradik terjun mandi sungai. Arrow tulis SARATOK tu lah tempat Abang-abang Bujang ni kena buru. Nampak macam dekat je kan? Tapi agak jauh la jugak. 


Nampak tak feri tu? Kalau nak menyeberang sungai, kena pakai feri. Dalam setengah jam jugak la dari seberang nak ke seberang. Sungai ni namanya Sungai Sadong. Chipmunk pernah baca novel title Bujang Senang, Legenda Sebuah Cinta karya Dr. Idris Boi. Latar tempat novel ni di Sungai Sadong. Nak tau banyak pasal kisah-kisah negeri Sarawak boleh lah cari novel ni.

 Feri tadi dah dekat dah


Chipmunk dengan cousin, Sofea suka lepak sini. Time ni air pasang. Kalau tak takutkan Abang Bujang dah lama letak kaki dalam air. Tapi fikir-fikir balik kalau ada Abang Bujang mau ditariknya terus masuk dalam mulut. 


 Ni la view yang Chipmunk tengok kalau ber'calling-calling' dengan En. Barney. Kat rumah takda line. Terpaksa la bertenggek kat jambatan merentas 'sungai kecik' kat depan rumah ni. 

 Bapa Chipmunk time tunggu nak sampai seberang

Keluar dari feri nampak signboard ke pekan Simunjan.

p/s : rasa nak menangis je masa tengah taip entry ni. RINDUNYA!

12 comments

7/22/2011 05:28:00 pm

aieee! kamek urg simunjan! hehe. mek kpg sageng. kitak cney?

7/22/2011 10:59:00 pm

Eee tkutnye boye.. Tp sarawak mmg bnyk boye pon kt sungai die.. Pahtu boye die jns melantak mnusia tnpa rase bslh~ Pehhh~

7/23/2011 01:58:00 pm

@Shiqeen

bapa kmk org selangking.. setahun skali jak balit.. hehe

7/23/2011 01:58:00 pm

@Liyana Zahim

btol btol btol.. =)

7/23/2011 02:01:00 pm

dekat jak paduhal. ehehe. ;) nice to know u :D

7/23/2011 02:54:00 pm

@Shiqeen

nya la ya tek.. tp kmk lamak dah x balit s'wak.. xtauk dah apa jadi.. huhu

7/24/2011 11:23:00 am

xda kmk maca news sal ya kow..besa myvi?? iieee...biar mena..besa na juak ow..

7/25/2011 07:49:00 am

@Syahirah Suhaili

xda juak nya bena ya kali..

7/25/2011 05:15:00 pm

alo2..sabo lalink..nt balik eh..=)

7/25/2011 08:44:00 pm

@tiefazatie

tak sabar nak balik ni.. tinggal 2 minggu lagi.. =)

7/26/2011 04:39:00 pm

Isk..saboo! Saboo! sok lusa raya, aisya blk la sana yea!

7/26/2011 06:01:00 pm

@lagenda

tu la mak.. tak lama lagi balik la ni.. tinggal 8 hari lg nak praktikal ni.. pastu balik la..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...