15/07/2011

Dear Harry...




Siapa yang tak tau cerita Harry Potter? Tak kisah la either novel atau movie sekalipun. Chipmunk suka baca dan tengok sebab kadang-kadang yang dalam novel takda dalam movie. Dekat rumah pun novel Harry Potter pun siap susun kemas-kemas lagi dalam almari. Sayang tu. 

Movie ni start keluar masa Chipmunk sekolah rendah lagi. Dalam darjah 4-5 kot. Dah lama dah, tak berapa nak ingat sangat. Rasa-rasa macam darjah 5 kot. First sekali, Harry Potter and the Philosopher's stone. Dulu, parents Chipmunk agak strict jugak la. Nak kuar rumah pun susah melainkan nak main petang-petang pukul 5-6 every weekend je. Tu pun kat area sekolah je. Biasalah anak-anak cikgu, tinggal kat kuarters cikgu kan.  (Kat Sarawak pukul 6 lebih dah maghrib, haruslah pukul 6 tu kena masuk rumah). Kalau nak keluar dengan kawan-kawan ke bandar tu jangan harap la. After Form 5 baru dapat pass untuk keluar ke bandar dengan kawan-kawan. Tu pun, parents mesti tau keluar dengan siapa dan before 5 dah kena sampai rumah. (Sekarang pun sama jugak, cuma kepala dah makin keras. Pukul 7-8 adalah waktu standard sampai rumah). Jadi nak keluar tengok wayang dengan kawan-kawan memang takda harapan la jawabnya kan.

Dah tak dapat nak tengok wayang, Chipmunk pun dengan gigih tanya kawan-kawan siapa yang ada DVD Harry Potter kononnya nak pinjam. Dan nasib memang baik lah, jiran sebelah rumah pulak yang ada. Nak tengok pulak satu hal. Bapa memang payah sikit kalau anak-anak beliau pinjam DVD dan yang sewaktu dengannya kat orang lain ni. Kalau buku takpa pulak. (Biasalah, cikgu disiplin katakan). Dah nak sangat tengok En. Harry ni, Chipmunk curi-curi tengok masa parents takda kat rumah dan nasib baik both of my parents mengajar waktu petang dan boleh la tengok senyap-senyap kan? (Punya la determine nak tengok En. Harry and the gang ni). 

Bila ingat balik rasa kelakar pulak kan. Esok nak pergi tengok part last Harry Potter and the Deathly Hallows dengan En. Barney. Rasa macam sayang pulak bila cerita Harry Potter and the gang ni dah habis. Yela, membesar dengan cerita Harry Potter kan. Bila dah habis, rasa macam cepat sangat masa ni berlalu. Rasa sedih pulak, lepas ni takda dah movie Harry Potter yang ditunggu-tunggu. 


Orang yang sama tapi masa je yang berbeza. Lain kan? (^_^)

8 comments

7/15/2011 04:18:00 pm

wahhhhhh..best gile...
nk jugakkkk...
ingt chipmunk tu ape..
name kau pulak eh??haha
aku pun ade novel HP tu..
tapi versi bahasa melayu..
akak nye..x bace pun..hahaha
best eh?sumpah jelessss grrrr

7/15/2011 05:50:00 pm

kmk mok juak diat cta tok minggu dpan..nak diat ujong minggu tok jgn arap la mun ctok..tiket suma sold out..mek mok diat 3d..haha..kotan tek syg cta tok da nak abis nak,mok abis2 feel diat cta last tok..haha..mesti rindu lak..diat ulang2 la dr no1..

7/15/2011 07:21:00 pm

suka sangat cita tuh. sy kumpul suma novel dan cd. hehe. nnti dah tgk boleh lah buat review filem harry potter tuh. hehe :D

7/15/2011 11:51:00 pm

harry potter best ! :)

7/18/2011 09:25:00 am

@Syahirah Suhaili

nang totally sold out eh.. kmk hari ya pun mintak tolong kawan beli pake kdt card.. mun x, nang iboh harap la nak nangga weekend..

7/18/2011 09:26:00 am

@mira

review on the way.. =)

7/18/2011 09:26:00 am

@Adda

setuju setuju setuju! =)

7/20/2011 12:16:00 am

@Far8 budak baik

chipmunk tu nick name dia.. haha.. da ade novel nape xbace je klau dah taw best? ^^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...