26/10/2011

Nuffnang Premiere Screening : The Adventure Of Tin Tin (3D)


Bismillahirrahmanirrahim.
Ok. Nervous ni. Tak pernah nak join benda-benda macam ni. Ni first time join contest yang En. Nuffnang anjurkan. Disebabkan malas berpenat lelah memerah otak speaking-speaking bagai, jadi post je la dalam bahasa melayu ye dengan satu-dua perkataan bahasa inggeris sana-sini. Disebabkan dulu time kecik-kecik suka tengok satu kartun ni, bila buka page En. Nuffnang nampak En. Nuffnang cakap-cakap pasal benda ni, tertarik lah nak join. Pernah mention pasal kartun ni masa tengok The Smurf hari tu. Kartun atau movie yang dimaksudkan adalah The Adventure of Tin Tin. En. Nuffnang anjurkan contest dan 50 lucky bloggers akan dapat a pair of tickets untuk tengok The Adventure of Tin Tin. Tapi ada syaratnya, kena buat satu entry tentang adventure yang korang kononnya nak pergi dengan pet korang.

Ini adalah Cik Teng-teng

Teringin nak pergi adventure dengan kucing saya bernama Cik Teng-teng. Orang lain mungkin akan bawa pet diorang naik gunung everest atau nak bawa terbang ke bulan ataupun siri penjelajahan dunia dalam laut. Tapi kalau saya, cukuplah kalau saya dan Cik Teng-teng dibawa ke dunia yang penuh dengan aiskrim.Lebih kurang macam movie Charlie and the Chocolate Factory.


Mesti best sebab saya dan Cik Teng-teng boleh makan aiskrim banyak mana pun kami suka. (FYI, Cik Teng-teng suka aiskrim. Makan aiskrim mesti ajak Cik Teng-teng sekali). Dalam dunia yang penuh dengan aiskrim ni, kami boleh jumpa rumah dan macam-macam lagi yang diperbuat daripada aiskrim. Senang cerita hampir semua benda diperbuat daripada aiskrim. Oleh sebab itu la even Cik Teng-teng pun kena pakai baju sejuk berlapis-lapis jugak. Yang uniknya, pakaian orang dalam dunia aiskrim ni sangat colourful. Maybe sebab aiskrim ada macam-macam colour kot. Salji aiskrim which is aiskrim yang turun daripada langit sangat berwarna-warni dan juga ada macam-macam perisa. Boleh imagine macam mana Cik Teng-teng melompat-lompat keriangan sebab suka tengok salji aiskrim yang sangat colourful.

Imagine Cik Teng-teng pakai baju sejuk. Comel bukan?

Tapi sayang.
Semua ni hanya sekadar angan-angan yang sememangnya tak mungkin akan jadi realiti. Tapi nak dapat tiket dari En. Nuffnang tengok Premiere Screening, The Adventure of Tin Tin mungkin boleh jadi realiti. =)

10 comments

10/26/2011 06:00:00 pm

kompem dapat tok.. coz kmk slalu dapat tiket camtok dari dak nuff..

10/26/2011 09:39:00 pm

comeynya cik teng-teng tu ;)

10/26/2011 11:50:00 pm

@Umie Artoqiemie

yakah? kmk try2 jak.. lgpun mun rezeki best juak.. nang mok nangga cerita ya.. =)

10/26/2011 11:50:00 pm

@Miss Purple Ungu

thanks. =)

10/27/2011 03:04:00 pm

alolo..sgt comel cik Teng teng..
Good Luck ye.. ^_^

10/27/2011 04:45:00 pm

@LiLy @ MumMyQiStInA

thanks sis.. =)

10/27/2011 05:53:00 pm

all da best!
ifa xjoin sbb jauh kan..haha

10/27/2011 10:46:00 pm

wiiee..mun dpt tok mesti bez nak ow..hehe..mbak cik tengteng diat movie x? haha..mun jak nya renah klak..haha..mbak en.barney jakla :D

10/28/2011 08:34:00 am

@tiefazatie

thanks sis..
tu la, dh dekat join je la kan.. =)

10/28/2011 08:35:00 am

@Syahirah Suhaili

xpat nak mbak cik tengteng.. nya di miri nun.. hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...