14/04/2012

Marvel's The Avenger


Entry ini adalah untuk menjawab soalan pihak Nuffnang yang INI.

soalan :
What superhero would you be if you could create a new member for The Avenger's team and how would you save the world?

Ahli baru untuk The Avenger's team? Macam dalam jawapan yang pernah saya beri untuk mendapatkan tiket The Hunger Games dulu, saya masih lagi ingin mengekalkan imej seorang budak perempuan yang comel dan jugak kelihatan innocent tapi mempunyai suatu kuasa yang digeruni. First impression musuh terhadap saya, merupakan seorang budak perempuan yang menyusahkan dan hanya mampu meraih simpati orang lain. Tapi bagi yang sudah mengenali saya, mereka pasti akan berasa gentar. And I am known as The Little One.

nampak comel dan innocent bukan?

Namun, semua persepsi budak comel dan innocent tu berubah setelah meliha saya bertukar memakai kostum saya iaitu seperti gambar-gambar di bawah ini.




Erza Scarlet dari anime Fairy Tail

Hebat bukan? Kostum tersebut boleh berubah-ubah mengikut keadaan dan juga lawan. Senjata juga berubah mengikut kostum yang dipakai. (Inilah akibatnya banyak sangat tengok anime Fairy Tail sampai terpengaruh).

Macam mana agaknya saya boleh menyelamatkan dunia?

Selain daripada kostum hebat tersebut, saya juga mempunyai kuasa untuk menjadi halimunan. Oleh itu, saya mempunyai kebolehan untuk bertindak dan menyerang musuh dalam keadaan yang halimunan. Walaupun bunyinya kedengaran seperti tidak adil tapi ia adalah kekuatan saya yang amat digeruni oleh pihak musuh. Akan tetapi, kuasa halimunan tersebut amat terhad dan kelemahannya amat merunsingkan iaitu alahan terhadap perfume. Kelakar bukan, tapi itulah yang mengehadkan saya untuk menggunakan kuasa halimunan tersebut. There is something special about my blood structure. Keistimewaan ini yang membolehkan saya untuk menjadi halimunan dan memberi kesan terhadap semua yang mempunyai direct contact dengn kulit saya iaitu kostum dan juga senjata yang saya gunakan. Akan tetapi sekiranya deria bau saya menerima rangsangan bau perfume ia akan secara automatik mengubah struktur darah saya kembali menjadi normal seterusnya mengakibatkan saya kehilangan kuasa halimunan. Namun ianya tidaklah menakutkan saya. Ini adalah kerana saya mempunyai kostum yang hebat untuk membantu saya mempertahankan diri dari serangan musuh. Selain daripada kuasa halimunan dan juga kostum yang hebat, kepantasan saya melakukan serangan terhadap pihak musuh memang tidak dapat disangkalkan lagi dalam menjayakan misi saya untuk menyelamatkan dunia.

Dan yang paling penting, sidekick saya. Tak lain tak bukan Cik TengTeng. Baca SINI kalau nak tau macam mana Cik TengTeng melawan musuh dalam movie Puss In Boots tahun lepas. Biarpun orang tengok macam Cik TengTeng ni hanya sekadar seekor kucing peliharaan tapi orang tak tahu yang beliau sangat pandai dan handal merisik. Bertopengkan muka dan perwatakan yang comel, siapa sangka Cik TengTeng ni sebenarnya adalah secret agent.

 The Little One suka sembunyikan Cik TengTeng dalam beg smurf yang comel

 Ini adalah gaya Cik TengTeng untuk mengumpan musuh

 Ini dipanggil sebagai Gaya Katak iaitu Cik TengTeng sedang bersembunyi daripada pihak musuh

Ini hanya digunakan bila perlu, Hypnotizing Skill

p/s: sebenarnya ini dikarang tanpa pengetahuan En. Barney. Tapi bila beliau baca ni of course lah beliau akan dapat tau jugak kan? InsyaAllah, kalau dapat tiket ni nanti Chipmunk jadikan hadiah sampingan sempena anniversary kami yang kedua nanti. Happy anniversary in advance sayang. =)

25 comments

4/14/2012 06:09:00 am

waaa... tingginya imaginasi chipmunk.. bagus3 :D

4/14/2012 09:52:00 am

hahaha..garang nyer muke kucing tu.. :)

4/14/2012 02:44:00 pm

aww, jatuh hati dengan cik teng teng. :)

4/14/2012 04:03:00 pm

suka tgk erza tu..cik teng teng nak hypnotize sapa tuh :D

4/14/2012 04:03:00 pm

hahahaa. comelnyeeeee..

4/14/2012 04:36:00 pm

hahahaha. amboii. tudiaa si comel :D comelnyerr kak. kalaulahh dapat pegang diaa. :D comel2

4/14/2012 08:35:00 pm

~wah..teruja baca entry nie..nak power sikit..hehe :)

4/14/2012 09:34:00 pm

akak pon tengok fairy tail?
patut la rase macam bese tengok anime tu. .hehe

4/14/2012 10:21:00 pm

cik teng teng sangatlah tomeyyyyyy

4/14/2012 11:08:00 pm

hi friends this blog is very sweet, and soothing music is nice, I like and folow 2221, do not forget awaited folow behind on my blog, thank you

4/15/2012 01:26:00 pm

wwah.....hebat2...ifa xtau lg idea apa nie..haha

4/16/2012 06:52:00 pm

geramnye tgk..terhibur tgk kerenah dia.. :)

4/16/2012 11:13:00 pm

@Haruno Hana 하나

bese2 je la.. xsampai tahap mampu buat novel lg.. hehe..

4/16/2012 11:13:00 pm

@♥AieN ChoiN♥

kucing tu nmpak je garang.. padahal, xlangsung ye.. hehe

4/16/2012 11:14:00 pm

@anNaqia

mesti kembang cik tengteng kalau dia dengar ni.. haha

4/16/2012 11:14:00 pm

@penmerah

tp comel lg kucing2 akak yg debab2 tu.. hehe.. geram tgk.. =)

4/16/2012 11:15:00 pm

@Detective Fiqa

dia mmg suka klau org belai ni.. makin mengada la.. hehe

4/16/2012 11:15:00 pm

@BlueiceButterfly

power ape ni? hehe

4/16/2012 11:15:00 pm

@Syamira Yahya

satu2nye anime yg sy tgk.. hehe

4/16/2012 11:16:00 pm

@puteri kasih

tengteng tu kak makin org puji makin mengada.. hehe

4/16/2012 11:16:00 pm

@tiefazatie

hehe.. power sis pun hebat la.. hehe

4/16/2012 11:17:00 pm

@LiLy @ MumMyQiStInA

tau xpe kak.. mcm2 je aksi die..

4/21/2012 12:52:00 am

@kaishin

mmg la suke.. hahahaha

4/21/2012 12:53:00 am

@penyuluh perikanan

u're welcome :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...