05/05/2012

Review : Sayangku Merajuk oleh Ayu Emelda


Dalam entry ahad lepas (klik SINI untuk baca), Chipmunk ada bagitau yang Chipmunk pergi Pesta Buku Antarabangsa kan. So, sempat la capai satu dua novel. Eh, tiga actually. Dan dua buah novel tu Chipmunk dah habis baca dah. Dan sekarang turn buat review la kan. Before tu kita tengok gambar dan sinopsis dan of course la tajuk sekali.


Sayangku Merajuk oleh Ayu Emelda
Bulan madu Aireen hanya bertahan seketika apabila ijab dan kabul seakan-akan termeterai tiga bulan. Akhirnya, lima tahun dia ditinggalkan dalam gerhana. Wanita mana tak meradang, hati mana yang tak sengsara?

Pertemuan semula terjadi tanpa diduga. Shahir kembali demi memburu sekeping hati sedingin iceberg! Sayangnya, pujukan itu hanya dipandang sepi. Langsung tiada erti!

Dendam Aireen bukan satu mainan. Dia tegar mengalihkan cinta pada lelaki lain. Biar Shahir merana. Biar padan muka dia!

Bagi Shahir pula, cintanya terhadap Aireen adalah yang pertama dan terakhir. Walaupun rajuk isterinya panjang berjela, dia tidak mungkin sesekali mengalah!

Mungkinkah kesabaran sebagai seorang suami akan kecundang akhirnya?


Pendek cerita, novel ni boleh tahan jugak bestnya. Chipmunk tak tau kenapa, novel ni mengingatkan Chipmunk dengan novel Andai itu Takdirnya oleh Siti Rosmizah. Mesti tau kan novel tu? Bezanya hero dalam novel Sayangku Merajuk ni tersangat la baik. Cuma ego yang terlampau tinggi mengaburi mata sang isteri tentang kebaikan sang suami. Ditambahkan pulak dengan kehadiran pihak ketiga dan juga campur tangan keluarga yang mengeruhkan lagi keadaan. Tapi kecomelan Fyra dan Dyra dalam novel ni yang menceriakan jalan cerita. Ha, siapa Fyra dan Dyra ni? Shahir ni pulak macam mana? Mampu ke dia bersabar dan bertahan dengan rajuk dan dendam Aireen? Dan apa pulak rancangan Zarul dan Laura lepas ni? Yang tu kena la baca sendiri ye. Tak best la kalau dari A sampai Z story kat sini. Hehe


p/s: Salah faham tu sudah cukup untuk mengeruhkan keadaan. Kalau ditambahkan dengan ego yang tinggi, agaknya apa la yang akan terjadi?

15 comments

5/05/2012 08:21:00 am

bestnya dpt pergi PBAKL >__< salah faham tu boleh dbetulkan kalo dua2 pihak saling bertolak ansur.. kalo ada terlampau ego, susah la jadinya..

5/05/2012 09:30:00 am

macam best jee..fiza nak pergi beli satu jugak lahh!

5/05/2012 11:18:00 am

teringin sgt nak bace novel... tp tak mampu, bukan tak mampu beli, tak mampu nak baca.. cukup 2-3 muka surat, saya akan mula berasa mengantuk...:(

5/05/2012 06:01:00 pm

Macam best jak novel tok :D

5/05/2012 06:49:00 pm

nape tak belikan novel utk sis :P

macam best je novel ni...nak try cari la :)

5/05/2012 07:19:00 pm

wah, seronoknya dpt bce novel. mesti best kan novel tu.. nk pinjm.. hehe

5/05/2012 08:55:00 pm

~dah lama tak baca novel..huhu
menarik la..cover pon cantik..:)

5/06/2012 02:01:00 am

@Zeaf I-sahus

xpe.. boleh bace slow2.. asalkan habis.. ambik mase 2-3 bulan pun xpe :)

5/06/2012 09:02:00 pm

@Zeaf I-sahus betull cakap @IsMail..ambik masa 2-3 bulan pun xpe..fiza amik masa setahun utk habiskan satu novel..^_^

5/07/2012 07:38:00 pm

@Haruno Hana 하나

tau xpe.. mcm dlm novel tu la.. hmmm.. last2 mnyesal..

5/07/2012 07:38:00 pm

@Fiza Diaries

best2.. mmg xrugi la bce.. hehe

5/07/2012 07:39:00 pm

@Sally Yatiey

nang best.. hehe.. try la carik..

5/07/2012 07:40:00 pm

@puteri kasih

la, sis x cakap siang2.. hehe

5/07/2012 07:41:00 pm

@Iqa Zulaika

boleh2.. sejam 20 ringgit.. kihkihkih

5/07/2012 07:43:00 pm

@BlueiceButterfly

cover die meriah je kan? hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...