29/03/2013

Tips Elakkan Demam Versi Saya

Sekarang ni, mungkin semua sedia maklum keadaan cuaca agak tidak menentu. Contoh macam di Bangi ni, tengahari memang cuaca terik sangat. Bagi yang Puteri Lilin macam Chipmunk ni, memang rasa macam kulit ni pedih je. Tak mampu nak keluar hostel. Ada jugak yang transform jadi vampire ni. Bila petang pulak, langit gelap seakan-akan malam. Petanda hujan lebat. Chipmunk tak tau la tempat lain macam mana. 

Tak boleh berpanas langsung. Haih, gemuknya lah perempuan ni. Diet, diet!

Mak selalu cakap, keadaan macam ni boleh sebabkan kita senang jatuh sakit, demam. Sekarang ni pun, Chipmunk pun tak berapa sihat. Baru je demam 2 minggu lepas, sekarang ni nak demam lagi. Bukan lah Chipmunk nak merungut, cuma Chipmunk ni jenis yang jarang demam. Setahun dua adalah sekali dua demam tapi ambik masa yang lama untuk sembuh. Bagus jugak sebab sesungguhnya sakit itu penghapus dosa kecil. Alhamdulillah.

Bila rasa macam nak demam ni, Chipmunk list lah beberapa perkara untuk mengelakkan demam. Untuk diri sendiri je sebenarnya. Sebab nanti kalau demam, En. Barney akan paksa pergi klinik. Sesungguhnya, Chipmunk dan klinik tak pernah berkawan baik! Jadi, daripada kena heret pergi klinik oleh En. Barney ada baiknya kalau Chipmunk ambik langkah berjaga-jaga. Lagipun, mencegah lebih baik daripada merawat bukan? Oleh sebab tu lah, Chipmunk rasa macam nak share je list Chipmunk tu. Alah, tips yang simple-simple je. Kalau korang ada tips lain yang lagi baik boleh kita jugak kita kongsi-kongsi. Uish, panjangnya mukadimah.

  1. Yang ni boleh kata cliche. Minum air masak banyak-banyak. Chipmunk ni jenis yang jahil sikit nak minum air masak. Macam berdendam pulak. Kenapa entah. Tapi percayalah, banyak manfaatnya kalau minum air masak banyak-banyak ni. Peringatan untuk diri sendiri.
  2. Kurangkan minuman sejuk dan bergas. Pernah Chipmunk mention dulu, kalau minuman sejuk ni Chipmunk kurang sikit. Kalau keluar makan pun, Chipmunk akan order Limau Panas, Teh O Limau Panas, Horlick Panas and the list goes on. 
  3. Kurangkan pendedahan kepada direct sunlight. Kalau boleh elakkan. Chipmunk ni memang dah Puteri Lilin, sampai En. Barney cakap kalau Chipmunk lari 100 m bawah cahaya matahari mahunya berapa saat je.
  4. Kalau anda berada di tempat yang sejuk sampai nak menggigil-gigil tu pakailah pakaian yang sesuai. Contoh macam bilik kuliah Chipmunk sendiri. Cuaca kat luar tu bukan main terik semacam. Bila dah masuk bilik kuliah, suhu macam -10 darjah celcius je. Sangat terasa perubahan suhu yang sangat drastik tu ye. Sebab tu lah, kalau nak pergi kuliah, Chipmunk cuba untuk bawa sweater sekali. Tak pun avoid tempat duduk bawah aircond. Kalau tak, siap sedia je lah untuk menjadi patung ais dalam bilik kuliah tu.
  5. Yang ini, kalau cuaca panas atau badan dah mula rasa panas ataupun Chipmunk berjemur di tengah panas mesti yang ini tak boleh tinggal. Air penyejuk badan cap kaki tiga. Bertujuan untuk mengelakkan peristiwa yang tak diingini. Chipmunk ni kalau berjemur atau cuaca panas siangnya, malam tu mesti hidung berdarah. Dari Chipmunk kecik-kecik lagi dah macam tu. Kurang minum air kot puncanya. 
  6. Amalkan pengambilan 2 sudu Sunquick setiap hari. Boleh rujuk entri INI. Panjang lebar dah Chipmunk terangkan dalam entri tu.

Anda ada lagi tips-tips yang lain? Bolehlah dikongsikan bersama. Mana tau sesuatu yang baru bagi Chipmunk, mungkin yang lain juga. Sekarang ni Chipmunk dalam usaha untuk mengeluarkan peluh dengan berjalan-jalan mengelilingi UKM petang-petang. Boleh exercise jugak, daripada duduk dalam bilik tak buat apa.

Kesian dia baru lepas makan ubat, baru lepas kena inject.

14 comments

3/29/2013 08:18:00 pm

<< 3 minggu dah demam!!! Huhuhu. Yes, slalu sgt kena perubahan drastik mcm tu. Tiap kali keluar dari class yg sejuk confirm pening sbb kena cahaya. Sensitive sungguh. Huhu..

3/29/2013 08:26:00 pm

tang minum air masak tuh mmg la jarang nk buatnya tapi kalau minum air berais cepat je..huhu

3/29/2013 09:57:00 pm

Aisya, kurgkn minuman sejuk dan bergas tu, memang sangat mujarab. Lana dah lama amalkan, sejak sekolah lagi kot. Memang jrg demam.

Lagi satu, kalau dah rsa mcm nak demam, lana amalkan minum teh bunga krisantimum tu. Fungsi utk sejukkan bdn gak, mcm air cap badak.

3/29/2013 10:06:00 pm

moga cepat sihat yer dear..

3/30/2013 12:13:00 am

cuaca kat sini pun panas terik. nak keluar pun fikir 2,3 kali. hihi.. bagusla cepat alert. boleh elakkan demam. ;)

3/30/2013 03:22:00 pm

Samalah cuaca kat sini..tengahhari panas..asal petang jer mesti hujan...
Minum air masak banyak² tu memang diamalkan setiap hari..^^

4/01/2013 11:19:00 am

@Vee Lea

dahsyat. Dah pergi klinik belum?

4/01/2013 11:22:00 am

@Mime MF

sy ni minum berais tak minat jugak. huhu

4/01/2013 11:22:00 am

@Tinta Lana

utk buang panas kan? org kata cincau dan barli pun elok jugak. =)

4/01/2013 11:23:00 am

@azizah :)

thanks kak jijah. =)

4/01/2013 11:25:00 am

@Chic Na

sekejap sejuk, sekejap panas. Kita pun jadi pening dibuatnya. huhu

4/01/2013 11:26:00 am

@LiLy @ MaMaQiStInA

kat mana2 pun lebih kurg kot kak.. huhu.. tu la, tp sy ni minum air masak malas sgt. nape entah

4/01/2013 09:55:00 pm

salam =)
minum air msak bnyk2 je..jgn malas! huuu...

4/02/2013 11:45:00 pm

@Cik Yaya

hehe.. betul2..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...