15/04/2013

Bukit Broga, bertemu jua kita akhirnya!

Ini aktiviti semalam. Tak larat nak update semalam, sebab dah terlampau penat. Plus, ada benda lain yang diceritakan terlebih dahulu. Asal skema sangat ayat nih? Dalam entri INI, Chipmunk ada letak gambar kat bawah ni, nak suruh anda teka Chipmunk nak pergi mana....

Nak resipi tak? Hehe

Sandwich telur, resipi turun temurun Kelab Tarian Sanggar Citra. Kononnya. Cuma kali ini tambah daun salad sikit. Sedappppp. Kak Lily tanya, Chipmunk nak pergi Langkawi ke? Oh tidak, tidak. Chic Na tauke coklat pulak kata Chipmunk nak pergi piknik. So-called picnic la jugak.

Actually, Chipmunk pergi mendaki Bukit Broga sebenarnya. Bersama En. Barney, Cik Yani, Acap a.k.a Arn Si Arnab dan Syahir a.k.a Blogger Syark. First time jejak kaki tau. Chipmunk sampai UKM pukul 11 malam hari sebelumnya selepas keluar berjimba bersama gelpren sekalian. Lepas siap mandi dan kemas-kemas barang untuk ke Broga, Chipmunk pun menapak lah ke bilik Cik Yani, nak buat sandwich telur tu pukul 12 tengah malam ye. Rebus telur dalam heater baru perasan roti tak beli! Terpaksa lah suruh En. Barney keluar beli roti sekejap. Bijak sangat kan? Nak buat sandwich tapi rotinya tak ada. 

Dah selesai semua harus lah tido sekejap. Tapi jam dah pukul 2 pagi. Nak geraknya pukul 4 pagi. Boleh pulak malam tu nyamuk banyak, mengganggu konsentrasi untuk tido. Last-last pergi Broga dengan mata yang mengantuk dan kaki yang letih dan lenguh setelah seharian meronggeng. Bajet kau hebat lah cik kak?

Maka tatkala jam berdenting 4 kali, bergerak lah Si Kancil Merah dan Si Kelisa Putih ke asalnya. Destinasi lah makcik. Chipmunk tak ingat pulak sampai Broga pukul berapa. Tapi time tu tak ramai lagi orang yang ada. Sampai-sampai, panaskan badan dulu kemudian terus dengan ekspedisi mendaki. Mula-mula tu okay lagi, tapi tak lama kemudian terasa effect tak tido dan tak rehat. Gila kau, rasa nak putus nyawa I. Mulut tak berhenti sebut Allahuakbar. Serius penat gila. Chipmunk ni dah la jenis yang stamina tak tinggi. Memang ke laut lah! 

Alhamdulillah, setelah melalui kawasan perbukitan yang curam dan ada ketikanya landai. Tiba jua akhirnya. Tapi bukan di destinasi yang terakhir. Sayangnya, langit mulai menangis. En. Barney sarankan agar kitorang turun je, nanti cerun yang curam tu licin susah nak turun. Solat subuh di atas, berbekalkan air mineral sebotol dan kain untuk dijadikan alas sambil dibelai manja oleh angin yang bertiup nyaman. Puitis sangat makcik ni dah kenapa? "Yang penting yakin", kata Acap. Pertama kali solat dalam keadaan sedemikian dan bersaksikan alam indah ciptaan-Nya, Chipmunk rasa terharu sangat! Betapa hebatnya kuasa Allah yang menjadikan sekalian alam beserta makhluk-makhluk di dalamnya.

Disebabkan hujan dah turun, tak boleh nak tengok sunrise. Cuaca pun mendung, tak nampak Encik Matahari. Gambar-gambar di bawah ni pun, before hujan turun. Tapi dah terasa rintik-rintiknya. Abaikan keadaan yang serabai dan tak terurus tu ye









Kalau ada gambar yang kabur tu maaflah. Baru lagi pakai phone yang ini jadi tak pandai sangat nak setting Mr. Xperia tu.

p/s : Broga, jangan menangis bila aku kembali di lain hari. InsyaAllah. Suatu hari nanti.

34 comments

4/15/2013 08:47:00 pm

bila i tgk i jeles u...bestnyeee...namun apakan daya..masa masih tidak mengizinkan..

4/15/2013 08:59:00 pm

bestnyer p hiking bukit broga..belum pernah smp even duduk dkt dgn broga ms study dlu...tskk~

4/15/2013 09:46:00 pm

slam =)
eh ni malam ke apa cik aisya..smpi malam ke hape?hehe
beshnyer mendaki..yaya xpernh pon...huuu

4/15/2013 10:23:00 pm

@iEdYa AbDuLLaH

nanti I nak pergi lagi.. masa je tak tau bila.. u nak ikut tak? hehe

4/15/2013 10:25:00 pm

@Mime MF

biarpun bangi-semenyih ni tak jauh mana pun ini 1st time dtg sini.. huuhu

4/15/2013 10:25:00 pm

@Cik Yaya

tak bace lah tu.. penat I taip tau.. hehehe..

sekali sekala try la cik yaya.. seronok.. =)

4/15/2013 10:26:00 pm

insyaALLAH..=)))

4/15/2013 11:11:00 pm

bestnyer...masih takde kesempatan nak menjejakkan kaki ke sana. sedih ok. :(

4/16/2013 12:18:00 am

Jauhnye akak teka p Langkawi..hehe...

Bestnye sekali sekala buat aktiviti macam ni..kalau dapat tgk sunrise lagi seronokkan...:)

4/16/2013 12:39:00 am

sorang sekeping sandwish maknanya 6 org?

4/16/2013 12:56:00 am

seronok juga kalau ada aktiviti begini..

Jom Baca Entri Terkini Saya Di Sini

4/16/2013 01:01:00 am

erm..bestnye..tapi syg, hujan ek..
Testimoni ostematrix(Kalsium) !!!

4/16/2013 08:42:00 am

haha.. kira boleh la tu picnic atas bukit. bestnya dah lama teringin nak panjat broga.

err.. nak buat sandwich tp boleh pulak terlupa bahan utama ye. hikhik..

4/16/2013 09:53:00 am

kat mana broga tu?

4/16/2013 10:03:00 am

wow...bestnya g bukit broga...bla la akak nk sampai sana jgk..huhu

4/16/2013 04:24:00 pm

Bestnyaaaaaa ;D hee.

4/16/2013 05:53:00 pm

Bestnya jalan-jalan kat bukit.. Tapi mewk sik suka masok utan.. Huhu..

4/17/2013 07:51:00 pm

@iEdYa AbDuLLaH

nnti kalau nk pergi sy gtau ye.. =)

4/17/2013 07:52:00 pm

@puteri kasih

tak jauh dari Kuala Pilah ye sis? sebab otw tu bnyk kali nampak signboard g Kuala Pilah.

4/17/2013 07:53:00 pm

@LiLy @ MaMaQiStInA

tau takpe kak.. takde rezeki pulak.. huhu

4/17/2013 07:54:00 pm

@hana hadi

mana datang 6 orang pulak ni? berlima lah yunk.. sandwich tu pun kalau kira2 ada 8.. tu belum yg diluar gambar lagi.. hehe..

4/17/2013 07:54:00 pm

@hanafi abdullah

betul.. =)

4/17/2013 07:56:00 pm

@Aei Amrun

tu la.. kalau tak hujan mesti dah byk gambar.. huhu

4/17/2013 07:56:00 pm

@Chic Na

nnti kite g same2 la cikna.. hehe..
nk piknik kat atas tak larat nak bawa.. haha..

4/17/2013 07:57:00 pm

@anakMommy

semenyih.. =)

4/17/2013 07:58:00 pm

@Normi Nieza

sy pun lama jugak kak baru smpai skrg.. hehe

4/17/2013 07:58:00 pm

@Sally Yatiey

best2,, hehe

4/17/2013 07:59:00 pm

@Isabel Diaz

nya xda la masuk hutan pun.. hehe

4/19/2013 02:44:00 pm

weee bestnya kuar ngan geng blogger ^^

pssstt kitak comel la :)

4/20/2013 05:28:00 pm

wahh bestnya... ramai dah pergi broga hill ni..jeles ok!

4/20/2013 10:57:00 pm

@michelle De hunny

nang kawan kmk ya. hehe.. kebetulannya nya blogger juak..

*blushing* hehe

4/20/2013 11:00:00 pm

@azizah :)

kak jijah kena tunggu baby keluar, dah besar ckit baru bleh g panjat broga.. hehe

4/22/2013 01:46:00 am

comel jerhh bdua..sweet :)

5/03/2013 08:33:00 pm

@Shida Radzuan

eh... hehehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...