06/05/2013

PBAKL 2013? Lambat lah kau ni.

Haish. Ini entri tertunggak lagi. Baru sekarang sempat nak story-story kat uolls kan. Hari rabu iaitu 1hb Mei 2013 yang lepas, Chipmunk, En. Barney dan 'kembar' Chipmunk dengan jayanya sampai ke PWTC untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2013 setelah meredah lautan manusia yang umpama ikan tuna berenang seiringan melarikan diri daripada mulut ikan paus gergasi. Eh?

Kebetulan 'kembar' Chipmunk tu bermalam di bilik Chipmunk before beliau naik tren balik ke UiTM Seri Iskandar petang rabu tu. Yela, flight dari Kuching sampai LCCT malam, takkan nak terus ke Perak kot, sorang-sorang pulak tu. Memang I tak benarkan lah. Memandangkan beliau ada tu, boleh bawa jalan-jalan pergi  tengok buku kat PBAKL kan. Beli tiket petang, tengahari tu boleh lah bertapa di PWTC.

Bertapa lah sangat, sekali sampai sana ramai gila orang! Yela, cuti Hari Pekerja kan. Nak tunggu weekend masing-masing nak balik mengundi. Memang cuti Hari Pekerja lah harapan yang ada kan? Rombongan sekolah pun begitu jua. Di mana-mana sahaja ada budak-budak sekolah. Dari Kedah, dari Johor semua ada. Beruntung lah dik oi. Zaman akak dulu mana ada yang begitu, rasanya masih jugak sama. Nak terbang macam mana? Nak pulak Air Asia bagi tiket free semata-mata nak pergi Pesta Buku Antarabangsa kan.

Ini di luar, dalam tu macam ikan sardin dah rasa. 

Tak boleh nak snap-snap kat dalam tu. Tak berpeluang langsung pun! Nak pergi cari buku dan novel dengan tenang pun tak mampu. Last-last masuk Karangkraf dan habiskan baucer buku kat situ. Masuk lagi hall kat sebelah sebab nak tengok-tengok kat booth PTS dan  Galeri Ilmu sebab ada nak cari something kat situ memang tak mampu. Padat sungguh! I dah la memang tak tahan bersesak-sesak dengan orang ramai ni. Rasa macam nak pitam je. Ambik keputusan balik saja. Tapi before tu nak share gambar-gambar ini dulu. 



Gambar-gambar ini I snap masa tengah tunggu En. Barney. Tertarik pulak, cantik je tengok. Kalau yang betul-betul mesti lagi cantik kan? =)

Jom balik!

Ini lah kembar I! Hehe

Akhir kata, terima lah pencuci mulut ni istimewa dari saya. By the way, kalau guna Kad Siswa makan kat The Chicken Rice Shop memang murah. Sayangnya, dah tunggu hampir setahun. Mana Kad Siswa I ni?????


p/s : Nak teka tak berapa buah novel yang Chipmunk beli? Jawab dengan betul boleh Chipmunk masukkan sekali dalam bloglist bulan ni.

22 comments

5/06/2013 07:09:00 am

beshnyer dpt p..yaya nak p tapi xdapat..ummm
bpe novel yang cik aisya beli?amboi...hehe tmbh koleksi dia ye..xtaula nak teka2 bpe cik aisya beli..huuu

cam sedap je dessert tuu ^_^

5/06/2013 08:37:00 am

wedding breaker? ke apa entah tajuknya..ahaha.. bagi la clue kak..hehe.. btw bestnya..mmg betul2 padat n sesak..bisa pitam

5/06/2013 11:16:00 am

lima buah kot..:)

5/06/2013 11:35:00 am

sy pergi masa labour day haritu..sgt crowded dgn manusia..huhu pergi last2 apa pun tak beli..cuci mata je..:P

5/06/2013 11:36:00 am

nak jawab!beli 5 buah novel.hehe

5/06/2013 11:40:00 am

salam aisya
Lawatan tirana aduka

5/06/2013 01:02:00 pm

wah..ramainya p pesta buku tu...
mesti banyak borong buku kan. :-)

5/06/2013 08:50:00 pm

@Cik Yaya

ala, teka lah berapa.. hehe =P

5/06/2013 08:50:00 pm

@Nana Liena

clue? boleh kira dengan jari.. hehe

5/06/2013 08:51:00 pm

@Normi Nieza

hmmm.. ye kot.. tp tak jugak kot.. =)

5/06/2013 08:51:00 pm

@Mime MF

eh, kita pergi hari yang sama lah! hehe.. sy pun main ambik2 je.. sesak nafas lama2.. huhu

5/06/2013 08:51:00 pm

@Mime MF

entah.. =P

5/06/2013 08:52:00 pm

@TiranaAduka

tq =)

5/06/2013 08:58:00 pm

@LiLy @ MaMaQiStInA

boleh thn byk jugak kak.. pakai baucer buku kan.. hehe

5/06/2013 09:18:00 pm

bestnya pakai baucer buku.. mesti dlm 5novel kan aisya beli..

5/06/2013 11:30:00 pm

sangat kuciwa sebab tak dapat pergi...hukkk

5/07/2013 01:10:00 pm

waaah, bestnya. sha tak sempat pegi haritu. huhuhu. borong bape novel? 5? huhuhu.

5/07/2013 02:49:00 pm

Teka juakkkkkkk, 8 buah buku. Haha. ;D

5/14/2013 09:55:00 pm

@azizah :)

sebab tu la borong byk2. nk hbiskan baucer buku punya pasal.

5/14/2013 09:55:00 pm

@puteri kasih

nape tak dpt pergi sis? busy eh? huhu

5/14/2013 09:55:00 pm

@sha (chirp chirp)

sy pun hari tu sempat pergi kejap je. huhu

5/14/2013 09:56:00 pm

@Sally Yatiey

hmmmm.. xtauk eh.. =P

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...