27/05/2013

Review : Fast and Furious 6

Fast and Furious nie kalau aku tak cakap pun, korang mesti dah boleh bayangkan siapa pelakon dia, cerita nie genre apa dan sebagainya la. Kali nie En. Barney nak review sikit Fast and Furious 6.


Cerita nie mengisahkan Agen Hobbs (Dwayne Johnson) nak tangkap Shaw (Luke Evans) sebab Shaw nie dah curi harta kerajaan yang bernilai berbillion dolar. Jadi Agen Hobbs berjumpa dengan Dominic Toretto (Vin Diesel) untuk membantunya tangkap penjenayah nie.

Jadi Toretto dan adik iparnya Brian O'Conner (Paul Walker)  nie kumpulkan team dia termasuk lah Roman (Tyrese Gibson), Han (Sung Kang), Gisele (Gal Gadot) dan Tej (Ludacris). Jadi diorang nie pun merancanglah untuk menangkap Shaw. Tapi, ada sesuatu yang berlaku pada Mia (Jordana Brewster) dan kenapa pula Letty (Michelle Rodriguez) muncul semula selepas di katakan telah dibunuh?? Kalau nak tahu, sila lah menonton cerita nie.


Review tentang cerita nie, hanya 1 perkataan sahaja. AWESOME! Sebab ceritanya memang best. Dengan perancangan dan jalan cerita yang teratur dan boleh terjawab sedikit persoalan dari cerita2 yang lepas. Who can expect that criminal will cooperate with cops? Pada hal dulu agen Hobbs nie cukup anti dengan Toretto.

Banyak adengan yang yang gempak2. Serius tak tipu. Ade adengan yang menggunakan kereta kebal dan ada kelainan dari episod2 yang lepas. Yang paling penting, kereta yang diorang gunakan. Semua sport car je. Kereta macam F1 pun ada jugak tau!


Secara keseluruhan rating cerita nie aku bagi 8.5/10. Tak rugi kalau korang tengok pun. Satu nasihat je, sebelum tengok Fast and Furious 6 nie, tolong tengok dari Fast and Furious (2001) sampai Fast Five (2012). Sebabnya, Fast & Furious 6 nie banyak berkait dengan ceritanya yang lepas2. Takut korang tak paham cerita nanti.







Sumber : IMDb dan Google


8 comments

5/27/2013 01:30:00 pm

cerita ni memang awesome ! :)

5/27/2013 01:42:00 pm

bestnya dah review movie ni... alangkah best kalau dapat tengok...

5/27/2013 03:21:00 pm

akak pun dah tengok..suka dgn stunt and gadget yg best best....tapi akak lagi suka Star Trek..hehe

5/27/2013 05:15:00 pm

Tengok setengah jak.. ya pun secara online. sik best ;(

5/29/2013 02:08:00 am

wahhh smua kate best ni xleh jadi nih mst pergi...tgk!

5/29/2013 07:13:00 am

salam..
yaya xtgok lg..rmai kate besh..
umm boleh dptmbngkan utk tgok nti ni..weee =D

5/29/2013 10:31:00 pm

nk tgk sgt² cite ni...hehe akan terjah ke cinema nt!weheee

5/31/2013 11:58:00 pm

FF6 pun teringin jgk nak tgk. apesal bulan ni banyak citer best ek.. hukhuk..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...