04/11/2013

Cik TengTeng Diet

Semalam Cik TengTeng buat perangai. Tengok Mak makan buah epal. Dia pun nak jugak. Panjat atas kerusi buat muka comel minta sikit. Muka comel yang irresistable siapa boleh cakap tak? Jadi Mak pun bagi lah secubit epal untuk Cik TengTeng. Makan dengan penuh hati-hati taknak secubit epal yang sedang dikunyah jatuh. Dah habis, minta lagi. Bagi lagi secubit. Bila tengok Mak makan buah rambutan, dia pun nak jugak. Mak acah je hulur kat Cik TengTeng. Kesian pulak tengok dia terjilat-jilat menelan air liur. 

TengTeng jilat-jilat sikit je. Sekadar nak merasa mungkin.

Mak cakap, Cik TengTeng nak diet kot. Taknak orang panggil dia kucing gemuk lagi. Tu yang makan buah je. Takut jugak Cik TengTeng sakit perut makan epal dan rambutan ni. So, I pun tanya lah Pakcik Google. Apa makanan manusia yang kucing boleh makan

Sayur-sayuran. Pernah tengok kucing makan rumput? Kalau tak silap ada rumput yang memang khas ditanam untuk kucing tu kan? Cari juga seeds rumput tu untuk ditanam. Bagi Cik TengTeng dan Abang E'el ni makan. Tak ada lah merayap ke luar rumah curi-curi makan rumput. Veggies termasuk rumput tersebut membantu untuk menyelesaikan masalah penghadaman kucing. Paling senang pun, bagi makan steamed broccoli, asparagus, baked carrots. Nak jadi macam popeye makan spinach pun boleh.

Ehsan Pakcik Google

Keju. Sumber protein yang baik untuk kucing. Tapi ada baca jugak, kucing dewasa ni lactose intolerant. Jadi jangan lah bagi minum susu dan sebagainya. Bagi makan cheese kadang-kadang boleh lah. Special treat katanya. Terbaca juga satu tips untuk bagi kucing makan ubat. Hancur-hancurkan pil dan letakkan serbuk pil di atas cheese tersebut. 

Ehsan Pakcik Google

Buah-buahan (Melon dan Banana). Sama seperti veggies. Membantu menyelesaikan masalah penghadaman. Cuma jangan lah bagi makan banyak sangat. Tapi tak tau lah adakah ini termasuk buah epal dan rambutan?

Ehsan Pakcik Google

Telur. Seperti yang sedia maklum, telur memang kaya dengan sumber protein. Akan tetapi, jangan pulak uolls bagi kucing uolls makan telur mentah! Tak boleh, tak boleh. Risiko food-borne diseases bukan sahaja kepada kucing tapi manusia jugak. Bukan kucing je yang sakit. Dengan tuan-tuannya sekali. High risk of Salmonella dan E.coli. Tapi gigih ke uolls nak buat scrambled egg atau telur rebus untuk si kucing. Baik masuk mulut sendiri kan. 

Ehsan Pakcik Google

Dari cerita Cik TengTeng nak diet boleh pulak melencong. Bercerita tentang makanan manusia yang kucing boleh makan. Tak kisah lah, sekadar nak tambah pengetahuan bersama. Kucing ni kadang-kadang, bila tengok kita makan something, dia pun nak jugak rasa apa yang kita makan. Kadang-kadang calit jugak sikit. Kesian pulak tengok muka comel tu. Tapi ingat ni, jangan sesekali uolls bagi kucing kesayangan makan coklat biarpun sedap mana pun coklat tersebut. 

sumber : INI dan INI

40 comments

11/04/2013 08:24:00 am

amboi kemain tu makan buah epal..hiks.. :)

11/04/2013 10:12:00 am

salam..

wah bgusnyer kucing cik aisya tu..buah pun nak..lau kucing kat uma yaya tu, bg aym,ikn goreng pun xmau, apth lagi bg mkn buah ke..huuu

*tau makan whskes je*

eh xleh mkn coklat ea.. ;p

11/04/2013 11:54:00 am

hihi. licha tak bela kucing sbb tngan berpeluh. nnti bulu melekat

11/04/2013 12:02:00 pm

si comel ni rasanya semua apa yg kita makan kot :) nak cuba sedap x? hehe

11/04/2013 12:53:00 pm

alololo tomeyyy

11/04/2013 01:33:00 pm

coklat sekarang mahal/....memang x merase lah kucing dayat :) muewahahahaha

11/04/2013 01:56:00 pm

dulu kat rumah nenek sis, ada seekor kucing yang suka sangat makan honey dew. Mujurlah tak ada side effect ke apa.

11/04/2013 02:03:00 pm

kucing pon makan macam manusia ,hehe..dlu kucing sye pernah makan buah durian dengan karipap..pelik2 je

11/04/2013 02:42:00 pm

nak calit je pon.. bukan nak makan kan..ngade2 eh..hehe

11/04/2013 03:54:00 pm

syuk bagi ikan kembung rebus. :D

11/04/2013 04:42:00 pm

wahhh :) nak diet ..ohhh tidak !!

Anonymous
11/04/2013 04:44:00 pm

ganjilnya bila kucing pun try makan rambutan heheh. btw kelakar tgk gambar2 kucing dri google tu :p

11/04/2013 10:56:00 pm

@LiLy @ MaMaQiStInA

itu lah kak.. dia pun nak jugak tengok kita makan.. hmmm

11/04/2013 10:57:00 pm

@Cik Yaya

demand kucing yaya tu.. hehe

takleh.. lethal.. boleh membawa maut kepada kucing. huhu

11/04/2013 10:57:00 pm

@Liza Licha

syg nya.. huhuh

11/04/2013 10:57:00 pm

@Ct Noraishah

itu lah.. hehe.. mcm2 dia nak rasa..

11/04/2013 10:57:00 pm

@adzairdawati makdara

hehehe..

Anonymous
11/04/2013 10:58:00 pm

kucing hana makan rumput tp rumput yang beracun tu. haihh asal boleh je nak makan tw. lepas tu kang demam sakit bagai. risau dibuatnya. -_-

11/04/2013 10:58:00 pm

@Dayat Lucas

bagi makan coklat tengok2 dah tak bernyawa dah kucing tu.. ada jugak yg menangis air mata darah.. huhu.. coklat sgt berbahaya kepada kucing. boleh membawa maut tu..

11/04/2013 10:59:00 pm

@puteri kasih

honeydew tu dlm kategori buah melon.. mmg boleh kucing makan sis.. hehe

11/04/2013 10:59:00 pm

@syuk shusuke

itu lah yg sebaik-baiknya.. tak pun bg ayam rebus.. :)

11/04/2013 10:59:00 pm

@Aku Penghibur

hahaha.. sila diet!

11/04/2013 11:00:00 pm

@Mazni Munawar

dia terliur tengok kita makan mcm sedap sgt kot. hehe

11/04/2013 11:20:00 pm

alololololo :P

11/05/2013 02:12:00 am

salam maal hijrah...aisyah :)

ayie ada baca...kucen makan rumput utk dia muntah balik lepas tu..tujuannya utk bersih perut dia dari bulu2 yg masuk dlm perut masa dia jilat bulu.

11/05/2013 05:06:00 am

Kucing pn mcm manusia??

11/05/2013 07:52:00 am

first time SB dengar kucing berdiet..hehehe...takut overweight kot??

11/05/2013 12:19:00 pm

selera betul nampak dia jilat buah rambutan tu.. kucing akak masa di kampung dulu pantang tengok timun, mesti dia terkam dan makan..

11/05/2013 12:23:00 pm

olohhhh comelnyo cik meowww!

11/06/2013 09:31:00 am

kemain cik teng teng makan buah ye.. huhu..

11/08/2013 01:54:00 pm

@Sally Samsaiman

hahaha.. Sally dah kenapa?

11/08/2013 01:55:00 pm

@Ayie Abas

yup.. nak muntahkan hairball..

11/08/2013 01:56:00 pm

@Putery FarHaNa

kucing adalah haiwan, manusia adalah manusia.. mana sama.. yg hampir sama mungkin dari segi pemakanan.

11/08/2013 01:56:00 pm

@Sue Bee

tapi dah mmg overweight! haha

11/08/2013 01:56:00 pm

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

sy pulak yg minat makan jagung pun ada kak.. haha

11/08/2013 01:56:00 pm

@jaakechik

hehehe.. :D

11/08/2013 01:57:00 pm

@Chic Na

diet2.. hehe

11/08/2013 01:57:00 pm

@asha hana

kena jaga tu. sy ada kucing yg mati termakan rumput. kebetulan jiran sebelah baru racun rumput.. sedih.. T_T

11/17/2013 10:10:00 pm

klu gini gaya yer mmg dh ,engalahkan diet manusia dh ni...hahahaha :p

11/24/2013 02:04:00 am

@ayut

tapi tak kurus2 jugak. makin gemok adalah! haha

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...