15/11/2013

Original Soundtrack

Pergelangan tangan masih sakit lagi. Tak mampu nak menaip panjang lebar. Jangan kata nak menaip entri, nak baca Sherlock Holmes pun terpaksa hold dulu. Pergelangan tangan yang sakit tak mampu nak menampung berat buku tersebut. Nasib baik baru beli satu novel bestseller tahun 1987 karya seorang novelis Jepun. Nak teka novel apa? Salah satu novel yang dah difilemkan pada tahun 2010. 


Sejak kebelakangan ni selalu jugak dapat keyword pelakon The Heirs. Blogger lain mungkin dengan keyword pelakon Love You Mr Arrogant ataupun Playboy itu Suami Aku. Tapi Iolls tak tengok pun dua-dua drama tu, jadi malas nak komen apa-apa. 



I bukan nak cerita tentang pelakon drama The Heirs tu sebenarnya tapi nak story-story tentang OST untuk drama tersebut. Best pulak lagu-lagu OST untuk drama ini. Baca novel sambil layan OST drama The Heirs. Cuma kali ini tanpa secawan teh hijau di sisi. Tak perasan dah habis pulak stok teh hijau I. Ada beberapa jugak lagu yang I suka.

Lee Chang Min (2AM) - Moment

Park Jang Hyun & Park Hyun Gyu - Love is

Lee Hong Ki - I'm Saying

Ada banyak lagi sebenarnya. Even Park Shin Hye pun ada menyanyikan lagu OST untuk drama ini yang bertajuk Story. Kalau nak dengar search je kat youtube. Memang berlambak. Nak ikut nyanyi sekali pun boleh. Siap ada translation bagai lagi. 

Standing Egg & Park Shin Hye - Break Up For You, Not Yet For Me

Lagu di atas bukan OST The Heirs tapi I suka dengar suara Park Shin Hye. Sweet je. Satu hari ni memang asyik replay lagu ni je. Teringat pulak drama You're Beautiful lakonan Park Shin Hye dan Jang Geun Suk. I tak habis tengok pun drama tu sebab sakit hati Go Mi Nyu (Park Shin Hye) tak pilih Kang Shin Woo (Jung Yong Hwa). Oh, I sememangnya ada penyakit yang lebih suka dengan second hero berbanding hero sebenar. Lepas tu sendiri yang sakit hati. Mengarut je perempuan ni kan?

14 comments

11/15/2013 08:46:00 pm

Kmk rasa mok tgk juak drama tok klak.. Kmk asyik ulg2 tgk jk You're beautiful ya sbb kmk hanya suka Park Shin Hye dgn Jang Geun Suk ^_^ Smpe knktok berkareh tgk semua lakonan JGS :D

11/15/2013 09:50:00 pm

aisya kan peminat setia korea.. citer2 melayu xmain la kan..hee

11/15/2013 11:37:00 pm

akak tak ikut cerita tu.. hehe..

11/15/2013 11:43:00 pm

sama lah kita..sometimes lebih suka second hero yg paling sedih kalau part dia mati or kena reject...waahh memang menitis airmata haha

11/15/2013 11:44:00 pm

@Sally Yatiey

kmk sik minat gilak dgn Jang Geun Suk ya.. sik tauk lah kenak. haha!

11/15/2013 11:45:00 pm

@azizah :)

haha! tengok jugak kak.. tapi memilih banyak sikit.. haha. tak suka nak tengok cerita melayu ni sebab kalau dah part jahat tu rasa nak menyumpah seranah je. haha. kan dah buat dosa kering kat situ. haha

11/15/2013 11:45:00 pm

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

hehe.. dah tau dah. :D

11/15/2013 11:51:00 pm

@ezyra daniel

ada jugak drama korea yg sy tengok baru2 ni.. haha. 2nd hero mati.. menangis2.. lepas tu mengadu kt bf.. ntah pape je lah.. tiba2 nak meroyan.. padahal drama je pun.. haha!

11/16/2013 12:40:00 pm

sis kalau tengah layan novel memang jarang layan lagu dalam masa yang sama..lebih suka suasana yang sunyi sepi..hehe

p/s dah gi check belum tangan tu?

11/17/2013 12:17:00 am

@puteri kasih

sy pasang volume yg sayup2 je tu.. saje nk bg background music kononnya. haha

p/s : belum lg. hehe

11/17/2013 02:32:00 pm

boleh tahan! ^,^

11/18/2013 11:51:00 pm

ramai juga yang suruh ika tengok the heirs...tapi belum sempat laa nak tengok...cerita you're beautiful pun ika tengok sampai habis juga huhu

semoga tangan tu cepat sembuh ya :)

11/24/2013 01:59:00 am

@Cik Yaya

hehe.. :D

11/24/2013 01:59:00 am

@Affy Afiqah

you're beautiful mmg sy taknak dah sambung tgk. frust. haha!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...