01/11/2013

Ular Buta masuk rumah!

Malam tadi around pukul 12.30 tengah malam, keluar bilik menuju ke dapur atas alasan haus nak minum air. Tengok Cik TengTeng leka bermain dengan sesuatu. Satu makhluk kecil seakan-akan cacing. Tapi pelik rupanya. Cacing yang warnanya hitam dan lebih panjang daripada cacing biasa. Tangkas bergerak pulak tu. Cepat-cepat ambik Cik TengTeng dan terus masukkan Cik TengTeng dalam cage. Nak buang binatang tu cepat-cepat sebelum Abang E'el nampak pulak. 

Makin gemuk makin nakal pulak dia ni.

Nasib tak menyebelahi, Abang E'el lagi cepat berlari nak terkam binatang tu. Terpaksa kejutkan Mak dari tidur minta tolong pegang Abang E'el kejap. 

Masa tu lah I perhati betul-betul 'cacing hitam' tu. Macam cacing, tapi lebih berkilat dan kulitnya tak lembap lembik-lembik macam cacing. Plus, cepat pulak bergerak kalau diusik. Macam lipan. Gerak hati kata, macam ular tapi kenapa kecik sangat. 

Tak berani nak pegang haiwan tak dikenalpasti itu dan taknak tolak ke luar rumah guna penyapu sebab binatang tu kecik sangat. Melekat kat rambut penyapu tu satu hal pulak. Disebabkan haiwan tak dikenalpasti tu cepat sangat bergerak tangan cepat-cepat capai Ridsect dan sembur. Tak mati pun, pening-pening lalat sikit. Terus angkat dengan newspaper lama ke luar rumah. 

Depan pintu dapur, ada seekor kucing yang bernama Dot pulak menanti. Nampak berminat nak terkam 'cacing hitam' tu jugak. Pakai selipar dan terus pijak sampai puas. Takut kalau-kalau binatang tu berbahaya kepada kucing. 

Masuk bilik tidur terus tanya Pakcik Google, binatang apakah yang rupanya macam cacing tapi kulitnya lebih berkilat seakan-akan ular dan pantas macam lipan.

Ramphotyphlops braminus (Gambar ehsan Pakcik Google)

Brahminy Blind Snake ataupun Flowerpot Snake. Kalau orang kita tak tau lah panggil ular ni ular apa. Antara species ular yang terkecil di dunia. (Yang paling kecil adalah Barbados threadsnake). Harmless. Dipanggil Blind Snake (Ular buta) sebab ular ini telah hilang fungsi penglihatan melalui proses evolusi. Panjangnya lebih kurang 6 hingga 17 cm. Yang Cik TengTeng jumpa tu adalah panjang pembaris 15 cm tu. Memang common di Africa dan Asia termasuk lah Malaysia. Selalu orang ingat Flowerpot Snake ni cacing biasa. Tapi kalau perhati betul-betul memang agak lain sikit. 

Update
Bold sikit perkataan Harmless tu. Ramai yang terskip baca agaknya. Bahasa senangnya Flowerpot Snake dewasa hanya boleh mencapai panjang sejengkal cuma.

p/s : Dari mana lah datangnya sampai masuk rumah ni? Huhu

37 comments

11/01/2013 12:10:00 pm

Salam jumaat cik aisya..

huh?spesis ular ke 'cacing' tu?
xtau byng pula.mgkin bila tgok tau la kot..hee

*cmne leh masuk umah tu...haaa *

11/01/2013 01:07:00 pm

pernah beberapa kali nampak ular buta ni, bila ada anak-anak kat rumah, memang macam-macam benda yang diorang buat main :)

11/01/2013 02:08:00 pm

herr..geli nya tengok.. :/

klik nuffy hotlink!! =)

11/01/2013 03:14:00 pm

berbisa tak ular ni aisya? geli akak tengok..

11/01/2013 03:25:00 pm

mungkin dia cari ibunya.

11/01/2013 04:02:00 pm

Ular cm ni pon ado kt malaysia...bahaya x?

11/01/2013 04:04:00 pm

Ish.. entah camne ular ya boleh masok umah oh.. hee

11/01/2013 04:54:00 pm

tak sangka ada ular macam tu. xpenah tgk huhu

Anonymous
11/01/2013 06:04:00 pm

saya okey jer dengan cacing biasa.. tapi yang niee.. yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrkkkkkkkkk >< eee

11/01/2013 06:10:00 pm

wah comelnye kucing tu :) hehe

11/01/2013 08:44:00 pm

Eee, geli kamek nangga.

11/01/2013 09:14:00 pm

ohhh...harmless! sally nampak tu...hahaha :P

11/01/2013 09:32:00 pm

eeeeeee takutnyaa.. seriau betul!

11/01/2013 10:22:00 pm

assalamualaikum..aisya :)

hitam berkilat rupanya...nasib baik ular kecik dan x berbahaya kn.

itulah untungnya bela kucen dlm rumah..klu binatang2 mcm tu masuk rumah memang kucen tahu dulu..

11/01/2013 10:30:00 pm

sllu juga tgok ular kecil ni, mknanya xbhya la ye?? bguskn ada kucing ni, ada bnda asing msuk rumah je, trus dia terkam..slamat kita sbgai tuan rumah

11/01/2013 11:01:00 pm

@Cik Yaya

cacing hitam

11/01/2013 11:02:00 pm

@puteri kasih

tau takpe sis.. kite takut benda tu berbahaya kat kucing.. huhu

11/01/2013 11:02:00 pm

@husna zahidi

sekali tengok mcm cacing
hehe

11/01/2013 11:02:00 pm

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

tak rasanya kak sebab harmless.

11/01/2013 11:04:00 pm

@Faizal Mohamad Twon Tawi

adult size lebih kurang sejengkal so it's possibly an adult blind snake.. huhu

11/01/2013 11:04:00 pm

@♥♥ Nur ♥♥

harmless

11/01/2013 11:04:00 pm

@Sally Yatiey

yala, kmk pun tertanya2 juak.. maybe boleh nyelit celah pintu dapur ya kali.. nya kecik jak bah.

11/01/2013 11:05:00 pm

@Nida Husna

mungkin tersilap dengan cacing kot.. sebab sekali pandang mmg mcm cacing. huhu

11/01/2013 11:05:00 pm

@siara elina

tapi ini bukanlah cacing biasa mahupun cacing istimewa.. tapi ular. hehe

11/01/2013 11:05:00 pm

@athillah _ husnina♪

hehe

11/01/2013 11:06:00 pm

@Isabel Diaz

lagi geli kali ktk nangga nya pening2 lalat kenak spray ngan ridsect. hehe

11/01/2013 11:06:00 pm

@Sally Samsaiman

ooohh.. terima kasih Sallyyyy!
haha

11/01/2013 11:07:00 pm

@azizah :)

kak jijah ni mmg geli dgn reptile ye? katak, ular.. hehe

11/01/2013 11:07:00 pm

@Ayie Abas

takut masuk mulut kucing, dia makan je.. huhuhu..

tu lah, kucing yg alert dulu..

11/01/2013 11:08:00 pm

@Fais-SKA

tak2.. tengok gambar2 kat google image org relax je pegang. huhu

11/06/2013 03:51:00 pm

aku mcm selalu je nmpk "ular" ni kat rumah lama aku kat ipoh. slalu muncul time2 hujan.

11/08/2013 02:25:00 pm

@aswadz

rasanya malam tu hujan rintik2 jugak.. tu yg dia keluar tu kot..

11/17/2013 09:18:00 pm

adehhhhhhh...gelingelaman nengok yer...huhuhu

11/24/2013 02:10:00 am

@ayut

tgk depan2 lagi geli kot.

3/24/2015 09:45:00 am

Thn nie dh 2x masuk bilik air... eeee... geli... sy amik air panas terus siram...

Anonymous
9/12/2015 12:55:00 am

Mane nk dapat blind snake ni...tgok kt national geography...comel jer.biase tgok ular besar lidah kecik.ni dh la kecik lidah lg kecik

Anonymous
4/27/2016 09:36:00 pm

Thank you bagi info. Baru 30 minit yang lalu "cacing hitam" ini berada di tepi tandas saya. Ingatkan cacing tapi pelik sebab warnanya hitam berkilat. Letak garam ke atas badan "cacing hitam" ini, bergerak macam ular. So tanya uncle google, jumpa post cik. Once again, thank you for the info sis. God bless us.

Venessa Jss, Wilayah Persekutuan Labuan 27/4/2016

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...