16/12/2013

Bekalan Part II

Sambungan daripada entri INI. Itu bekalan yang I bawa pergi untuk pulang ke kampung selama 2 minggu lebih. Ini pulak bekalan yang I bawa pulang. Dah selamat dibaca dengan jayanya.


Novel yang I sempat habiskan selama 2 minggu lebih ni. novel english semua Iolls punya. Novel melayu pulak, satu kepunyaan adik dan selebihnya hak milik Mak. Tambah lagi 2 novel cousin yang I pinjam, The Hunger Games dan Catching Fire. So, total 8 buah novel dalam jangka masa 2 minggu lebih. Rasa macam suatu pencapaian jugak ni. Hiks

Dah tengok movie The Hunger Games dan Catching Fire tapi tetap nak baca novelnya jugak.

Blogger Ika kata, Iolls ada banyak sangat masa free nak baca novel. Nak tau tak rahsianya? Sebenarnya, I jenis yang suka habiskan masa dalam kereta dengan membaca novel. Tau ada yang tak boleh baca novel dalam kenderaan kan? Nanti pening kepala. Alhamdulillah tak tergolong dalam kelompok itu. Mungkin dah biasa dari kecik kot. Iolls memang jenis yang suka bawa novel dalam handbag kalau nak travel ke mana-mana. Naik flight atau naik kereta, novel wajib ada. Even nak pergi pasaraya dengan Mak pun I baca novel dalam kereta. Sebab I rasa, suatu pembaziran masa duduk dalam kereta pandang kiri kanan, tengok pemandangan yang kita selalu lihat. Baik masa tu kita guna untuk baca novel. Macam mana boleh habiskan 8 buah novel dalam masa 2 minggu? Bayangkan I ada masa 12 jam dalam kereta. Pergi balik Miri-Kuching total semua 24 jam. Itu belum lagi perjalanan ulang-alik Kuching-Kampung selama sejam lebih sekali perjalanan. Bayangkan I pergi balik Kuching-Kampung 3-4 kali. Jadi I dah habiskan masa 6-8 jam duduk dalam kereta je. Haish, pembaziran masa di situ. 


Ingat lagi entri Wordless Wednesday yang INI?

Ramai yang tanya apa tu. Itu sebenarnya novel The Hunger Games : Mockingjay. Rebate 25%, jadi harga dalam RM30++. Sebenarnya I tak sabar nak tahu ending cerita ni. Nak tunggu movie Mockingjay Part I dan Part II lama lagi. Tahun depan dan tahun-tahun depan. Baik I baca novel. Tak lah seksa sangat tertanya-tanya apa ending nya. Tahu tak, punya lah terkesan dengan novel ni sampai kan boleh termimpi-mimpi cerita The Hunger Games. Buat lawak betul lah perempuan ni. 

Mockingjay karya Suzanne Collins

Jadi dalam 8 buah novel tu, kalau ada novel yang uolls nak I review just bagitau je di ruangan komen. Ada lah nak buat review (except The Hunger Games dan Catching Fire sebab uolls dah boleh tengok movie untuk kedua-dua novel ni) tapi mungkin lambat lah sebab banyak lagi story yang I nak share dengan uolls ni so I bagi priority novel mana yang uolls request dulu lah. 
  1. The Hunger Games (Suzanne Collins)
  2. The Hunger Games : Catching Fire (Suzanne Collins)
  3. The Hunger Games : Mockingjay (Suzanne Collins)
  4. The Watersong Novel : Wake (Amanda Hocking)
  5. The Watersong Novel : Elegy (Amanda Hocking)
  6. Takdir itu Milik Aku (Siti Rosmizah)
  7. The Wedding Breaker (Evelyn Rose)
  8. Tragedi Cinderella (Amylin Asyikin)

Ada satu lagi novel yang I bawa tapi tak sempat nak habiskan, Vanished (Kat Richardson). Tulisan kecik sangat pulak I tengok. Bila baca dalam kereta rasa berpinar-pinar mata. Terpaksa simpan untuk baca time santai-santai di rumah. 

p/s : Watersong Novel tu I skip baca dua novel. Tak mampu lah nak beli keempat-empat novel dengan harga RM30+ setiap satu. Lagi dua terpaksa hold dulu. Baca yang first dan last. 

43 comments

12/16/2013 08:11:00 pm

Rajinnya baca novel ;D hee.

12/16/2013 08:18:00 pm

review wake pleaseeeee ihiks :)
yang wedding breaker tu macam dah pernah baca, tapi macam tak pernah baca, ingat2 lupa hukhuk..ke baca review je ekkk...serious tak ingat...

hunger games aritu nak cari juga kat bbw tapi dah takde..habis stock..cepat betul habis...huk...addik ika tengok catching fire dy cakap bosan ceritanya hahahaha

patut laa aisya boleh baca banyak buku dalam tempoh masa singkat...now i know...baca dalam kereta rupanya hahaha....and macam aisya cakap tu, ada yang pening bila membaca dalam kereta kan? so ika laa salah seorang daripadanya...even texting pun ika dah pening2 loya2 dalam kereta...poyo betul...tapi tu laa pasalnya..kenapa entah....jadi pening...kalau baca sekejap tak berapa minit tu boleh laa..kalau nak baca lama memang tak mampu aihhh..

kalau kenderaan tu tak bergerak, tu lain cerita miahahah...kira ika ni boleh baca kat tempat2 yang stable je laa..huk

jelesss jelesss dengan orang yang banyak masa membaca ni...haishhh

Anonymous
12/16/2013 08:41:00 pm

banyak nya koleksi awak. huhu

12/16/2013 08:43:00 pm

novel english yg syuk khatam 1 je novel harry potter :D

12/16/2013 09:03:00 pm

bestnya.. :D

12/16/2013 09:28:00 pm

wah..tabik kat Aisya boleh abiskan 8novel dalam masa 2 minggu... :)

12/16/2013 10:51:00 pm

mata menangkap novel the wedding breaker dulu..antara favorite novel ..huhu

12/16/2013 10:52:00 pm

huiii.. cayalah.. cikna nak habiskan satu novel tu pun terkedek2.. maklum la baca novel tunggu time betul2 lapang je.. hehe..

12/16/2013 11:23:00 pm

tak minat novel the hunger games semua tu hehe..suka cte yg romantik bagai je..
kalau novel melayu pon macam tu gak

Anonymous
12/16/2013 11:29:00 pm

banyaknye bekalan akak. saya kalau balik kampung tak penah bawak novel, bawak komik je. hehe

12/17/2013 01:33:00 am

novel semua best2 :D

12/17/2013 08:56:00 am

bagusnya...lynn dah lama tinggalkan hobi membaca novel nie...anak2 kang terabai plak kalau sibuk baca novel nie...huhuhuhu...

12/17/2013 10:57:00 am

rara kalau baca novel omputih.mau 4 bulan baru habis.hahhah

12/17/2013 11:49:00 am

rajin baca novel mcm my sis..my hubby pun suka,tp fiksyen aje..

12/17/2013 11:56:00 am

8 buah novel dalam masa 2 minggu.. pencapaian yang hebat tu aisya.. bagus membaca mengisi masa terluang..

12/17/2013 03:54:00 pm

pinjamkan satu bole hehe

12/17/2013 04:07:00 pm

Byknye baca,akak x minat pulak baca novel.huhu,lg english,mmg fail..

12/17/2013 07:29:00 pm

byk novel ktk ehhhhhhh...pinjam sigek
kmk mun ada novel, tv alu x layan
tp mun da drama korea..layan juak la..hihihi
isi tabung nuffnang sitok-transitions

12/17/2013 08:48:00 pm

bagus la aisya ni.. teror english ni..hee

12/17/2013 09:19:00 pm

kmk selalu jadi driver mun travel ke sine2.. nang xpat mok polah benda lain huhu.

12/21/2013 10:40:00 pm

@Sally Yatiey

sikda laptop mok nangga cerita korea. ne sik. haha!

12/21/2013 10:41:00 pm

@Affy Afiqah

masa selalu berlari tak tunggu kita jadi kita lah kena kejar betul2. biar ada dalam tangan. so sempat je lah membaca tu. hehe

12/21/2013 10:42:00 pm

@asha hana

ada yg pinjam kat cousin tu. :)

12/21/2013 10:42:00 pm

@syuk shusuke

semua novel HP ke? atau satu je? :)

12/21/2013 10:42:00 pm

@fatin wawa

:)

12/21/2013 10:43:00 pm

@LiLy @ MaMaQiStInA

sebab takde busy buat benda lain kak.. lgpun byk habiskan masa dalam kereta.. tu yg jadi byk tu. :)

12/21/2013 10:44:00 pm

@Mime MF

tp sy tak minat sgt yg tu.. lagi novel evelyn rose satu lagi. :)

12/21/2013 10:44:00 pm

@Chic Na

time lapang lah tu cikna, dalam kereta.. hehe.. time lain susah jugak nak cari. :)

12/21/2013 10:44:00 pm

@ezyra daniel

romantik2 ni kureng sikit. hehe

12/21/2013 10:45:00 pm

@Mazni Munawar

sy tak minat baca komik sebab tu bawa novel. hehe

12/21/2013 10:45:00 pm

@TUTTUTOFFICIALSPACE\\

hehehe.. :)

12/21/2013 10:46:00 pm

@Lynn Hamzah

tu lah kak. kalau dah terleka tu, mcm2 boleh lupa.. huhu

12/21/2013 10:46:00 pm

@Sya Nadia

sy tgk jugak lah.. kalau jiwang ni kureng sikit.. baca tetap baca tapi tendency nak skip pages tu sgt tinggi. haha

12/21/2013 10:47:00 pm

@Cik Puan Rara

hahaha!

12/21/2013 10:48:00 pm

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

lagi bagus membaca drpd buat benda lain.. hehe.. sebab sy ni jenis yg suka duduk diam satu tempat, capai satu novel dan baca.. hehe

12/21/2013 10:48:00 pm

@Cik Itah@RRP

boleh2. hehe

12/21/2013 10:49:00 pm

@atien zuraidah

sy rotate. kalau dah bosan bace bm, sy baca english plak. hehe

12/21/2013 10:54:00 pm

@Yumida Huda

kmk nang sik layan tv.. nangga drama korea pun kt laptop jap. hehe

12/21/2013 10:55:00 pm

@azizah :)

haha! takde lah kak.. lintang pukang jugak.. haha

12/21/2013 10:55:00 pm

@Aefa Aerisya

sebab ya kmk sik rajin jd driver. sikpat nak membaca. haha!

1/08/2014 10:04:00 pm

hmmmm
*garu dagu*

1/09/2014 10:50:00 pm

@Akeyla Azmi

kenapa garu dagu pulak? hehehe

Anonymous
4/23/2014 06:41:00 pm

Haii. Dah baca novel tragedi cinderella? so macam mana? best tak? your comment?

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...