22/12/2013

Korean Drama : Let's Eat

Kalau tengok tajuk je, mesti ramai yang fikir. Kenapa lah tajuk drama ni begitu. Tak komersial sungguh bunyinya. Kalau translate dalam BM, "Jom makan". Reason awal I nak tengok drama ni adalah disebabkan oleh second hero drama IRIS II iaitu Yoon Doo Joon. Suka tengok dia berlakon drama IRIS II. Sebenarnya suka watak beliau dalam drama tu je pun, tak ada kaitan dengan orangnya. Bila tengok Running Man episod King of Idols, baru lah I tahu yang Yoon Doo Joon ni bukan sekadar pelakon tapi salah seorang ahli kumpulan B2ST. Kalau bab-bab Kpop ni I tak ambik port sangat, banyak tau daripada adik je. Sebab tu lah kalau nak tanya pasal drama korea, boleh jugak I jawab. Tapi kalau tanya I pasal Kpop-kpop tu semua. Sorry to say, anda salah orang. Termelencong lah pulak dari landasan asal. Harus kembali semula sebelum terjadi apa-apa yang tidak diingini. Eh.



Lee Soo Kyung (Lee Soo Kyung), Koo Dae Young (Yoon Doo Joon) dan Yoon Jin Yi (Yoon So Hee) adalah jiran yang tinggal sebelah-menyebelah. Lee Soo Kyung sangat obses dengan makanan manakala Koo Dae Young pulak mempunyai kebolehan untuk describe rasa sesuatu makanan tu dengan tepat. Setakat yang I tengok ni, basically cerita tentang life diorang bertiga dan juga makanan. Relationship mereka bertiga ni nak kata kawan macam bukan jugak tapi saling memerlukan antara satu sama lain cuma sikap prejudis Lee Soo Kyung terhadap Koo Dae-Young ni sangat kuat. Siapa Koo Dae-Young sebenarnya? I yang tengok ni pun tertanya-tanya jugak, siapa Koo Dae Young ni sebenarnya dan adakah kes-kes bunuh oleh pembunuh bersiri di kawasan kejiranan mereka ada kaitan dengan Koo Dae Young?

Di bawah ni ada teaser untuk main character drama Let's Eat. Ada tips untuk uolls macam mana nak keringkan baju/seluar/dll dengan kadar yang segera iaitu dengan memasukkan baju/seluar/dll ke dalam microwave. Ada juga tips bagi orang yang sangat susah untuk bangun pagi. Make sure malam sebelumnya sila letak sudu dalam freezer dan tekapkan sudu tersebut pada mata uolls pagi keesokan harinya. Confirm terus segar! 

Yoon Doo Joon sebagai Koo Dae Young


Kalau nak tengok drama ni, make sure perut tu penuh terlebih dahulu. Kalau tengok drama ni masa perut uolls tengah berkeroncong memang drooling lah tengok makanan-makanan tu semua. Biarpun I tak tau apa sebenarnya makanan tu, tengok diorang makan berselera sungguh. Automatik kita pun rasa macam nak melangkah ke dapur mencari makanan jugak. 

Download Let's Eat

Tonton Online Let's Eat

p/s : Ramai yang cakap takut ketagih tengok drama korea. Sebab tu lah I peruntukan masa 2-3 jam je seminggu nak tengok drama korea tapi hati kena kuat lah untuk halang jari dari klik next episod. Cuma I ni, nak klik next episod pun tak boleh jugak. Sebab next episod nya tak keluar lagi. Nak tak nak kena tunggu minggu depan jugak. Langkah yang paling selamat untuk elak diri daripada tak tidur dan lupa makan dan lupa segala kerja-kerja yang ada selama dua hari dua malam. 

31 comments

12/22/2013 08:18:00 am

Tak twngok lagi cerita ni... Baca reciew dia cam tak berapa best... Best tak?

12/22/2013 08:50:00 am

Hehehe....minat:)

12/22/2013 08:54:00 am

sama laa, kalau drama boleh lagi laa, kpop2 tak payah tanya ahahahah

semua cerita yang aisya suggest ika simpan buat pekasam dulu..free baru leh marathon ahahahah

12/22/2013 09:39:00 am

tajuk drama mcm unik jak
ooo nangga kat youtube
mun line laju nang bez jak nangga dlm youtube hooo

12/22/2013 09:41:00 am

lahh ingatkan citer pasal makan2.. hehe.. tp macam menarik jugak ni.. ada masa boleh tengok.. huhu..

12/22/2013 11:09:00 am

Doo Joon hensem! haha x) tunggu bulan 1 la kalau nak tengok drama ni.. Hana ngah nak final ni.. hee :)

12/22/2013 11:29:00 am

alamak.. kalau bercakap pasal drama korea ni saya mmg lost, xtau ape.. hukhuk..

12/22/2013 12:29:00 pm

layan..:)

Anonymous
12/22/2013 02:05:00 pm

makanan2 korea nie semestinya sedap.hana kalau tengok pown drooling. haha best ke cerita nie?

12/22/2013 02:58:00 pm

DOO JOON!!!!!!!!!!!!!
UISH. Dia memang encem. Tak sepet sangat and takde lah putih melepak tu hihihihihi <3


12/22/2013 03:45:00 pm

cerita pasal makan2 ni sy mmg suka..hehehe

12/22/2013 03:49:00 pm

Tengok Teaser dye pon dah mcam Best ! Tapi lagi best The Inheritors :3

12/22/2013 04:11:00 pm

memang peminat kdrama la awak nie.hehe sye pon jarang taw tgk kdrama..tp doo jon tu memang sye taw,dia leader group b2st

12/23/2013 02:58:00 pm

nama tajuk pun lets eat kan...harusla bg owg lapo.. ;p

12/23/2013 11:27:00 pm

@msredcheesecake

boleh tahan best jugak kak. kelakar. hehe. suka tengok diorg makan2, berselera je nampak.

12/23/2013 11:27:00 pm

@Dayat Lucas

dayat tengok tak cerita ni? :)

12/23/2013 11:28:00 pm

@Affy Afiqah

hehehe.. sy taknak simpan2, follow dari awal.. lg simpan, makin ketagih plak nanti. hehe

12/23/2013 11:28:00 pm

@Yumida Huda

yala, unik jak nak tajuk nya. dgr jak pun dah lawak. hehe

12/23/2013 11:29:00 pm

@Chic Na

mmg pasal makan2 pun cikna. hehe

12/23/2013 11:29:00 pm

@Haruno Hana 하나

hehehe.. peminat Doo Joon ye? :D

12/23/2013 11:30:00 pm

@fatin wawa

hehehe. :D

12/23/2013 11:30:00 pm

@Normi Nieza

:)

12/23/2013 11:31:00 pm

@asha hana

best la jugak. kelakar. haha! itu lah, kena tengok time kenyang. :D

12/23/2013 11:31:00 pm

@Akeyla Azmi

hahaha.. amboi, sampai cmtu sekali. hehe

12/23/2013 11:32:00 pm

@Sya Nadia

sy pun suka! haha!

12/23/2013 11:32:00 pm

@Nizam Erul

lain2 tema dua drama ni.. hehe.. demam the inheritors tak habis lagi ye? :D

12/23/2013 11:33:00 pm

@ezyra daniel

sy tgk zyra lebih minat ke arah kpop.. sy plak tak follow.. kdrama je yg sy tgk. hehe

12/23/2013 11:33:00 pm

@Cik Yaya

haaaa. kannnn. XD

12/25/2013 11:28:00 am

wah.. siap ada tips lagi dalam drama ini.. boleh cuba keringkan baju guna microwave tu..

12/25/2013 10:24:00 pm

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

itu lah kak.. mcm2 lah.. kelakar je. haha

Goo dae young not koo hehhee.... i jugak tgk cete nie..skg dah episode ke 11..cete nie best ...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...