16/03/2014

Review : Need For Speed

Mesti yang ramai tertunggu-tunggu cerita ini kan? Chipmunk dan aku dah tengok (Saja bagi korang jealous). Ni poster Need For Speed.



Cerita ini berkisarkan tentang perlumbaan kereta yang melibatkan dendam dan juga maruah seorang pelumba. Tobey Marshall (Aaron Paul) adalah seorang mekanik dan pelumba kereta yang handal. Selepas 10 tahun, musuh lamanya, Dino Brewster (Dominic Cooper) kembali ke kampung halaman dan menyuruh Tobey Marshall modify kereta Ford Mustang kerana Dino mahu menjual kereta tersebut dengan harga yang tinggi. Julia Maddon (Imogen Poots) adalah pembeli kereta tersebut. Dia meletakkan syarat sekiranya kereta tersebut boleh mencecah kelajuan 230km/j dia akan membeli kereta itu. 

Disebabkan beberapa konflik, Dino tidak berpuas hati dengan Tobey Marshall lalu mengajak beliau berlumba dan juga disertai oleh Little Pete (Harrison Gilbertson) yang merupakan kawan Tobey. Dalam perlumbaan tersebut, Dino bermain kotor dan menyebabkan Pete mati dalam kemalangan. Tobey berniat untuk membalas dendam. Macam mana Tobey mahu melakukannya? Adakah dengan cara seorang pelumba atau bunuh je si Dino tu? Itu korang kene tengok lah aksi yang seterusnya.



Cerita ini secara jujurnya aku cakap memang gempak lah! Jalan cerita yang menarik. Kadang-kadang sampai chipmunk sendiri terkejut dengar bunyi kereta yang kuat secara tiba-tiba. Watak cerita ini pelbagai. Ada yang suka melawak, serius, antagonis, romantik dan lain-lain la. Kalau masa tengah serius, memang menjadi lah. Kalau tengah serius itu, ada juga lawak yang diselitkan. Kereta yang diorang guna semua boleh dikategorikan sport car dan super car. Memang best gila masa diorang tengah berlumba. Cara polis bercakap pun sama macam dalam game (bagi siapa-siapa yang pernah main game ini la). Tak tahu nak gambarkan macam mana. Apa lagi, pergilah tengok cepat-cepat cerita ini. Overall rating 7.5/10.








Sumber : IMDb dan Google

24 comments

3/16/2014 10:23:00 am

amboiii melampau nii.
hihihihihi nak tengok gak ish manacii T_T

3/16/2014 11:06:00 am

mmg dalam hasrat hati nk pi tengok.. tunggu masa je.. hehehe..
lagipun, mmg minat giler game dia.. NFS most wanted, undercover, carbon, most wanted 2, smua pnah main.. heheh

3/16/2014 11:26:00 am

best citer ni..

3/16/2014 11:32:00 am

Blm tgk.. Macam best ;D

3/16/2014 01:05:00 pm

zizie baru tgk semalam.. best kan.. tapi, bawah sikit r fast & furious.. btw, kalo akak nak tgk cerita pompeii, aka download jela.. xyah hbs kan duit kt cinema :D

3/16/2014 03:40:00 pm

Alamak dah keluar ke.. huhu.. confirm la best.. game dia pun best...

3/16/2014 03:43:00 pm

wahh best cerita nie.. nak pergi tengoklah nanti

3/16/2014 04:28:00 pm

Nak ajak en.suami tengok nanti.. :)

3/16/2014 06:04:00 pm

alaaa macam best jakkk. mok tengok juakkkk!!

3/16/2014 09:08:00 pm

Ni mesti cerita ala2 Too Fast Too Furious kan... Lama x tengo wayang. Huhu..

3/17/2014 12:00:00 am

macam best je...tapi sekarang ni jarang pergi tengok wayang :)

3/17/2014 01:28:00 am

Owh, game Need for Speed tu dah jadi cerita ka? Tedi tak main game tu, hehe... mesti best cerita ni sebab ada kereta.

3/17/2014 07:15:00 am

akak tak tengok lagi citer ni..best ker dear ?:)

3/17/2014 09:26:00 am

byk bintang tu... kira leh tengok lah ni, ke patut tunggu fast n furious? hhee.. tapi paul walker takde cam tak best

3/17/2014 10:16:00 am

menarik filem ini, nak pergi tengok juga la nanti.. :D

3/17/2014 11:51:00 am

macam cte fast and furious je hehe...nnti leh la try tgk

3/17/2014 12:22:00 pm

teringat ngan gerek mek Paul Walker.
sian nyaa :'(
ehh.. hahaha.

3/17/2014 02:28:00 pm

mcm dh jarang mok tgk movie..kesian dgn dirik sendiri sbb xda masa utk melepakkan diri nangga movie..hukhuk

3/18/2014 03:24:00 pm

Ada cakap kurang menyengat. Acane ni? Nak tonton ke tak?

Ikhlas,
profhariz.com

3/18/2014 04:01:00 pm

Lama dah tak tengok wayang ni. =)

ZH Blogger

3/18/2014 11:58:00 pm

nnt kena tgk hehee :)

3/19/2014 07:37:00 am

best mcm fast & furious x?..hehehe...

3/19/2014 09:07:00 am

saya lebih suka tengok dekat rumah sahaja

3/29/2014 08:23:00 pm

Tgk thriller dia aritu..nmpk mnarik..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...