01/04/2014

Si Cengeng yang Ketakutan

Ini entri autopublish lagi.

Menaip untuk meredakan ketakutan lepas kena kejar dengan anjing. Pukul 10.30 malam, baru balik dari pusing-pusing seorang diri mencari CIMB Bank yang paling hampir. Tiga ekor anjing, depan tangga naik. Dalam hati, tak apa. Buat selamba je lalu. Mungkin dia tak kacau. Meleset, anjing-anjing tu bangun dan terus kejar. Nasib baik time tu on the phone dengan En. Barney. Dengan badan yang menggeletar, pegang phone. 

5 minit. Tunggu dekat blok depan. Tekan alarm nak masuk kereta. Tak boleh. Anjing tu dah bersiap sedia kat belakang kereta. Lock semula. 

Tunggu lagi 10 minit. Call housemate. Housemate turun dengan niat nak menjemput si cengeng yang ketakutan. Anjing dah bersiap sedia di tangga. Housemate nak turun, anjing pun bangun. Last-last, call En. Barney.

Line clear. Tekan alarm, masuk kereta dan kunci pintu. Sampai sekarang masih menggeletar, teresak-esak menangis. Takut.

Kenapa bukan anjing comel begini?

Tunggu En. Barney sampai. Rasa bersalah pulak. Bukannya dekat. Fobia. Bukan tingkap pun tak berani. Mak, Kakak takut!

23 comments

4/01/2014 12:45:00 pm

bhayanya..huhu

4/01/2014 01:28:00 pm

Kmk pun takut juak kdg2 ;D hee

4/01/2014 05:26:00 pm

Takut dgn anjing jugak...
Sama cam k nrl... mmg menggeletar lah kalau lalu sebelah dia, walau terpaksa buat2 tak tahu... ^__^

4/01/2014 06:34:00 pm

Allah, jaga diri baik2 aisya...ika pun takut anjing..plus tak suka jugak sbb ada sejarah buruk ngn anjing T_T

aisya, ika nak jemput join GA ika, harap sudi laa ya join :)
http://haneulafiqah.blogspot.com/2014/04/grand-opening-giveaway-by-haneulafiqah.html

4/01/2014 08:51:00 pm

orang cakap kalau nampk anjing jangan lari atau takut.. nanti dia kejar.. hm.. entahlah kan. tapi takut betul kalau kena kejar.
singgah klik nuffnang sini :)

4/02/2014 01:12:00 am

zizie pernah buat entry pasal anjing bernama qitmir. ada yg kt, jerit qitmir, nnt anjing tu tak kacau.

4/02/2014 09:50:00 am

huhu...same cam yaya ni..
lalu dpn anjing bajet dia xkejau sekali....fuhhh... berderau darah ni ;p

4/02/2014 12:11:00 pm

Wow, kesiannya...tp serius kena kejar anjing adalah sesuatu yg menakutkan okay...1 st, sbb dia garang, gigi tajam, 2nd, sebab dah set mind, x boleh pegang anjing..haha 3rd, anjing lari laju...takut~takut~ T_T

4/02/2014 02:51:00 pm

anjing juga makhluk Allah pasti ada hikmahnya kenapa Allah haramkan untuk kita umat Islam

4/03/2014 12:57:00 pm

nasib baik aisya tak diapa-apakan oleh anjing tu.. hati-hati selalu..

4/05/2014 10:36:00 pm

@Sally Yatiey
kmk mun nya sik ngaco sikda hal. tok sikda angin sikda ribut terus kejar org. kurg asam asuk ya, huhu

4/05/2014 10:39:00 pm

@Affy Afiqah
sejarah buruk yg macam mana tu ika. huhu

4/05/2014 10:42:00 pm

@lynndamya
dah kena kejar anjing baru tau langit itu tinggi rendah. hahahaha!

4/05/2014 10:45:00 pm

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)
alhamdulillah kak. nasib baik tak apa2. huhu

4/11/2014 04:08:00 pm

tak buat report kat rukun tetangga? sbb mesti ada gak orang laen yg tak selesa ngan anjing2 tu. ye la. bdk2 pun takut nak maen kalo ada anjing garang.

4/11/2014 10:34:00 pm

@Normi Nieza
mmg pun. huhu

4/11/2014 10:37:00 pm

@Nurul
itu lah kak. nak buat biasa2 je. sekali dia bangun terus kejar. sampai skrg trauma lg. haha

4/11/2014 10:40:00 pm

@Liza Licha
itu la yg saya buat tapi hampeh. dia bangun terus kejar.

4/11/2014 10:43:00 pm

@Nurul Farahizzati Zakaria
ye? kalau anjing tak kejar takpe.. ni kalau dia dah kejar tu.. ya allah, ketar lutut.. huhu

4/11/2014 11:15:00 pm

@faizal
sebab fikir anjing itu haram lah mmg terus lari kalau anjing dah start kejar. takkan nak tunggu lagi merelakan diri digigit anjing.

4/11/2014 11:21:00 pm

@aswadz
dah report kt guard dah, tak tau la ape dia punya tindakan tp hari tu dia kata nak call pihak berkuasa. sebab mmg dah ramai yg complaint.

4/11/2014 11:21:00 pm

@aswadz
dah report kt guard dah, tak tau la ape dia punya tindakan tp hari tu dia kata nak call pihak berkuasa. sebab mmg dah ramai yg complaint.

4/18/2014 07:40:00 am

Hihi...ayut dulu slalu kna kjar kat pj..mmg takut.kna jgk cri alternatif jln len...hihi

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...