08/06/2014

Keyword : Bulu Kucing Berminyak

Selalu dengar pasal rambut berminyak tapi setakat ni I tak pernah jumpa lagi bulu kucing berminyak. Semalam check keyword Nuffnang, terjumpa la keyword bulu kucing berminyak. I pun tak tahu apa yang dimaksudkan dengan bulu kucing berminyak tu. Mungkin bulu kucing berminyak secara semula jadi kot. Alah, macam rambut manusia tu jugak lah. 


Kalau bulu kucing berminyak secara semulajadi Iolls tak pernah lagi jumpa setakat ni. Tapi kalau bulu kucing berminyak disebabkan mandi minyak, yang tu pernah jadi kat kucing I sendiri. Ini semua cicak punya pasal!

Abang E'el memang ada hobi untuk mencari cicak. Kalau dah lompat-lompat cari cicak atas meja dan kabinet dapur tu, dia peduli apa ada gelas atau pinggan semua dia buat tak nampak je. Dah banyak gelas pecah jadi mangsa lompatan Abang E'el. Alkisahnya pada suatu hari yang malang, Abang E'el memulakan misinya untuk menangkap cicak di dapur seperti biasa.Sayangnya tersilap langkah, dia terlanggar botol minyak. Abang E'el jatuh, botol minyak yang tak tertutup rapat pun jatuh. Habis separuh badan Abang E'el bermandikan minyak. Dan minyak dalam botol yang penuh tu pulak, hanya tinggal separuh je lagi. 

Sumber : Google

Dengan kaki yang berminyak, habis lantai satu rumah ada kesan tapak kaki kucing yang berminyak. Tak pasal-pasal malam-malam buta kena mop satu rumah. Abang E'el pulak, mak tarik masuk dalam bilik mandi dan terus rendam dalam basin yang penuh dengan sabun. Kan tak pasal-pasal, malam-malam dah kena sental dengan Mak. Abang E'el oh Abang E'el.


Cuba imagine satu rumah penuh dengan tapak kaki kucing yang comel-comel tapi berminyak. Padan muka, kucing lain mandi air. Dia mandi minyak. 

p/s : Siapa ada tips nak hilangkan hitam kat hidung kucing eh? Puas dah gosok-gosok. Tetap hitam jugak. 

11 comments

6/08/2014 01:00:00 pm

ada jugak yang mencari yer..

6/08/2014 02:58:00 pm

Hahaha.. At the end, mandi minyak jak tp cicak sik dpt. Kahahaha.. Cicak ku cari, minyak ku dpt..

6/08/2014 07:36:00 pm

Rare punya kucing. Hahaha

6/08/2014 09:39:00 pm

Hehe ;D

6/09/2014 12:25:00 am

kucing kat rumah sis pernah kena minyak satu badan..tapi kes berjalan jauh, bila balik rumah habis jadi kucing minyak..

Terus bawa ke bilik air dan sental, berkali-kali juga kena sental untuk hilangkan bau minyak kat badan dia..hehe

6/09/2014 12:51:00 am

hahaha..kucing adik husna pon suka sgt tgkap cicak..pastu main2..:p

6/09/2014 04:44:00 pm

kalau orang minyak selalu dikaitkan dengan benda jahat seperti mencuri dan merogol, kalau kucing minyak pulak macam mana ehh??hahaha

Regards,
-Strider-

6/10/2014 11:01:00 am

amboi, tu muka marah sebab tak puas hati kena sental ngan sabun ke..hehe

6/11/2014 10:18:00 pm

kucing berminyak?cmne nak ilang tu..bpe lama agknye.. ^,^

6/14/2014 04:18:00 am

hihihi lawok betul.
mak aih ya allah garang betul eh muka e'el tu heee <333
kim slm peluk cium tau kak aisya hee~ <3

6/14/2014 04:18:00 am

oh ya kak aisya!!!!!!
heheeh mungkin dia selesema kot hm susah nak hilangkan, bukan kucing tu je ke boleh hilang kan? hee~

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...