01/06/2014

Korean Drama : You're All Surrounded

Selain drama Doctor Stranger, Iolls sebenarnya tengah tengok drama lakonan Boyfriend No. 3 Iolls. Ehem. Dah lama nak buat entri, tapi asyik tak sempat aje. Busy lah. Konon je busy tapi tak ada lah busy mana pun. Sibuk tengok drama korea je pun. 

Anyway, drama ini Iolls dah tengok baru sampai episode 4 tapi dalam simpanan dah ada dalam 8 episode. Ikut turn sebab nak habiskan Angel Eyes dan Doctor Stranger dulu baru tengok drama yang ini pulak. Ada satu lagi drama yang I baru tengok. Yang tu Iolls cerita kemudian ye. Ha, nampak tak betapa busy nya perempuan ni? Busy dengan drama korea. 



Sinopsis You're All Surrounded

Mengisahkan 4 detektif baru yang ditugaskan di sebuah balai polis di Gangnam, Seoul. Mereka adalah Eun Dae Gu (Lee Sung Gi), Oh Soo Sun (Go Ara), Park Tae Il (Ahn Jae Hyeon) dan Ji Gook (Park Jung Min). Menjadi seorang detektif bukanlah impian buat keempat-empat mereka sebenarnya. Hari pertama melapor diri di Balai Polis berkenaan, mereka bertemu dengan Seo Pan Seok (Cha Seung Won) buat pertama kali.


Drama yang agak santai dan boleh dikategorikan sebagai drama comedy. Tak payah runsing-runsing nak memikirkan plot cerita yang berat-berat dan kurang bermain dengan emosi negatif penonton. Tak payah nak marah-marah. Nak tengok cerita ni, relaks je. Cuma agak curious dengan kisah silam Eun Dae Gu dan Seo Pan Seok. Apa yang terjadi sebenarnya?


Drama ni bagi I nak kata best, tak ada lah best sangat pun. Tapi sebuah drama yang menyeronokkan. Haruslah, ada boyfriend no 3 pulak tu kan. Ehem. Tak payah nak pening-pening kepala dengan watak antagonis. Mungkin setakat ini lah, kita tak tau twist pada jalan ceritanya di episod-episod kemudian kan.


p/s : Banyak sangat tengok drama korea sampai blog pun terabai. Ish ish ish.

7 comments

Anonymous
6/01/2014 12:34:00 pm

dah tengok hehe! cite ni best! xD nnti nk sambung tengok onlinelah, kt tv lambat

6/01/2014 03:32:00 pm

akhirnya df dapat jugak tahu the best watch online. hahaha. dulu drama crazy tu dah kene tutup haizz

6/01/2014 04:49:00 pm

hihi..layann jugak cerita nih...kelako...tp macam da tau2 je ending die..cehhh

6/01/2014 06:30:00 pm

Nampak sedap je ni. Boleh download ni lepas habis final. hehehe

6/01/2014 09:18:00 pm

Best sebab ada LSG! ;) Tapi lebih suka Lee Seung Gi berlakon dalam Gumiho ya.. hee

6/02/2014 12:46:00 am

ohh busy melayan drama korea rupanya..hehe

6/04/2014 11:58:00 am

Belum pernah nengok lagi :) tapi ramai kata best

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...