08/08/2014

Kisah Raya 2014 yang belum basi

Sebelum cerita raya aidilfitri ini basi, ada baiknya Iolls cepat-cepat taip dan publish. Orang lain raya pertama lagi dah publish entri raya, Iolls tunggu berminggu baru nak story-story. Maaf lah guna sampan dayung sendiri je, tak mampu nak beli speed boat nak lumba siapa publish entri raya paling cepat. Eh eh, dah mula merepek nampak gayanya. 

Tak tau kenapa raya tahun ini rasa lebih hambar dari raya tahun lepas. Feel raya tu rasa macam kureng sikit. Mungkin sebab tak sempat nak tolong mak buat biskut kek raya agaknya? Shopping raya pun kurang. Bak kata housemate Iolls, mungkin ini lah petanda yang nyata bahawa umur anda itu semakin meningkat. Logik jugak kan? Raya tahun lepas rasa meriah sikit tapi hampeh Iolls pulak sakit gigi. Hanya mampu tengok orang lain melantak dengan jayanya. Hanya mampu snap gambar untuk tatapan mata sendiri. Hanya mampu memuaskan hati dengan aroma-aroma masakan yang menusuk di kalbu. 

Punya lah tak ada feel raya tahun ini sampaikan ini adalah raya paling malas nak snap gambar. Iolls ni dah lah bukan jenis yang sakan berselfie. Tak terkejut kalau tak ada gambar sendiri. Tapi kalau ada geng yang rajin snap-snap tu, I join sekaki je. Gambar-gambar raya tahun ini semuanya ehsan daripada adik I. Kat phone sendiri, gambar raya seketul dua cuma. 

Tahun ini dengan warna temanya adalah Ungu


Kalau perempuan mesti ada terselit gambar kasut satu dua. Kenapa mesti kasut eh?

Raya je tiga beradik ni elok perangai nak bergambar sama-sama.

Takkan anak saja ye, mak bapak pun nak snap-snap jugak lah. 

Merpati dua sejoli sayang pulak tak sedondon merah putih tu datuk dan nenek Iolls. Leka bersembang kisah 30-40 tahun lepas. 

Serius tak ingat ini raya ke berapa entah. Raya ketiga kot. 

Teaser katanya.

Hari raya keenam pulak, weolls satu family pergi ke kebun nenek untuk menyelesaikan satu misi yang sukar. Terpaksa berperang dengan makhluk-makhluk hitam yang berterbangan bebas. Ha, yang ini Iolls story-story kemudian. Agak-agaknya lah misi apa lah tu ye? Siapa boleh teka?

p/s :Jumaat sudah lah. Dan esok weekend. Salam Jumaat semua!

10 comments

8/08/2014 08:24:00 am

haiiiii morning hehe. kite pn ade buat entry raye jugak. jemput ye :D

8/08/2014 08:31:00 am

Kemain makhluk makhluk hitam lagi , apakah apakah ? Cepatlah update Aisya oii. :P

8/08/2014 08:45:00 am

rye thun nie pon sme, mcm kurengg sebab xbeli baju raya kat zawara kot..hikss! twwwwwwwwwwww... brung gagakkk kannnnnn

8/08/2014 10:15:00 am

nak tunjuk kasut baru..hehehe..memang lumrah wanita kot..hehehe...selamat hari raya..

8/08/2014 10:38:00 am

meriah tu raya. bila raya ni la seronok nak jumpa sanak saudara

8/09/2014 03:22:00 pm

Assalamualaikum dan salam singgah ptg sabtu..wahh..meriahnyer hari raya adik..raya belum basi lgi dik..raya kan sebulan..apa2 pn akak memohon maaf zahir dan batin yer..salam kosong-kosong..

8/09/2014 03:53:00 pm

perempuan dengan kasut berpisah tiada..hehehe..tapi nampak gaya macam meriah jugak raya aisya tahun nie..kalau raya kat KL sure lagi hambar..hehehe

Regards,
-Strider-

8/10/2014 03:05:00 pm

raya kan sebulan. so still belum trlambat nak bercerita psl raya.

8/10/2014 06:31:00 pm

Meriahnya :)

8/12/2014 10:52:00 pm

kasut adk brdik pon nak sama...hehe..cntik..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...