04/08/2014

Satu Dua Tiga Punya Cerita

Apply cuti tiga hari untuk lengkapkan cuti raya seminggu, maka lama itu juga lah blog Iolls dalam mode senyap. Mode senyap katanya ye. Ingatkan cuti seminggu boleh tatap blog sampai lebam. Nak blogwalking, nak merapu merepek semua ikut suka lah. Tapi hampeh, sekali pun tak buka blog. Lama sangat blog bercuti sampai nak letak title entri apa pun boleh fikir sampai 20 kali. Tolak tambah darab bahagi mahu 150 kali jugak taip-taip, backspace sampai penghujung kiri. Okay, ini tipu. Sila abaikan. 

Entri raya belakang kira. Nanti Iolls cerita kemudian. Panjang lagi masa. Seminggu tak masuk office, mahunya berlambak keja dalam PC.  Oh, ayat "kerja berlambak atas meja" itu tidak praktikal untuk I sebab dalam PC itu lah semua jiwa raga. Sekali condemn mahu berjujuran air mata darah. Err, kalau PC nak guna apa? Dalam heh? Itu baru kerja office. Blog pulak lain cerita. Banyak lagi entri tertunggak. Dah draft dalam kepala. Baca dengan jelas, dalam kepala saja ye. Tangan masih belum digerakkan lagi untuk menaip apa-apa. Bloglist tak update lagi. Tak berkesempatan lagi nak buat kunjungan raya di blog rakan-rakan blogger yang lain dan komen pun almost 100 tak approve lagi. 



Kita beralih ke cerita yang seterusnya pula, Alhamdulillah tak update seminggu dapat juga dua ketul CPUV dari Mr. Nuffnang. Thank you! Thanks Dove dan juga Sony Xperia. Itu menjadikan empat iklan CPUV yang still on going lagi. Oh Mr. Nuffnang nak tambah lagi pun boleh saja. 

Cerita semalam lah. 

Oh semalam date dengan Blogger Sally sekejap. Sekejap je, tak lama. Dari pukul 12 tengahari sampai pukul 2 petang kot. Dear Sally's Smartphone, get well soon so that senang nak gosip-gosip dalam group whatsapp. Hash tag Kami Bukan Cadbury. Hash tag Blogger Gila Hashtag. Ehem.

p/s : Alert! Privasi dicerobohi sudah. Sigh

12 comments

8/04/2014 08:19:00 am

Alhamdulillah...murah rezeki...semoga murah rezeki selalu...^_^

8/04/2014 09:33:00 am

Kak ecah... mcm mana fungsi CPUV nie eaa? mcm mana boleh dptkn eaaa :(

8/04/2014 09:45:00 am

Meriahnya CPUV dia chaiyookkk :)

8/04/2014 10:14:00 am

Tahniah.. ada rezeki dengan nuffnang lagi :-)

8/04/2014 10:19:00 am

wahhh, date ngan kak sally tu :)

8/04/2014 12:27:00 pm

salam. oohh..dating tak ajak eh? hehehe

8/05/2014 12:59:00 am

wahh banyak cpuv...salam perkenalan dari germany ye... jemput join giveaway saya ye...

http://jindrisska.blogspot.de/2014/08/harry-potter-postcards-giveaway-from-me.html

8/05/2014 07:55:00 am

lepas tu ramai yg amik MC dan emergency leave sebab mood kerja x ready lagi..huhu

8/05/2014 09:27:00 am

cantiknya dear. eh out of topic =P
murah rezeki blog dear nih =)

8/05/2014 04:14:00 pm

eh, macam muka kita...hahahaha...nasib la sally tak dapat CPUV yg sony tu..kalau tak mau meraung! hahahaha

8/05/2014 04:59:00 pm

sama la. tp aku sempat lg baca blog. tu pun sket2 je.

8/05/2014 09:02:00 pm

samalah..banyak draf tapi semua dalam kepala..hehe. Bila nak buat entri, tak tau nak kongsi apa dulu...hehehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...