04/10/2014

Yes, I am engaged...

Nak je biarkan tajuk di atas tu kosong. Sebab minda pun kosong juga sebenarnya. Demam. Sakit tekak. Flu. Alhamdulillah. Nasib baik lah hari ini memang hari cuti so tak perlu nak pergi klinik ambik mc. Dua tiga minggu ni antibodi badan rasa macam makin lemah pulak. Kerap sakit. Mungkin memang musim kot sekarang kan. Dua tiga minggu ni jugak lah berapa kali I pergi klinik. Dengan migrain, sakit tekak, demam. Macam-macam ada. Petanda badan I perlukan rehat. Sebab dua tiga minggu ini jugak lah busy dengan itu dan ini. And mostly untuk tarikh 27th September yang lepas. 

I suka something yang simple. Tak suka benda yang fancy-fancy. Dan sweet, memang not my type lah. Dan I juga lebih suka berahsia, tak suka kecoh-kecoh. Ingat dulu masa mula-mula couple dengan En. Barney. Oh I malas nak cerita sebab ceritanya panjang jadi kalau uolls nak baca kisah I dan En. Barney macam mana boleh baca dalam Entri INI.


Bila jenis yang malas nak kecoh-kecoh ni, even kawan-kawan baik sendiri pun tak tau yang I nak bertunang. Cuma yang seorang tu tau sebab bapa I yang bagitau mak bestfriend I tu. Seorang lagi I bagitau sehari sebelum I bertunang sebab nak minta tolong settle kan itu dan ini. Dan yang lain-lain sentap bila tak tau. Nasib baik kawan memang betul-betul baik punya, sentap seminit pun tak sampai. Terharu pulak rasa bila BFF hantar emoticons sedih dan dalam masa yang sama mendoakan untuk kawan baik diorang yang senyap-senyap dah bertunang ni. 

I kan dah bagitau, I nak majlis yang simple je tapi nan hado jugak tu kan. Jadi tak adalah pelamin, tak adalah MUA, tak ada itu dan tak ada ini. Kalau I tau ramai yang datang, memang I dah prepare door gifts sikit untuk tetamu. Tapi nak buat macam mana, tak sampai 24 jam nak bertunang baru I tahu berdozen-dozen yang datang. Mana sempat nak cari door gifts dalam masa semalam. Mungkin silap I jugak kot tak rephrase I nak majlis simple. Pentingkan apa yang sepatutnya dipentingkan. 


Masa pihak lelaki datang, I duduk dalam bilik senyap-senyap dengan bestfriend I. Bestfriend I pulak yang lagi excited, I memang dah rasa down dah time tu. Nak senyum pun rasa fake. I mengaku, I perfectionist. Perfectionist memang susah nak puas hati. Sebab itu lah cerewet sampai En. Barney pening kepala kalau teman I cari kasut. Ini tak kena, itu tak cantik. 

Saksi Pihak Lelaki

I tak tahu lah sama ada ini cuma adat orang Sarawak. Masa majlis pertunangan mesti ada Watikah Pertunangan yang ditandatangani oleh saksi dari pihak lelaki dan juga perempuan. Bila I tanya En. Barney, ini first time dia dengar tentang watikah ni. Sesi tandatangan ni I tak tengok. I kan old school je duduk dalam bilik tunggu orang panggil. Rasa ada dua copy kot. Satu pihak lelaki simpan. Satu lagi ada dalam simpanan I. 

Finally ada juga gambar bapa sendiri time tu.

Ini pulak saksi pihak perempuan. Semua geng-geng masjid bapa I lah ni. 


Nak simple sangat kan? Orang lain tak sarung cincin depan pintu. Kamu je sarung cincin depan pintu dik oi. Make up sendiri-sendiri saja. Ini semua jasa baik geng-geng tarian Sanggar Citra dulu, kalau tak kerana involve dengan tarian, I mungkin tak tau apa beza mascara dan blusher. Baju itu nanti I story lain, nak story sini makin panjang pulak entri ni nanti. 


I siapkan semua ini dalam masa semalam. Dengan bantuan sorang bestfriend, adik dan mak sikit. Nasib baik lima dulang. Kalau tujuh, memang tak tidur lah jawabnya. Nak siapkan lima dulang pun ni pun rasa macam zombie sebab dah memang tak cukup tidur seminggu tu. 


Blogger pertama yang tahu I nak bertunang adalah Cikna Tauke Coklat. Sebab I order coklat Cikna untuk dijadikan hantaran. Ini pun I akan story di lain entri sebab banyak sangat nak cerita. 


Ini Kek Lapis Sarawak air tangan bakal mak mertua En. Barney. Sebab I taknak nampak kosong sangat. Jadi masa hari kejadian tu I sibuk fikir nak decorate kek ni macam mana. Pagi-pagi lagi I merayap pergi cari barang nak decorate kek siap sempat lagi goyang kaki sambil layan Iglool Snow Ice dengan adik dekat supermarket. 


I migrain dan lambat pergi office sebab terlewat bangun semua gara-gara nak siapkan reben dan bunga-bungaan ini. Nanti I share tutorial mana I follow untuk buat crepe flower dan ribbon simple tu. Ada banyak tutorial tapi agak susah jugak cari tutorial yang simple dan mudah faham. 


Dalam gambar yang tak berapa nak banyak tu, I paling suka gambar ni. Candid but nampak sincere. Tak ingat lah gelakkan apa time tu. Alhamdulillah, after 4 years and 5 months. Rasa macam sekejap je tapi dah empat tahun lebih dah rupanya kan. Rasa macam baru semalam kena pujuk dengan aiskrim cornetto. Hiks.

Bila fikir balik memang banyak sangat kekurangan yang tidak memuaskan hati pada hari tu. Itu lah siapa suruh esok nak bertunang, hari ini baru terbang balik ke Sarawak. Sebab ingatkan simple dan kita-kita aja. Tak apa lah, perkara dah lepas. Jagalah hati orang lain, hati sendiri dan majlis sendiri belakang kira. Itu tema pada hari tersebut. Yang penting sekarang kita enjoy! Eh eh, yang penting sekarang kita look forward untuk masa depan pulak. Perkara yang lepas usah dikenang. Tak begitu?

p/s : banyak pulak entri pending ni. 

14 comments

10/04/2014 03:24:00 pm

tahniah ... ada watikah pertunangan ya . sis pun baru tau nih . baguslah ada black n white perjanjian bersama saksi . mungkin nak mudahkan klu berlaku kes saman / minta ganti rugi sbb x jadi kot .

10/04/2014 08:17:00 pm

1st time kmk dengar pasal watikah pertunangan tok kak.. Tahniah k. :)

10/04/2014 08:38:00 pm

alhamdulillah..tahniah cik chipmunk dan encik barney.semoga dipermudahkan urusan sampai ke jinjang pelamin

p/s: jangan stress sangat k, benda dah lepas. :)

10/04/2014 10:01:00 pm

Alhamdulillah tahniah !!! =)

10/04/2014 11:20:00 pm

tahniah for your engagement sis! hihii simple is better. ^^

10/04/2014 11:42:00 pm

bnyk hantaran makanan...
nyum3... ^,^

10/05/2014 02:20:00 am

First time tau pasal watikah pertunangan tu~ :)

Selamat Bertunang. Semoga kekal ke jinjang pelamin. Tahniah sayang

10/06/2014 01:20:00 pm

yeay! dah kawen...hahaha...eh?

10/07/2014 09:14:00 am

Ai is tau awal juga okay Aisya nak tunang. Nak jugakkkk! Hahahaha.

10/08/2014 10:19:00 am

Ada watikah pertunangan? Wah.. 1st time dengar ni..

10/10/2014 04:26:00 am

tahniah... x perlu perfect sgt. janji dah bertunang.

10/16/2014 08:56:00 am

Tahniah dear...xpela..selesai dah pon..dulu ayut tunang xde jgk door gift..hahaha.boleh gitu?? Ada utk member rapat je..tu pon coklat :p

2/01/2015 08:30:00 am

terlepas baca..! hoho
tahniah ya kak.. moga berkekalan ya..! insyaaAllah.. :D
comel la pakai baju kuning..!

2/21/2015 08:30:00 am

Salam.Hee saya pun baru tahu psl watikah pertunangan begini.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...