10/11/2014

Aidijuma Concept Store, Bukit Jelutong

Jujur, I tak pernah peduli pun tudung bawal Aidijuma ni. Sekadar cakap-cakap orang yang bermain-main di telinga. Nak menyibuk memang tidak lah. Bersepah lagi tudung-tudung I boleh beli di mana-mana. Especially Jalan TAR. Tak kisah lah Aidijuma, Fareeda atau Faridah sekalipun tak kuasa nak melayan semua ni. Kalau bab tudung I lebih mementingkan kuantiti. Tudung sehelai harga RM100? Memang tak lah I nak rembat, sentuh pun tidak agaknya. Better I cari tudung RM10 sehelai, RM100 I boleh dapat 10 helai siap macam-macam warna dan macam-macam corak. Biasalah perempuan, better beli banyak dari beli mahal. Tudung banyak mana pun takkan pernah cukup. Beli dan beli dan beli lagi. Senang cerita beli tudung itu umpama satu putaran. 



Tapi semalam, I jejak kaki juga di Aidijuma Concept Store, Bukit Jelutong. Gara-gara adik Iolls nak juga I belikan tudung Aidijuma untuk dia. Memandangkan budak cengeng tu ada rombongan dengan geng-geng Politeknik dia terbang dari Kuching ke KL, maka I turutkan lah permintaan satu-satunya adik perempuan I tu. 


I memang lalu bangunan ni 5 hari seminggu nak menuju ke office dan baru semalam I tau sini lah terletaknya Aidijuma Concept Store. Selalu dengan member office kata Aidijuma dekat je. Tapi I tak tau lah kat mana letaknya. Padahal memang setiap pagi I terfikir-fikir kedai apa lah yang cat warna-warni ni. Menarik perhatian sungguh. Rupa-rupanya Aidijuma lah. Ha memang dekat lah dengan office. Nak jalan kaki pun boleh. Tapi tipu lah kalau on the way nak ke Aidijuma tu tak basah ketiak sebab berjalan dibawah cahaya matahari. 


Kalau tanya I pasal label-label ni I memang surrender. White label ke, Black label atau Rainbow label ke I mana pernah ambik tau. Even tudung Aidijuma sehelai pun tak ada. Ini dua-dua helai adik Iolls punya. I cuma jadi tukang pilih dan bayar ikut kehendak dia. 

Officemate selalu bagitau, kalau new design baru keluar memang panjang betul barisannya. Macam tudung free Aidijuma 5th November lepas. Member Office ada yang pergi dua kali lagi. Pagi pergi, lunch hour pergi lagi. Katanya di Bukit Jelutong ni choice lebih banyak lagi lah. Entah lah, I dengar je geng-geng Aidijuma kat office tu menyembang. Buka telinga tapi malas nak menyampuk dan follow. Tak kuasa lah nak beratur panjang-panjang semata tudung je. 

Nak pergi Aidijuma Concept Store di Bukit Jelutong ni simple je. Kalau uolls dari Shah Alam  / Subang or arah yang sama menghala ke highway Guthrie, bila nampak simpang ke Bukit Jelutong jangan masuk simpang kiri terus. Exit kiri tapi straight lagi follow sign board Space U8 atau TTDI Jaya. Uolls akan nampak tembok warna-warni macam gambar di atas terus masuk simpang kiri selepas tu dan kemudian kiri lagi. Ada dua kali simpang kiri yang pertama. Kalau dari highway Guthrie pulak, follow signboard TTDI Jaya. Jumpa traffic light depan Balai Bomba Kota Anggerik, masuk kanan. Straight je sampai uolls nampak I-Parc Bukit Jelutong di sebelah kanan dan masuk simpang kiri yang pertama selepas itu.

Aidijuma Concept Store
Address : No. 30, Jalan Astaka U8/84, Perindustrian Bukit Jelutong, 40150, Shah Alam
Tel : 03-7734 7806 / 019-959 8536
Website : www.aidijuma.com

p/s : Bukan main seronok lagi adik I tu dapat tudung Aidijuma dua helai. 

16 comments

11/10/2014 08:40:00 am

akak pakai jeee bawal kanggaroo hat selai RM5...senang nak matching dgn baju yg bunga²...beli hat corak² ni kena pakai bj plain...hehehe..

11/10/2014 08:58:00 am

samala kita...sayang pulak nak beli sekadar sehelai sampai RM 100...kalau beli murah tapi pandai gayakan, insya Allah, akan nampak cantik jugak, macam tudung mahal...hihi ^_^

11/10/2014 09:03:00 am

Azwar pun pernah pergi Adijuma yang dekat bukit jelutong ni, macam rumah pun ada, tak nampak macam kedai pun. Tapi masyaallah ramai gila orang pepagi :)

11/10/2014 09:38:00 am

Akak salah seorng peminat Aj..tapi kalau time ada keluaran baru tu..tak sanggup gak lah nak bersesak2...masa yg ada bg free gift tempohari akak ada gak pergi tapi sampai jer butik..mak aiii butik tak buka lagi dah beratur dari hujung ke hujung kedai dah..tak sanggup akak nk join..haha..

11/10/2014 10:08:00 am

kita pun dh mula minat aidijuma.. beli yang mana ada jela..tak larat nak beratuq pjg2

11/10/2014 01:35:00 pm

terima kasih awak..saya memang da setahun mencari kat manelah adijuma store ni..selama ni member bg direction xd gambar..faham - faham la..tapi takut salah faham..so bila da nmpk gmbar camni..confident skit nak g cr nnt..

thx agn! =)

11/10/2014 04:28:00 pm

baiknya kakak tolong belikan untuk adik dia :D

11/10/2014 05:51:00 pm

sis pun jenis yg tak addict jenama . apa yg sis jumpa , suka dan beli ...

11/10/2014 11:24:00 pm

as'salam..
yaya xpernah lg p kt bkt jeltng tu..cam jao jek nak jejak kaki k sana..hehe
tp pernah beli jgk..bkn o9, seblm ni ada wat festival hijab kat anggerik mall s.alam, dekat sikit dgn klang, yaya ada p jadi beli la..bnyk jgk..huhu mura je pon..rm10 kann ^,^

11/11/2014 12:47:00 am

jenis saya memang beli je mana yg berkenan kek mata. tak koser nak p beratur semata2 sebab pattern baru ke hape ke.. adeh.. bukan minat saya.. asal tutup aurat nampak manis dah cukup.. huhu..

11/11/2014 09:40:00 am

tak minat sangat tudung AJ.. sebab banyak jumpa orang pakai tudung AJ yg design sama.. tak rare lah.. hekhek..

11/11/2014 10:41:00 am

ish. cantiklah yang last pic tu.. sukaa design diaa

11/12/2014 08:44:00 am

Kacak2 owe tudung ya.

11/14/2014 02:45:00 pm

Wowo adijuma. Harga boleh tahan juga

3/19/2015 09:50:00 pm

CF minat gak aidijuma. Setakat ni x pernah lagi beratur panjang. Huhu.

5/30/2015 03:04:00 pm

Bukak hari ape jer yer..?
Pkul berapa bkk?

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...