08/11/2014

Bombay Fiery Crunch dan Cheezy Potato Waffle KFC

Kelmarin, singgah KFC yang berdekatan dengan rumah Iolls. Beratur depan kaunter, pandang menu. Oh baru tau ada menu baru. Kalau sebelum ni Thai green curry dan juga Tokyo blackpepper mushroom, kali ini membawakan hidangan dari Bombay pula. Kononnya resipi import dari Bombay kot. 

Bila tau ada menu baru, rasa dua tiga juga lah nak try atau tak. Sebab I takut dengan perkataan "Fiery" tu. Last-last ambik Spicy biasa je. Itu pun kadang-kadang I tak tahan juga pedasnya. Padahal Spicy biasa yang En. Barney boleh makan pejam mata tak rasa pedas langsung. 

Bombay Fiery Crunch

Tapi ambik jugak satu combo set Bombay Fiery Crunch ni. En. Barney kata dia nak cuba. Dan I pun boleh lah culik sedikit ayam dari pinggan sebelah. Nasib baik ambik secubit je tau! Terus rasa panas telinga. Kepedasan. Tarik nafas lega sebab tak jadi order set yang sama. Kalau tak, memang tak lah I nak makan yang pedas begitu. Kalau memang dah tak makan pedas dan tak tahan pedas tu, uolls cakap tak pedas langsung pun lidah I tak boleh tahan dan perut I tetap meragam. Hilang nikmat dunia yang ketiga bila tak makan pedas. 

Cheezy Potato Waffle

Kebiasaannya Cheezy Wedges adalah menu wajib I dan En. Barney. Disebabkan dalam combo set Bombay Fiery Crunch ada saiz kecik Cheezy Wedges, jadi I order lah Cheezy Potato Waffle pulak. Tengok macam sedap je. And memang sedap pun! Menu wajib mungkin akan beralih dari Cheezy Wedges ke Cheezy Potato Waffles? I suka sebab teksturnya lebih lembut dari Cheezy Wedges, dengan cheese yang menggoda itu lagi. Makan time panas-panas, fuhhhh!


En. Barney cukup suka dengan Bombay Fiery Crunch ni. Dia kata memang terbaik lah pedasnya. Actually memang sedap pun. Rasa macam curry pun ada jugak. Dah nama pun Bombay kan. 

Uolls dah try dah Bombay Fiery Crunch ni? Yang suka makan pedas-pedas boleh lah cuba. Yang tak tahan pedas macam I ni pulak tak payah lah nak menggedik. Tapi kalau nak try jugak tak salah selagi mampu habiskan. Kalau I memang angkat bendera putih, surrender. 

p/s : terbayang-bayang pulak di mata Cheezy Potato Waffle tu. Sobs

11 comments

11/08/2014 11:02:00 am

Cheezy potato waffle tu memang sedap...
Bombay Fiery Crunch tu tak pernah cuba lagi..sebab tengok dari gambar macam pedas sangat..hehe..tak berani nk cuba.. :)

11/08/2014 11:35:00 am

sedap eh? hari tu pegi makan tokyo blacpapper mushroom tu, tak sedap... hehe

11/08/2014 11:58:00 am

erkkk... terus rasa nak gi kfc.. huhuhu...

11/08/2014 01:03:00 pm

Sama, saya pun tak tahan pedas. Sep sikit! ^_^

11/08/2014 02:33:00 pm

tak pernah makan lagi yg bombay ni..

11/08/2014 07:28:00 pm

Saya tak makan, dokter kata tak baik utk kesihatan.. saya lah, sebab saya memang bukan org yg sihat sangat.. kalau saya ni sihat.. dah lama dah melantak set Bombay Fiery Crunch tu because I LOVE SPICY! Huhu..

11/08/2014 10:36:00 pm

terliur tgk cheesy potato waffle tu.. cikna kalo pedas2 sgt mmg xleh mkn kalau kat kedai.. sbb nk habiskan tu 2,3 jam.. huhu.. so mmg kena drive thru jelah kalau nk try bombay fiery crunch ni.. hihi..

11/09/2014 12:33:00 pm

belum ada masa nk ke kfc lagi. nak try! nak try!!!

chezzy waffle tu cambest je. huwaaa

11/09/2014 01:07:00 pm

Semalam baru makan :D sedappppp! ^^

11/10/2014 11:28:00 pm

rangup tak?tgok iklan kt tb cam rangup sgt jek..huhu
tp lau pedas,yaya pon xmau..haha pewot pon boleh mragam xpasai2 kang

11/12/2014 08:52:00 am

Cheezy wedges. Kamek suka makan.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...