17/11/2014

Singgah Express di Cameron Highlands

Memang dah plan, kalau pergi wedding officemate di Tapah nak naik Cameron Highlands sebab dah alang-alang tak jauh. Tapi bila dengar news kes tanah runtuh yang menjadi-jadi di Cameron Highlands, fikir banyak kali nak pergi ke tidak. Padahal hati bunga-bunga dah nak makan strawberry! Bagitau En. Barney, kalau cuaca elok kita naik lah. Kalau hujan, kita lupakan saja angan-angan nak makan strawberry fresh dari Cameron Highlands. 

Alhamdulillah cuaca elok je panas masa kenduri tu. Tapi beberapa minit lepas weolls lalu simpang nak ke Highway Utara-Selatan, hujan turun rintik-rintik. Tak apa lah, hujan rintik-rintik lagipun dah jauh dari simpang nak ke highway. Dan alhamdulillah, on the way naik tu tak hujan pun. Tapi jalan basah. Besar kemungkinan baru lepas hujan. Yela, takkan orang rajin pulak simbah air atas jalan kan. Lain lah kalau jalan tanah merah. Time panas harus simbah air, kalau tak jadi macam gurun sahara dilanda angin pusar. 

Tapi elok je lepas Ringlet kalau tak silap, dah hujan balik. Dan sampai Tanah Rata bukan main hujan mencurah-curah. Baru nak menyinggah kat Ladang Teh, ambik gambar feeling-feeling macam dalam movie My Hearts Acha Septriasa dan Irwan Syah zaman sekolah-sekolah dulu. Tak ada rezeki lagi kali ini. 
 

Dalam kepala ligat berfikir. Macam mana nak ambik gambar hujan lebat begini? Nak jugak snap-snap sebab tak tau bila lagi akan jejak kaki ke sini kan. Memandangkan singgah express je kali ini sama macam dulu jugak, singgah ke tempat yang weolls tau. Nak explore tak menyempat sebab nak kejar masa. Harus turun before malam. Nak bermalam tak kuasa pulak. 

Persetankan kata orang, budak ini gila agaknya bergambar dalam hujan lebat.

List yang ditulis dalam kepala cuma. Ada tiga semuanya. Teh, strawberry dan juga baby tomato. Yang lain itu tolak tepi. Cari mana yang penting dulu. Kata singgah express kan. Bergambar pun mana yang sempat jugak. 


Dulu pernah menyinggah di S'Corner Central Market jadi singgah lah sini lagi. Sebab dah tau apa yang boleh dicari disini. 


Elok je lepas weolls membeli, ada rombongan tiga bas UiTM Pulau Pinang datang menyerbu. Terbantut hasrat Iolls nak snap-snap dengan keadaan yang lengang di belakang. Nak maintain pose malu pulak banyak mata yang memerhati. 

Tak jadi nak posing elok-elok bila dah kena gelak sebab tak dibuat orang bergambar dalam hujan.

Biarpun I sedar smartphone I bukan lah waterproof macam Xperia Z3 tapi tetap teruskan jua sesi bergambar dalam hujan lebat.

En. Barney : Takkan nak bergambar dalam hujan lebat? Mana dibuat orang.
Iolls : Pedulik! Bila laginya nak datang sini pun.

Borong 6 kotak teh dan 8 kotak dried strawberry. Total semua RM74 (harga 3 kotak teh, RM27 dan dried strawberry pulak 4 kotak RM10). Dapat free calendar 1 dan juga satu paket lollipop yang ada 6 semuanya. Makcik tu kata, bagi anak-anak makan. Alahai makcik, jangan kata anak-anak, kahwin pun tidak lagi ni. 

Mission Accomplished : Borong Strawberry. Double chin woi!

Orang lain bukan main lagi pakai sweater bagai, I selamba badak pakai baju kurung je. Nasib baik ada pengalaman duduk dalam office yang suhu mungkin mencapai 10 darjah celcius yang mana pakai dua lapis sweater pun tak mampu nak menampung kesejukan melampau. 


3 kotak strawberry dengan harga RM20. Beli 6 kotak, total semua RM40. And then dapat free satu box kecik strawberry macam di atas. 

Siapa boleh jawab soalan ini;
Kenapa bila dah turun bawah, rasa strawberry tu dah tak sedap macam kat atas?


Dua kali pergi, dua kali pergi dengan express nya. Tak menyempat langsung nak explore sana dan sini. Mungkin rezeki lain kali. InsyaAllah kalau ada kesempatan untuk datang lagi. 

Bila dah dapat apa yang dihajati, tamat lah sudah sesi explorasi yang sungguh singkat itu. Dek kerana kesejukan, beli jagung rebus panas dan makan dulu sebelum memulakan perjalanan turun. Kalau tadi naik ikut Tapah, turun pulak ikut Simpang Pulai. Officemate I suggest kalau nak naik boleh ikut Tapah tapi kena tengok cuaca elok tak. Sebab jalan dari Tapah tu lagi curam dan berbahaya. Lagi-lagi keadaan cuaca sekarang yang kerap kali hujan. Kalau turun pula better ikut Simpang Pulai, lebih landai dan juga santai. Cuma jaraknya jauh sedikit lah bagi mereka yang nak menghala ke aras Kuala Lumpur. 

Alhamdulillah, hajat nak makan strawberry berjaya dilunaskan dan target untuk turun sebelum gelap pun tercapai juga. 

p/s : I ada beli fridge magnet juga sebab teringatkan uolls semua. Nak buat apa eh dengan fridge magnet ni? Hiks. 

13 comments

11/17/2014 10:10:00 am

buat gievaway ler fridge magnet tu...hihihi...

11/17/2014 11:09:00 am

Nanti hanimung pergi sana puas puas. Hehehe. Kite pun rasa nak repeat lagi. Rasa nak duduk kat cameron terus pun ada. :P

11/17/2014 11:27:00 am

yarabii kacak lalu jak rupa strawberry yaa. ehmm sik nyaman lepas turun debah? erm erm mungkin sbb strawberry ya nang nyaman di makan kat atas yajak kot. hahahaa. or disebabkan keadaan sekeliling. ehh skati jakk xD

11/17/2014 12:25:00 pm

amboi dalam hujan pun adik manis ni sempat lagi bergambar ye..hehehe

p/s nak strawberry gak :D

11/17/2014 02:19:00 pm

Ohhhh da lama nye tak cameron...Adakah kesejukkan nya masaih sama mcm dulu?ehe...nak 1 stroberi tuh....

11/17/2014 04:15:00 pm

sebab kat sana sejuk kot tu yg strawberi sedap..time dah turun jadik tak sedap..hehehe

11/17/2014 08:12:00 pm

Haritu baru pergi... tehehe.. :)

11/17/2014 09:48:00 pm

amboi sopping teh ngn strawberi la dier....nyum3..yaya lau p sana trgin nak mam strberi cicah coklat lak..hehehe ;p walaupon kat bwh ni boleh buat tp feel xsama lau makan kat atas..^,^ uhuhuk

11/18/2014 05:53:00 am

dah lama tak pergi Camero.. suka g ladang teh kat sana, pernah turun ke bawah sampai jumpa satu sungai kecik.. dried strawberi best!

pasal strawberi tu, sebab suhu kat bawah panas kot? pernah juga beli, strawberi jadi masam sangat dahla waktu tu dok dalam kereta lagi. bau masam dia tu sampai peningkan kepala kita ni

11/18/2014 12:20:00 pm

gigih naik Cameron pakai baju kurung kuning diraja tu..hehe.kalau dapat tangkap gambar kat kebun teh mesti cantik.haahla, nape ek strawberry kalau dah sampai bawah rasa dia masam.kat cameron manis je. iklan : #selamatkancameron

kbye

11/18/2014 08:09:00 pm

Strawberi. Nyamannye

11/19/2014 01:06:00 am

next time boleh sggh lavender garden lak. hehehe...

aku rasa nak mkn strawberry, kena mkn kat tmpt sejuk kot. cuba try beli kat cameron, pastu mkn kat genting highland. nescaya sama sdp nyer. nak lagi mudah, mkn dlm peti sejuk.

11/19/2014 06:45:00 pm

tak pernah berkesempatan pergi CH lagi.. hari tu rombongan famili pun saya tak ikut.. yg soklan tu, maka tak dapatlah saya menjawabnye.. hehe.. ^_^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...