01/12/2014

BerCoconut Shake @ Klebang Original Coconut Shake, Melaka

Lepas wedding sabtu lepas. kami berkonvoi menyerbu coconut shake. Memang plan asalnya begitu. After kenduri terus bercoconut shake. Lagipun rumah pengantin tak jauh pun dari Klebang. Naik kereta, jalan straight je dalam 10-15 minit dah sampai. 

Ini kali kedua lah I jejak kaki di Klebang. First time, last year. Sebab balik rumah family angkat di Tangkak, kakak angkat Iolls kahwin. Tapi dulu, singgah dalam pukul 10 malam. Sempat menyapa angin laut Selat Melaka cuma di Pantai Klebang. Tak ada makna nya coconut shake buka tengah-tengah malam. 

So kali ini, by hook or by crook coconut shake harus try. Honestly, I tak suka coconut shake pun. Sebab dulu pernah rasa yang manisnya macam tabur gula 1 kg dalam secawan coconut shake. Rasa sekali terus tak nak beli dah. Trauma sebab manis sangat. Tapi kali ini I dah tanya sana sini, buat survey dulu. Verbal questionnaire kaedahnya! Coconut Shake Klebang ni manis tak? Rata-rata jawapan yang I dapat adalah TIDAK. Okay, confirm 100% nak cuba. 


Hujan pulak time weolls sampai tu. Tapi persetankan cuaca sejuk bagai. Waima ribut taufan sekalipun keinginan harus dipenuhi. Bila lagi nak sampai Melaka kan? Dah alang-alang sampai Klebang tu, harus verify perjalanan anda dengan Klebang Original Coconut Shake. Bukan main perlu verification bagai kan? Verification dengan cara update instagram. Gitu.


Buat yang tak tau, dengar-dengar cerita yang katanya sini susah nak parking sebab tepi jalan, nak beli kena beratur panjang etc, no worries. Dibahagikan kepada dua tempat, those yang just nak beli kemudian terus balik dan juga uolls yang nak duduk lepak-lepak sambil layan coconut shake. Bila tak cukup senang nak tambah 3-4 gelas lagi. Bagi yang nak tapau balik tu, stall ada di tepi jalan besar tu. Agak susah jugak lah kot nak parking. Betul-betul tepi jalan kan? So I suggest, kalau uolls tak kejar masa pun better bercoconut shake di situ terus. Parking lot yang cukup besar disediakan untuk para pengunjung. Tapi ini khas untuk pengunjung yang memang makan di situ. Nak bungkus bawa balik, kena beratur di stall tepi jalan lah ye. 

Coconut Shake Special. Special part aiskrim tu lah.

Sangat sangat sangat sangat sedap! Tak manis, tak berlemak dan tak muak. Itu kalau uolls minum cara I lah. I tak gaulkan aiskrim dengan coconut shake. Kalau gaulkan aiskrim vanilla tu rasanya agak berlemak sikit tapi tetap tak manis pun dan tetap maintain sedap jugak. En. Barney, jom pergi lagi!


Eching je perempuan ni minum sampai 5 gelas. Dua je yang dia punya sorang. Tiga lagi orang lain punya. Tapi dengan kesedapan yang sebegini, tak mustahil I pun boleh habiskan 5 gelas seorang. Cuma segan dengan orang kiri kanan je. Kejap lagi ada jugak yang cop I tamak pulak kan. 


Mana lagi nak dapat kuih muih 3 biji seringgit? Hanya di Klebang Original Coconut Shake! Nasi lemak RM1.30 itu En. Barney yang beli. Sebab katanya nasi lemak kat sini sedap. Tu yang irresistable biarpun dah melantak dengan jayanya time kenduri tu. 

So uolls kalau dah sampai Melaka tu sila-sila lah datang serbu Coconut Shake Klebang. Memang sangat famous kan? Dulu I wonder jugak, apa yang famous sangat Coconut Shake Klebang ni. Coconut Shake je pun. Tapi bila dah rasa sendiri, baru faham apa yang sedapnya, apa yang famousnya. Memang terbaik kot! Datang lagi confirm I order dua gelas terus. Er, mungkin lebih. Eh.

Klebang Original Coconut Shake
Alamat : Lot 130, Solok Kampung Bahagia, Klebang Besar, 75250, Melaka
Contact Number : 013-3994061

p/s : tengah taip entri boleh pulak terliur rasa macam nak coconut shake sekarang jugak!

13 comments

12/01/2014 09:52:00 am

Maigod ! Semalam cadang nak pergi Melaka tapi kensel. Bencilah tengok coconut shake ni. T_T

12/01/2014 11:33:00 am

Tkde tapau lebih bw balik?? hahahaha

12/01/2014 11:52:00 am

memang best...thumbs up...

12/01/2014 12:34:00 pm

mmg cocont shake melaka ni sedp tp yaya lum pernh rase kt klebang tu..selalu beli kat depan zoo buaya tu..pon ok jgk..tp mgkin xsesedap kat klebang ni..len kali lau p melaka nak singgh la kt klebang merasa.. ^_^

12/01/2014 12:39:00 pm

Pernah rasa sekali ja kat sini... tapi, maybe masa tu yang buat dia orang lain.. tak berapa best... terus tak nak pi dah.. suka yang dekat Batu Berendam lagi.. tapi, lain orang, lain lidahnya.. kan kan kan..

12/01/2014 01:33:00 pm

Salam, hahaha sabtu lepas pun ak satu family berfoya-foya ke Melaka, tp area bandar je lah, tak g Klebang, sbb dulu pernah try nak ke sana, tp sesat..so konon2 trauma lah..haha baru nak tgk depan mata Bustel kat sane, next time lah...penah rasa sekali je coconut shake kat sini, tu pun dh lupa camne rasa dia..hahah

12/01/2014 04:00:00 pm

Bestt!! tapi dah 2tahun tak pergi sana..huhu..teringat lagi kuih muih dan nasik lemak yang sedap kat situ selain dari coconut shake die. Salam perkenalan =)

12/01/2014 05:14:00 pm

mcm sedap bebenor bila baca cacatan ni ... nasik lemak n kuih muih pun murah jer . harap dpt singgah bila balik johor nanti ...

12/01/2014 09:04:00 pm

tadi baru je baca entri kat blog suki tentang coconut shake...sekarang kat sini plak. Ni yang buat teringin nak coconut shake ni...hehe :)

12/02/2014 11:12:00 am

ehh klebang ni macam da upgrade je siap ada pintu gerbang.. haha..

tapi orang Melaka kata coco shake lagi sedap dekat batu berendam..

12/02/2014 03:02:00 pm

mmg best tempat nie.
balik kampung jerk mmg p tempat nie.
5 star :D

12/02/2014 03:54:00 pm

Macam pernah tengok di tv ebelum ni.

Nampak sangat menarik. Oh buat terliur...

12/07/2014 11:32:00 am

Ok.. Teringin juga.. Nanti nak p cari coconut shake

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...