26/12/2014

Makan-makan @ Hutan Bandar Bistro, Teluk Chempedak

Kita sambung balik cerita Teluk Chempedak. Kalau entri lepas kita jalan-jalan makan angin, kali ini jalan-jalan cari makan pulak. I dan En. Barney jenis yang kalau merayap keluar KL / Selangor macam ni memang tak ada maknanya lah nak bermalam bagai. Selalunya balik hari je plus tak manis lagi-lagi kalau pergi berdua. Lagipun itu baru adventure namanya. Tak gitu? Konon-konon cerita Around the World in 80 Days biarpun hakikatnya pergi Kuantan balik hari je pun. 


Memandangkan jauh lagi perjalanan selepas itu, makanya sebelum bertolak balik apa kata isi perut siap-siap di Teluk Chempedak. Lagipun antara point kenapa En. Barney bawa ke Teluk Chempedak. Nak makan Chicken Chop 5 hengget.


Makan western di tepi pantai bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa memang syok! Lagi syok bila harga pun nampak menarik. Fish n Chips dan Chicken Chop menjadi pilihan I dan En. Barney. Dua-duanya RM5 je. Combo sekali air F&N, total RM6.80. 



Bila simpan cerita yang basi lama-lama, I pun dah tak ingat mana satu Fish n Chips, mana satu Chicken Chop. Berminit jugak lah berhempas pulak main game Spot the Difference kaedahnya. Nak pastikan gambar di atas bukan pinggan yang sama. 


Mula-mula dengar cerita En. Barney pasal Chicken Chop RM5 sepinggan, benda pertama yang terlintas dalam kepala, "alah, mesti portion sikit je tu. Itu pasal murah je." Tapi jangan tertipu dengan harga. Satu pinggan Fish n Chips pun I tetap tak mampu nak habiskan sorang. Last-last tolak pinggan depan En. Barney. 

I sebenarnya tak berapa nak ingat sangat rasanya macam mana. Ini lah kesan kalau asyik terlambat kereta api. Cerita tak fresh jadi banyak lupa. Tambah pulak dah confused dengan kedai lain. Cuma yang I ingat, I prefer Chicken Chop lagi sebab Fish n Chips di sini macam kureng sikit lah. Apa yang kurang I is tak sure, rasa macam ada yang tak cukup tapi tak tau pulak apa. Tapi still okay-okay lagi. Yang penting puas hati tambah pulak dengan harga yang sebegitu. Mana nak cari kat tempat lain kan?

p/s : Kalau ada jodoh bertemu lagi dengan Teluk Chempedak, I nak try menu lain pulak. Hari tu kenyang lagi. Nak melantak pun kurang feel. Hiks

13 comments

12/26/2014 08:24:00 am

murah juak ohh. penah mkn nok rah atas boulevard miri yakah? nyaman juakk tapi nipis gilak lamb chop nya wuuuuu. but murah!!

12/26/2014 08:59:00 am

murahnya RM5! tapi nampaklah lengkap ngan fries, coleslaw semua tu :) Hana yg tengok ni pon takleh nak cam mana satu chicken chop mana satu fish n chips. nampak sama aje haha

12/26/2014 09:07:00 am

Woah ! Hutan Bandar dah ada dekat Kuantan ? woahhh ! kita pergi yang dekat JB je. Harga sama kira okaylah. Hehehe. :D

12/26/2014 09:23:00 am

ok serius murah..kira ok la tu kan kalau nak makan sekli sekala...
klik 4 electolux utk awak hehehhe

12/26/2014 10:17:00 am

serius murah RM 5 tu..mesti sedap, kita kalau tak sedap biasanya ingat..hehe.

12/26/2014 11:07:00 am

Rm5?? Payah dah nak cari skang harga macam tu kan..hihi

12/26/2014 11:08:00 am

Bestnya kak aisya, azwar tak pernah sampai lagi teluk cempedak :)

12/27/2014 09:16:00 am

@Echa Hee
sik penah juak merasa eh.. in fact sik tauk pun. balit myy kelak boleh try ya. haha!

12/27/2014 11:41:00 am

idok ler rasa nak ajak kesana kan! huh! huh! huh!

12/28/2014 12:09:00 am

kureng? xsdp ler tu..huhu
ape lgi yg sedap kt sana tu cik aisya?

12/28/2014 01:41:00 pm

@Cik Yaya
soalan begini biasanya timbul bila content tak dibaca. atau mungkin ditaip dlm bahasa selain bahasa ibunda yg sukar utk difahami. *peace*
hikhik

12/28/2014 01:43:00 pm

@Sally Samsaiman
hahaha. sally bukan nak ajak kite g korea pun kan. huh. :P

12/30/2014 07:56:00 am

murahnya rm5 ..! mmg boleh untung.. dalam plate tu tgk da kira banyak la tu

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...