14/12/2014

Makan-Makan @ Warung Mak Mah Nasi Ayam 1, Port Dickson

Jumaat lepas, I cuti. Memandangkan duduk rumah habiskan drama korea terlalu sadis untuk dibuat semasa cuti lagi-lagi cuti direct empat hari dari khamis sampai ahad, jadi jumaat tu I pun ikut lah En. Barney pergi outstation. Plus balik hari je lagi senang lah nak ikut. Bangun awal pagi buatkan sandwich sardin sebagai bekalan perjalanan dan tunggu dijemput. Dalam beg campak masuk dua-tiga novel untuk dibaca semasa menunggu En. Barney kerja. 


Destinasi pertama, Hospital Port Dickson. Kata follow En. Barney kerja jadi tak ada maknanya nak berjalan bersiar-siar ke mana-mana. Menunggu lebih 2 jam sambil baca novel yang mana satu novel telah berjaya dikhatamkan. Sambil-sambil itu, google sana sini cari tempat makan best di Port Dickson.

Pada mulanya nak cuba Nasi Ayam Black Pepper yang dengar khabar boleh tahan sedapnya, tapi nasib tak menyebelahi bila kedai tu nampak macam seakan-akan buka tapi seolah-olah tutup. Mana taknya, pagar buka separuh nampak macam tutup, tapi bila tengok ada beberapa orang kat dalam. Last-last option kedua yang dipilih sebab malas nak membuang masa dah. En. Barney ada dua lagi destinasi untuk dituju. Lagipun menerusi pembacaan I macam banyak kedai yang buka malam dan nak pergi Teluk Kemang untuk makan macam jauh sangat pulak. 

sumber google

I google-google, terjumpa kedai ni. Warung Mak Mah Nasi Ayam. Tapi rasanya ada dua cawangan ya? Warung Mak Mah Nasi Ayam 1 dan 2? Terus set GPS ke sini dan iainya terletak berhampiran dengan Masjid Jamek, Port Dickson. 


Dah nama kedai nasi ayam jadi nasi ayam lah yang weolls order. Tapi maaflah, tak sempat nak susun elok-elok, snap gambar cantik sikit. Ini pun snap secara ekspres sebab perut dah kebuluran. Mana taknya, pukul 2 jugak baru lunch. 


Part yang paling best adalah supnya! Selalunya sup yang disediakan sekali dengan nasi ayam agak nan hado jugak bila sekadar tuang air, letak bawang dan garam sikit dan panaskan. Tapi di sini sup tu memang syok lah. Dengan rasa rempah ratusnya lagi. Ayam pulak not bad jugak. Cuma sos tak pedas sangat lah bagi orang yang makan pedas ni walaupun bagi I tetap pedas jugak. En. Barney kata, nasi ayamnya sedap cuma tak ada kicap je lah. Tapi bagi I, rasa nasi ayam tu dah dikaburi dengan sup yang sedap. Rasa sup pulak yang lebih diingati berbanding rasa nasi ayam.  Oh, I dengar lauk tengahari di sini pun boleh tahan sedap.

Warung Mak Mah Nasi Ayam 1
Address : No 1001 & 1002, KM 1, Kedai Jamek, 71000, Port Dickson, Negeri Sembilan

I tak tahu lah beza antara Warung Mak Mah 1 dan 2 ni. Next time kalau ke Port Dickson boleh try serbu Warung Mak Mah Nasi Ayam 2 pulak. 

p/s : Orang selalu pandang remeh dalam menyediakan sup. Tapi percayalah sup juga memainkan peranan penting. 

12 comments

12/14/2014 02:03:00 pm

blh la cari bila ke port dikson nanti ... sup selalunya mmg krg sedap kan ...

12/14/2014 03:52:00 pm

jauh benau ke negeri sembilan sana. heheh :) ada rezeki nanti boleh la pergi

12/14/2014 09:24:00 pm

org kata klu pegi PD ni carik ikan bakar je sebab byk yg sedap2.

12/15/2014 08:26:00 am

Haihlah nasi ayam , rasa rindu nak makan nasi ayam chee meng bukit bintang. T_T

12/15/2014 11:43:00 am

ntah bila pulak nakpergi pd. if yes memang kena pergi la kedai aisya recommend ni

12/15/2014 03:31:00 pm

dah lama tak makan nasi ayam...ibu masak je selalu sbb kalau nak beli mesti takkan pernah puas hati :P

12/15/2014 10:52:00 pm

nmpk sedap!
lama xmkn nsi aym ni..heeee >,<

12/16/2014 12:26:00 pm

sedap nya nasik ayam tu. nti kalo g PD leh cuba la

12/16/2014 04:42:00 pm

Salam, alaaa sedapnye nasi ayam black pepper..bukak separuh je ye kedainye..hahah

12/16/2014 11:09:00 pm

@ewanthology
ha itu lah. tp sebab kejar masa. cari mana yg senang cari je lah. huhu

12/16/2014 11:10:00 pm

@Sally Samsaiman
ok lepas ni boleh request nasi ayam ibu Sally pulak. eh eh

12/17/2014 10:50:00 am

dapnya dapnya dapnyaaaaaaaaaaaaaaa T_T

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...