28/12/2014

Warna dan Tema Wedding

Alkisahnya di suatu petang hari sabtu. Parents call, katanya suruh bincang tarikh wedding dengan En. Barney. Oh tak perlu suruh pun sebelum tunang lagi dah start bincang. Nampak tak gatalnya kat situ? Eh, bukan bukan. Ini namanya perancangan jangka panjang. Jenis I ni kalau nak buat something kalau boleh dari A sampai Z nak rancang. Mesti la perlu perancangan kan, plus I bukan ni jenis yang suka buat kerja kelam kabut. Biar I fikir dulu semua benda, jangan I pening kepala fikir bila dah nak dekat. Paling memeningkan, En. Barney dari dulu cop I perfectionist. Semua nak cantik, semua nak perfect. Oh itu sudah semestinya. Waima pilih nak beli Nestle Bliss perisa apa pun perlu fikir 10 minit, perisa mana yang kena dengan tekak pada masa itu. Ini mengelakkan daripada implikasi membazir. Tak sedap, tak nak minum so nanti tak habis. 

Berbalik cerita asal. Bukan setakat perlu fikir tentang tarikh, perlu start fikir tentang warna tema. Ini yang menambahkan pening. En. Barney memang dah lama tahu, kalau orang ramai dah buat begini dan begitu, memang tak lah I nak buat jugak. Tak rare katanya. Biru, ungu, silver dan yang sewaktu dengannya bagi I dah tak rare sebab warna-warna sebegini dah macam warna asas untuk wedding. So kita cari lah tona warna dan colour scheme yang orang ramai tak buat. Ha, yang ini nanti hasilnya susah nak cari barang. Tengok lah nanti. Dah tau sangat dah perangai. Cari ini tak jumpa warna yang kita nak, cari barang itu pun tak ada jugak warna yang kita nak. Betul tak? So konklusi untuk permasalahan begitu, kita mix and match kan dengan warna basic. At least satu warna lagi lebih senang nak dicari.

Actually kan, dah lama sebenarnya fikir tentang soal warna ni. Biasalah perempuan. Belum ada pasangan pun dah start berangan, "Wedding nanti nak warna begini begitu lah." Siapa sokong cepat angkat laptop memasing.

Tiffany Blue and Peach

Warna ini dah lama I simpan dalam kotak minda. Kaedahnya dream colour kan konon. Asalnya sebab I nak buat tema vintage. Tapi masalahnya sekarang dah ramai sangat orang buat tema begitu. So KIV dulu. I ni mana nak buat apa yang orang lain dah banyak buat. 

Magenta

I suka warna ni sebab nampak klasik. Sebab tak boleh buat tema vintage, boleh buat ala-ala klasik gitu best jugak. Cuma I tak tau nak match kan warna Magenta ni dengan warna apa. Mungkin gold ataupun pastel colour. Hmmm.

Teal

Warna ini pun nampak cantik. Quite classic jugak kan? Sebab hijau zamrud dah terlalu mainstream sekarang ni, warna hijau teal masuk dalam list untuk dipilih. Match dengan warna putih atau silver untuk naikkan warna hijau tersebut. Macam best je kan?

Ha siapa lagi nak menambahkan lagi kepeningan Iolls memilih warna? Warna apa lagi yang cecantik nak jadikan warna tema wedding eh? Lagi-lagi yang nampak klasik sikit. Tak nak lah warna-warna biasa, bagi yang jarang sikit orang guna. Tapi kan, hati I kuat pulak nak pilih warna magenta. 

p/s : Sesi pilih-pilih warna ni memang En. Barney serah 100% je kat I. Dia tau tunang dia cerewet macam mana jadi dia malas nak peningkan kepala sendiri. 

15 comments

12/28/2014 02:33:00 pm

hahahaha. kita orang perempuan ni memang cerewet nak pilih apa apa kann.nak kawen lagilah kena pilih betul betul. sekali seumur hidup pulak tuu. kitaa suka warna yang first tu. cantikkk ^_^

Anonymous
12/28/2014 02:46:00 pm

wahhh kak Aisya sedang menanti hari2 bahagia.. bilalahh turn kita pulak.. hahahahaha kita pun berangan je lbih.. anyway warna gold pun okey what.. klu sye, sye suka warna kuning susu, warna maroon.. yang penting rasa sejuk jek.. :) yes! tapi saya lama lagi lah.. akak! t update bebanyak pasal wedding akak ek.. nak baca! suka tengok orang kahwin ni.. :D cam tak sabar! :D

12/28/2014 04:18:00 pm

*saya dah angkat laptop* hahaha

Lawa warna Magentua tu, tp klu saya, Saya tertarik kat warna Tiffany Blue and Peach tu lagi, hehe. Walaupun warna tu macam agak common org guna.

12/28/2014 06:47:00 pm

Maksimum 3 warna..hehe..mesti comel..

12/28/2014 09:59:00 pm

Teal & tiffany blue & peach cantik...hehe

12/28/2014 10:11:00 pm

tiffany blue and peach tu cantik la sis :D

12/29/2014 12:17:00 am

wah dh nk kahwin.. boleh tgk kt google utk tema dan trend color 2015 :) ada banyak design dan warna. etc hemlock, dazzling blue :)

12/29/2014 04:48:00 am

suka Tiffany Blue tu :) kalau Magenta tu lawa ngan gold rasanya

Hana tak terfikir lagi nak buat wedding nanti tema warna apa hehe x)

12/29/2014 08:06:00 am

Nak pilih pun kene tengok tunang awak juga Aisya , kang kat Aisya warna nampak naik. Dekat dia ? Al malap ! hahahaa. All the best.

12/29/2014 03:08:00 pm

Salam, hahah mmg aku selalu je berangan weh psl tema2 wedding ni..hahaha :P
owh yesss magenta is nicee too! sesuai dgn gold lah dear, lagi menyerlah klasiknya tu! luxury dan daring gitu..haha :D

12/29/2014 10:54:00 pm

@Nuriesya Nadia
ha itu pasal 1st choice tu macam perlu direject.. sobs. haha!

sebab tu nak cari warna2 yg klasik sikit tona dia.. baru mcm kena.. kalau ikutkan hati sendiri. dah macam2 warna dah dlm kepala ni. hahaha!

12/29/2014 11:07:00 pm

warne mgenta merah tu?ok jgk..lg ok lau buat 2kaler..bg yaya la..wrne yg ke-2 tu xtaula pulak wrne apa..hehe mgkin cam kaler hijau gmbr kt bwh tu pon cam ok..tgok wrne apa jugak la..tgok matching ke x.. ^_^

12/30/2014 08:02:00 am

pilih la puith krim ja kak..senang nak matching dgn barang2 lain..hehehe.. tak susah dah nak pikir benda lain lepas pilih warna selamat..

12/30/2014 09:38:00 am

kat part belum ada pasangan pun dah berangan warna tema tu.. I lah orangnya.berangan warna mint green mix shocking pink dari dulu lagi.haha.

oh ye, magenta tu cantik!mix dengan teal.erk..

12/30/2014 10:40:00 pm

@nana liena
takmo. putih krim common sangat. hehehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...