13/01/2015

Customer Service yang ... (oh lengkapkan lah sendiri)

Setiap orang mesti pernah berurusan dengan bahagian khidmat pelanggan kan? Tak kisah lah dekat Jusco ke, Customer Service Celcom, atau mana-mana customer service lah. Oh, I bukan nak tujukan khas kepada mana-mana customer service pun. Random talk kekononnya. 

Tapi bila sentuh tentang Customer Service, confirm manusia akan ingat yang buruk-buruk saja kan. Yang manis-manis? Er, perkara yang tak akan dikenang mungkin. Yang manis sini contohnya, bantu uolls yang sedang dalam kesusahan. Walaupun tak adalah payah mana pun sebenarnya. Alah, manusia akan fikir benda tu remeh je. Cuba kalau Customer Service kurang ajar, bertahun-tahun uolls ingat. Betul tak?


Kerja sebagai Customer Service agent ni sebenarnya sangat mencabar. Kalau silap cakap, ha dah sudah kena complaint. Silap nada dan intonasi katanya kurang ajar pulak. Sebab tu lah gaji Customer Service ni macam masyuk jugak, cuma kena tadah telinga tetiap hari kena maki. Tengok kat office sendiri sudah lah, kereta besar-besar, memahal sikit tu tahu lah tuannya kerja department mana. Tak macam Iolls pakai kancil umur 18 tahun je mampu. 

Apa yang I perhatikan, sebenarnya bergantung dengan ragam kita / customer sendiri juga sebenarnya. Kita call terus maki-maki tu pun kurang ajar jugak sebenarnya tapi Customer is Always Right kan? Sama macam masuk rumah orang tanpa bagi salam, menonong je buka selipar, buka pintu, ambik remote control dan tengok TV sambil makan kuaci. Apa uolls rasa kalau tetiba ada makhluk yang tak dikenali begini masuk rumah uolls? Mahunya kena hempuk dengan mop dan penyapu. Macam tu jugak lah Customer Service. Cuba cerita dulu elok-elok apa issue dan masalahnya, insyaAllah lebih mudah untuk diselesaikan. 

Biarpun I bukan lah kerja Customer Service tapi still servicing customer jugak. Tapi bila complaint naik, nak investigate itu dan ini. Nak handle customer yang tengah berapi macam cacing kepanasan. Okay lagi kalau handle customer yang cuba terang elok-elok apa masalah tapi kalau jenis customer yang siapa dia jumpa terus maki hamun tanpa mengenal bangsa agama dan budaya mahupun rasa, warna dan bau itu agak tricky. Jawab satu tambah satu adalah dua pun dia cakap salah jugak. Kita eja ayam as A-Y-A-M tetap juga dia kata kita eja itik. Ha, macam mana tu? 


Konklusi, mudah je sebenarnya. Macam mana kita as a customer nak deal dengan Customer Service so that problem cepat settle. Customer Service agent tu pun manusia jugak. Macam mana dia cuba bersabar melayan karenah kita, macam itu jugak lah kita kena bersabar untuk explain betul-betul tanpa memikirkan perasaan marah. Bersabar untuk ketepikan rasa amarah yang mencunak-cunak tu. Tapi cuba share your problem macam uolls share dengan kawan-kawan uolls dekat kedai mamak sambil hirup nescafe panas. Kalau problem ambik masa lama sikit, sentiasa update dengan agent berkenaan. Bahagian Customer Service bukan handle satu dua kes. Dalam satu hari sampai berpuluh. Sebagai manusia yang tak perfect, memang akan ada yang terlepas pandang. Cuma jangan la nak harap  pejam mata je terus problem solved. 

Tapi I memang cukup hangin kalau kita dah cakap elok tapi Customer Service yang buat muka masam marah tak tentu pasal. Lepas tu hari ni cakap lain, esok cakap lain. Itu kalau uolls nak tembak berdas-das pun memang dialu-alukan. 

Oh, ada siapa-siapa nak share pengalaman pahit manis? Mesti ada banyak kan, lagi-lagi Customer Service pulak. Tempat rujukan senang cerita. Tempat complaint pun iye jugak. 

p/s ; Penat melayan ragam manusia ni. Kekadang tanya soalan macam tak ada common sense je. Rasa macam kita yang nak hantuk kepala sendiri kat dinding sambil tanya, "wujud jugak ke orang begini?"

14 comments

1/13/2015 08:11:00 am

dok kat customer servise kena ada kesabaran yg tinggi . bertanya kat customr service lak kena redha je apa jawapan mrk ...

1/13/2015 08:14:00 am

so far yang saya tahu agak biadap kalau call customer tu astro punya customer service je..hehehe. sbb pernah kena

1/13/2015 10:07:00 am

Betul ! Penat nak layan kerenah orang. T_T

1/13/2015 10:12:00 am

bukan senang nak berurusan dengan manusia ni. banyak kerenah nya :D

1/13/2015 10:48:00 am

Kak Liya ada gak sorg kawan yang keja kat Customer Service. mmg stress skmo ^_^

1/13/2015 12:05:00 pm

orang kena faham orang. tak kan la kita nak minta binatang faham kita kan. betul tu, customer service pon orang jugak. dan kita tak tahu berapa ramai dah yang dorang serve. huhu..

bdw, long time xkomen kat blog u. sihat? hehe

1/13/2015 08:33:00 pm

dulu kerap la jumpa..kat bsn ..la ni kurang dah kot..lama dah tak jumpa spesis ni..

1/14/2015 01:17:00 am

Pekerja di customer service memang kena banyak sabar.. Kita pun kalau dapat customer service yang hampeh pun kena banyak sabar.. aduhai..

1/14/2015 02:25:00 pm

so far xde lg pengalaman pahit deal ngan customer service. kalau ada pun, mgkn x serius sgt sbb aku x ingat. hehehe...

1/14/2015 10:59:00 pm

Yup! Sangat mencabar nak melayan karenah pelbagai raga manusia.

Tu belum kes tetiba pelanggan marah2 kan...

1/15/2015 10:45:00 am

Kita ni mmg kdg² geram & marah..tp ckp la elok² apa masalahnya.tp ada juga yg kita dah ckp elok², org pulak endah tak endah.. ni sj nak bg marah..

1/15/2015 02:04:00 pm

tak pernah lagi la pegang jawatan bahagian cust service..call cust service ada la..but so far kalau kita ckp elok2 mereka pasti akan bantu setlle masalah kita..win-win! :D

1/17/2015 09:29:00 am

@Iedya Abdullah
over sihat. haha

Anonymous
3/31/2017 09:29:00 am

Cust svs astro selalu tak jawab apa yg yg di tanya...dan kadang kala tidak membantu...terpaksa call byk kali.
..tak tahulah macamana bole jaga bhgian cust svs

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...