01/01/2015

Dua Kosong Satu Lima

Angka satu bulan satu. Simpan kalendar semalam, buat kenang-kenangan. Tukar ganti dengan kalendar fresh tanpa satu contengan. Oh selamat tahun baru. Kalau semalam masing-masing berlumba-lumba mengarang entri terakhir tahun 2014, hari in pula rata-rata dengan entri Selamat Tahun Baru. Perkara sinonim. Semalam, hari ini dan azam tahun baru. 

Bercakap soal azam. Kita sentuh azam tahun ini, tak perlu singkap azam tahun lepas tercapai atau tidak. List down azam untuk tahun ini. So far apa perancangan uolls untuk meniti 365 hari lagi? Er satu soalan, kenapa setiap kali tahun baru je semua perah otak fikir apa azam baru untuk diri sendiri? Oh bagi I simple, tahun baru kalendar baru umpama fresh start. Kekononnya petanda aras untuk perumpamaan buang yang keruh ambil yang jernih. Tak gitu?

sumber : google

Main focus tahun ini. Kumpul duit kahwin oi. Jadinya wahai Encik Nuffnang bagi lah kita kaching-kaching banyak sikit tahun ini ye. Ehem. Er, boleh tak kalau nak start wedding countdown mulai sekarang? Okay ini gatal gedik namanya. 

Rezeki penghujung 2014.

Semalam sampai-sampai je office, Atas keyboard nampak voucher kepci. Selidik punya selidik, rupanya boss I yang letak sebelum dia balik semalam. Katanya dari Manager HR. Memang ramai yang dapat. Oh hari sebelumnya pulak, kakak office belanja makan. Alhamdulillah, murah rezeki di hujung tahun. Thank you 2014. 

Kita harapkan semoga tahun 2015 ini lebih baik dari tahun semalam. Dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Amin. 

p/s : Tahun baru, umur baru. A year older, a year wiser. InsyaAllah.

12 comments

1/01/2015 10:24:00 am

selamat tahun baru :D semoga lebih baik dari sebelumnya :)

1/01/2015 12:04:00 pm

alhamdulillah..selmat thn baru..:)

1/01/2015 12:44:00 pm

wahhh...boleh gie makan KFC la nanti...

1/01/2015 01:17:00 pm

Tahun ni ada byk azam..tapi azam lebih kepada buang yg keruh ambil yg jernih macam aisya tulis tu...

Selamat tahun baru...

1/01/2015 04:03:00 pm

as'salam...

samela..yaya pon nk kmpl uet kwen..ahahahah sbb uet yg dah tkmpul thun 2014 dah hbis semua bhabis kat kereta..wuuu >,< kat hujng thun la dia nk buat hal..hbis semua simpanan.. =( sedei

1/01/2015 09:50:00 pm

selamat tahun baru jugaaa (:
woot woot baucar kepci (:

1/01/2015 09:53:00 pm

alhamdulillah , rezeki jadi penutup 2014 ... selamat tahun baru ...

1/02/2015 08:13:00 am

selamat tahu baru jga.. :)
murah rezeki akak kan..

1/02/2015 09:48:00 am

oklah, sebab Aisya nak kumpul duit kahwin, kita klik Mercy satu kali..hehe

1/03/2015 09:40:00 pm

selamat tahun baru. org laen berebut tulis entri terakhir 2014, aku relax je xde buat apa.

1/04/2015 04:12:00 am

a year older, a year wiser.
amin hehe!
<3

1/04/2015 03:38:00 pm

Selamat tahun baru... Sorry, lambat pulak.. Hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...