05/01/2015

Makan-Makan @ Rodeo Steak House, Prima Sri Gombak

Kan I dah cakap, berminggu lepas hari kejadian baru I nak story. Ini kisah makan-makan masa minggu I dan En. Barney pergi kursus kahwin tempoh hari. Day one, orang lain berpusu-pusu balik rumah nak tengok final AFF Suzuki or berpusu-pusu ke Stadium Bukit Jalil, weolls ambik kesempatan pergi makan-makan. Oh bola boleh dengar je kat Hot FM. By the time sampai rumah sempat lagi nak tengok second half. 

Okay, jangan melencong. Dari tempat kursus kahwin di Wangsa Maju terus ke Prima Sri Gombak untuk dinner. Dah lama En. Barney nak bawa Iolls ke sini. Tapi I fikir dekat je dengan rumah En. Barney so hold lah dulu, bila-bila boleh pergi. Tapi kali ini, rasa teringin lah pulak. Jejak kaki tengok-tengok kedai kosong. Iyelah kalau dah semua berkumpul di kedai mamak kat depan nak tengok bola. Jangan kata kedai makan, jalan raya pun lengang. I suspect, semua orang duduk rumah tunggu depan TV. Ataupun ramai-ramai serbu stadium. Tak kisah lah, tempat lengang lagi I suka. 

Steak House ala-ala koboi. Dah nama pun Rodeo. Pelayan semua dengan topi koboi masing-masing. Apa yang Iolls suka, environmentnya. Tenang je. Mungkin sebab tak ramai kot. Kalau hari biasa, time tak ada final AFF Suzuki tu I tak tau lah kepadatannya macam mana kan?

Nak tunjuk betapa 'cowboy' nya Rodeo Steak House


Lama punya cerita sampai I lupa order air apa. Honeydew kalau tak silap. Tapi yang I sure, I makan Chicken Cordon Bleu dan En. Barney pulak order Macaroni


Pakcik ni macam tau-tau je I tak habis makan so dia order ini je. Tapi sedap lah. I is suka. Lagi-lagi part cheese yang mencair di atas macaroni yang panas fresh. 

Chicken Cordon Bleu

Setiap kali pergi Steak House mana-mana, confirm yang ini Iolls kebas. Disebabkan oleh cheese di dalamnya. Tapi maaflah tak dapat nak ambik gambar cheese yang meleleh tu. Sebabnya kalau dah tangan pegang pisau garfu makan Chicken Cordon Bleu confirm tak boleh berhenti dah. Cheese menggoda sangat. 

So far, Rodeo Steak House ni okay-okay lah. Cuma entah lah, rasa kurang senang sikit dengan staff. Bukan tak mesra pelanggan tapi rasa macam something's wrong dengan attitude. Mungkin impression je kot. Makanan okay jugak, portion besar yang Iolls tak terhabiskan. Cuma menu tak berapa nak banyak macam di Austin Steak House, Bangi. Tapi boleh lah kalau nak datang lagi.

Oh kat mana Rodeo Steak House ni? Kalau tanya Iolls exact direction tu tak reti lah. Point senang nak ke Prima Sri Gombak, Giant Batu Caves tu je yang I mampu provide. Kalau tanya direction kat En. Barney tu dia pandai lah. Dah berdekad duduk area ni. Cuma yang I sure, Rodeo Steak House terletak sederet dengan Pustaka Rakyat. Berdekatan dengan Bank Islam. Rasanya tak susah sangat kot nak cari, nak senang cari je Pustaka Rakyat atau Bank Islam. Ha dah dekat lah tu. 

p/s : rasa macam nak ajak En. Barney ke sini lagi lah. 

10 comments

1/05/2015 11:16:00 am

rugi lah sis tak dpt tgk cheese meleleh tu ...

1/05/2015 09:50:00 pm

kalau ade cheese, semuanya sedap. hehe

1/05/2015 10:33:00 pm

X pernah sampai sini lg..nampak mcm cozy je tu

1/05/2015 10:43:00 pm

alahaiii zyra pantang kalau cheese cheese ni...favorite!!hehehe...klik 4 INTI ye malam ni..

1/05/2015 10:51:00 pm

staf dia stress kot, nak gi tengok bola tapi terpaksa kerja plak...huhuhu

1/05/2015 11:00:00 pm

Cheese yg mencair tu best..

1/06/2015 04:27:00 am

Hikhik betul lah. Sederet pustaka rakyat and seberang bank islam! Good gurl kak aisya chumil hikhik

Qila tak pernah try kikiki

Nnt nak tryyy lah cordon bleuuuu wuwuwu

1/06/2015 09:31:00 am

tempatnya santai ja kan..tenang la nak mencekik puas2..hhehee..oh,giant btu.caves sya tahu la.. tak biasa kat sana lagi..

1/06/2015 09:46:00 am

nampak sedap jer menu tu...

1/08/2015 04:59:00 pm

mcm menarik je,ada lamb x? kak liya skrg ni tgh gila makan kambing hihi

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...