11/01/2015

Review : Taken 3

Semalam kitorang kebosanan sampai tak tahu nak buat apa. Jadi pergilah tengok wayang kat Encorp Strand Mall, Damansara. Best sikit pergi sana sebab tak ramai orang. Bawah ini poster Taken 3.




Cerita ini mengisahkan Bryan Mills (Liam Neeson) yang terperangkap oleh muslihat seseorang kerana tuduhan membunuh bekas isterinya, Lenore St. John (Famke Janssen). Jadi, Frank Dotzler (Forest Whitaker) mengambil alih kes ini untuk menyelesaikannya. Tetapi beliau menempuh juga pelbagai kesulitan ketika menyelesaikan kes ini. Siapakah yang membunuh Lenore ini? Apakah yang terjadi pada Bryan Mills dan anaknya, Kim Mills (Maggie Grace)? Jawapannya ada dalam cerita ini..


Review tentang cerita ini bagi aku jalan ceritanya agak twist-twist. Kemudian jalan cerita ada turun naiknya walaupun tak banyak. Agak slow sikit lah jalan cerita dia. Cuma part Lenore kena bunuh tu unexpected sikit. Kalau diikutkan jalan cerita Taken & Taken 2 lagi banyak aksi dan lagi mantap. Rating aku bagi untuk cerita ini 6/10.








Sumber : IMDb dan Google

9 comments

1/11/2015 12:07:00 pm

salam kenal..taken 1 memang best...kalau awak dah bagi 6..mesti tak berapa menarik...

1/11/2015 12:26:00 pm

nani tak tengok lagi. baca review ramai cakap best :D

1/11/2015 12:49:00 pm

waa saya pun peminat taken 1 & 2, tapi taken 3, awak ratekan 6/10 sahaja..maksudnya mcm so so jelah?

selalunya filem banyak2 sequal, lama2 dah kurang best..mcm filem hard day 2 die 4 pun kureng sikit dr yg sebelumnya =)

1/11/2015 03:50:00 pm

Salam. Hee sy pun menonton Tak3n ini tadi malam. Cerita yg biasa sj dan rasa rugi la pula sbb sy terbeli tiket Imax 2D jugak. ;p

1/12/2015 07:56:00 am

Taken 1 n 2 pun belum tengok lagi :)

Anonymous
1/12/2015 12:29:00 pm

hehe tak follow pun cerita ni.. genre tak berkenan. suka crita happy happy hehehe..

1/12/2015 10:34:00 pm

xminat nk tgok taken ni wupon tgok part 2 sblm ni..huhu

1/15/2015 09:09:00 am

yg pertama tak tgk,macam pelik pula tetiba tgk yg ke-3..hehehe

muka dia ada iras2 lionel messi la.. huhu

1/15/2015 10:36:00 am

X pernah tgk cerita taken ni...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...