30/01/2015

Sesi Diet bersama Quaker Fruit Bites

Dah masuk minggu ketiga, Iolss tak keluar lunch. Mula-mula sebab kerja berlambak. Tak menyempat lah nak keluar lunch. Bila masuk minggu kedua, kononnya terasa seluar dah makin longgar padahal permainan minda je semua tu. Mula la fikir, elok jugak kalau tak keluar lunch. Boleh diet oi! Sambil-sambil siapkan kerja. 

Memandangkan I is tak keluar lunch so try lah makan something yang tak heavy tapi boleh kata mengenyangkan. Yang terlintas di fikiran adalah Oats. Masa merayau-rayau mencari Quaker Oats biasa di Giant, mata ni ternampak something yang macam menarik pulak. Quaker Fruit Bites!


Kalau tak silap ada 4 perisa semuanya. Ini yang pandang dengan mata kasar nan jelas lah. Tak sure lah kalau ada flavour yang lain lagi. 
Original
Chocolate
Strawberries & Blueberries
Apples, Pecans & Raisins
Tapi I pilih dua perisa je. Yang lain-lain tu macam kurang berminat sedikit. Dalam satu kotak ada 6 paket semuanya dengan range harga RM6.50 sehingga RM7.00 macam tu lah. 

Apples, Pecans and Raisins

Ini cubaan pertama, biasalah agak nan hado lah sikit. Sebab I tak suka manis so I tak tambah gula langsung pun. Bak kata Sally, mungkin banyak sangat air kot. Itu sengaja sebenarnya plus malas nak baca description kat belakang nak kena letak berapa ml air. 

Next day, I letak satu sudu teh gula dan juga dua sudu makan krimer. Baru rasa heavy sikit. Untuk packaging yang warna hijau ni I suka part kunyah-kunyah kacang pecans. Tapi yang paling signifikan, haruslah kismis tu kan. Rasa yang outstanding katanya. 

Strawberries & Blueberries

Strawberries & Blueberries, memang sedap! Biar lama sikit, warna yang putih sedikit demi sedikit berubah mengikut warna blueberries. Purple biru gitu. Dengan rasa masam masam manis pulak. Yummy. 

So konklusinya, kenyang atau tak makan ini je time lunch? So far kenyang lah. Tapi satu hari tu perlu mengunyah dengan kerap jugak lah. Harus diet sebabnya kalau keluar dengan En. Barney, boleh lah melantak tanpa perasaan serba salah. Biarpun definisi melantak Iolls ni still lagi orang consider as diet sebab portion sikit je. Nak buat macam mana kalau dah ruang perut memang kecik. Tak boleh nak sumbat dah. 

p/s : Jangan lah compare portion dalam pinggan kita dengan pinggan Nurie, bagai bumi dan matahari dah jadinya tu. Eh, termensi pulak si mak budak ni. 

8 comments

1/30/2015 08:56:00 am

nampak sangat inviting...

1/30/2015 09:05:00 am

ingatkan fruit bites ni macam snek bar, kena bancuh rupanya..haha, jangan banding ngan Nurie, dia punya portion memang extravaganza..hehe

1/30/2015 12:21:00 pm

Mok coba jwaklah mun elaun kuwar tok. Mana tauk kenak ngan selera.

Read my latest entry : Layan Scorpions Lok

1/30/2015 02:44:00 pm

tekak kita tak boleh terima oat oat ni. hahaha

1/30/2015 08:27:00 pm

berlendeh tak oat campuran ni AA..

1/31/2015 06:58:00 pm

Mcm best je, mcm sedap je...

2/01/2015 08:27:00 am

bagus la ada instant kan.kita pemalas nak bancuh2.. hahah..xsuka jga jenis pekat,suka letak air banyak

2/01/2015 06:21:00 pm

dah try nestle fitness nye tu?
pon ok jugak.. ^_^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...