18/02/2015

Jalan-jalan Makan Angin @ Pantai Merdeka

Kalau tak kerana En. Barney selalu nyanyi lagu Cinta Pantai Merdeka, I mungkin tak akan kenal tempat ni. Sebab I ni kalau lagu-lagu rock kapak memang kureng, kalau bagi lagu-lagu Bon Jovi dan sezaman tu I tahu lah. Dan masa dengar lagu Cinta Pantai Merdeka dalam kereta, En. Barney bagitau I yang Pantai Merdeka dengan kampung dia dekat je. Dalam hati, ada harapan lah one fine day nanti dia bawa jalan-jalan ke sini. 

Lepas alas perut dengan Laicikang Buah, I dan En. Barney ke destinasi seterusnya. Pantai Merdeka. Sebenarnya En. Barney pun tak pernah lagi sampai sini. So awal-awal lagi dia pesan, dia tak tau apa yang ada di Pantai Merdeka. Kalau tak best dan tak ada apa-apa, mohon senyap.

Nak kata jauh tak adalah jauh mana pun tapi tak adalah dekat sangat pun. Dalam setengah jam jugak drive baru sampai. Nasib baik lah ada GPS, kalau tak ada GPS memang tak ada makna nak sampai dalam masa setengah jam. 

Sampai-sampai tu memang ramai orang. Hari sabtu, hari bawa family keluar beriadah dan berkelah. Dah macam pasar malam tepi pantai pun ada I tengok. Alah lebih kurang Teluk Chempedak jugak. Orang jual-jual baju, tudung, beg - you name it. Sempat jugak pusing-pusing tengok kot-kot lah ada something yang boleh dibeli. Oh time ni nak snap-snap gambar sebenarnya tapi tahan tangan dari angkat kamera phone. Nampak sangat tourist kaedahnya. Jakun datang tempat baru. And I is malu. 


Biarpun tak boleh nak pijak pasir pantai, tak boleh nak bermain di gigi air, puas hati bila tengok view yang cantik. Rasa macam nak terjun terus dalam air laut tu pun ada jugak.


Cuma I tak faham kenapa buat tembok eh? Bila tanya En. Barney, jawabnya tak tahu jugak. Maka terbiarlah persoalan itu tanpa jawapan. 

By the way, bot-bot dalam gambar di atas tu menuju ke Tanjung Dawai. Ada siapa-siapa boleh story-story ada apa di Tanjung Dawai tu sebenarnya? I nak pergi tengok sendiri mungkin harus tunggu bertahun lagi lah agaknya. 


Baru lepas bertekak laut di hadapan weolls tu laut apa. Bila I jawab Selat Melaka, dia bangkang. Katanya Lautan Hindi. Terus buka google maps nak tengok jawapan siapa yang betul. Tapi kan, like seriously mana awak dapat jawapan Lautan Hindi?


Sebenarnya kan, kita nak ambik gambar balloon buih yang besar-besar tu tapi tak nampak lah pulak. Tak apalah, janji boleh captured suasananya. Simpan dalam rasa hati.


Memang terbaik lah kalau bawa family berkelah tepi pantai di petang hujung minggu. Tempat makan ada, surau pun besar. Siap ada resort lagi di sebelah. Nanti bila dah ada family sendiri, boleh bawa anak-anak datang sini pulak. Okay, berangan. 

Kisah jalan-jalan di Pantai Merdeka ni tak habis lagi sebenarnya. Dah puas makan angin, kita makan untuk isi perut yang lapar pulak. Yang itu next entry lah ye. Ada something lagi yang I nak share. Sesuatu yang I tak pernah lagi jumpa kat tempat lain. Tak sure lah sama ada I yang ketinggalan ataupun 'sesuatu' itu memang ada kat sini je. Eh. dalam entry lain je lah I story-story lagi tentang 'sesuatu' itu. Jari perlu segera dihentikan daripada menaip. Kalau tak nanti melarat dan akhirnya tercerita jugak tentang 'sesuatu' tu.

p/s :En. Barney, bila nak bawa saya balik kampung lagi?

12 comments

2/18/2015 09:12:00 am

pantai merdeka ni mana? ermm fail betul geografi k lily lah

2/18/2015 01:53:00 pm

teringat dulu buat rombongan ke sini and dorg nyanyi lagu cinta pantai merdeka.. melalut je zizie nyanyi sebab xtahu lirik.. hihi..

2/18/2015 03:58:00 pm

Tembok dibina untuk mengelakkan kehakisan pantai. gitu ;p

2/18/2015 04:56:00 pm

lamanya tak pergi ke pantai..rindu

2/18/2015 08:34:00 pm

SALAM DAN HI , JEMPUT UNTUK MENYERTAI 'IPHONE 5S GIVEAWAY BY SYAFIQ SPECKI' MENANGI HADIAH LUMAYAN SEBUAH IPHONE 5S ORIGINAL DAN HADIAH-HADIAH LAIN. ---> KLIK SINI UNTUK SERTAI<---

2/18/2015 08:59:00 pm

lama nya tak pi pantai merdeka..rindu kenangan2 lama..hehehe

2/19/2015 07:47:00 am

@CikLily Putih
kat kedah kak lily.. kota kuala muda.. hehe

2/19/2015 07:47:00 am

@Hanida Moss
hahahahaha! skema jawapan sangattt.

2/19/2015 10:01:00 pm

TT_TT
nak gi jugak hm
hihihi
amboi lautan hindi hahahahah
lawak lah kak aisya dgn pakwe alahai sweet betul hiks
piwit!!!

hehehehe haaa cpt cerita about sesuatuu tuuu

2/19/2015 10:38:00 pm

kt mne ea..yaya rase cam pernh pergi sekali je..huuu

2/20/2015 10:32:00 pm

lamanye x gi jenjalan....wuaa

2/24/2015 05:53:00 pm

Cinta kita di pantai merdekaaaaaa. Nyanyi sekali. Hahahaha.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...