17/02/2015

Laicikang Buah yang sarat dengan buah @ Taman Jubli Perak, Sungai Petani

En. Barney panggil tempat ni seingat I, Taman Jubli. Tapi google punya google nama penuh Taman Jubli Perak. Eh entah betul entah tak, perempuan ni main petik je nama ikut suka dia. Kalau salah ada lah tu nanti orang bagi explaination panjang lebar. First time rasa Laicikang Buah di sini tiga tahun lepas kot. I tak ingat tahun bila I ikut En. Barney balik kampung buat kali pertamanya, tapi rasa-rasa tiga tahun lepas. Dan sepanjang tiga tahun ni jugak lah En. Barney asyik psiko I. Tiap kali balik kampung dia acah nak pergi makan laicikang. Saja bikin panas punya orang. I suruh pos ke Sarawak dia jugak yang menggelupur. So kali ini kita psiko dia balik, ada masa atau tak laicikang tetap laicikang. 

Bertolak dari Shah Alam dalam pukul 8 pagi dan dalam pukul 2 petang baru sampai di hospital. Biar En. Barney settle dulu kerja dia dan I macam biasa tunggu di ruangan menunggu. Selalunya I akan tunggu di lobi hospital tapi kali ini di ruangan menunggu depan dewan bedah terus. Alang-alang menunggu depan dewan bedah, dah buat part time tolong staff hospital cari saudara mara pesakit. Balik-balik tanya I, "Dik, ada nampak kakak free hair tadi?". Sekejap lagi tanya balik, "Dik, kakak baju biru tadi pergi mana?". Mengganggu konsentrasi Iolls nak 'menyiasat' bersama-sama Agatha Christie

Tunggu En. Barney dalam 2-3 jam, dari hospital terus ke Taman Jubli. Berlaicikang di petang yang panas memang cukup nikmat. Lagi-lagi Laicikang Buah yang ada macam-maca di dalamnya. 


Destinasi pertama untuk sesi jalan-jalan makan angin. Kesian En. Barney. Berlapar pulak dia semata-mata nak melayan perangai buah hati nan satu ni. Belum lunch apa-apa terus serbu laicikang dulu. 


Laici itu sudah semestinya ada lah kan. Ada tembikai, kacang, nata de coco dan segala macam buah lagi. Tapi yang paling best dan paling I suka sebab ada buah nipah. Dulu masa kecik-kecik bila balik kampung je dapat merasa buah nipah ni. Kalau uolls perasan, ada buah yang berwarna putih jernih di sebalik kekacang tu. 

RM3.50 semangkuk bagi I memang berbaloi-baloi lah. Untuk perut Iolls yang kecik ni memang cukup untuk menampung keperluan makan pada hari tersebut. Breakfast sandwich pagi tu, Singgah sebentar di R&R Sg Perak beli pau sedap dua biji dan sampai lah melantak Laicikang petang tu. Kira cukup untuk bertahan sampai makan malam. Tapi untuk perut yang sama species perut En. Barney, makan Laicikang Buah dua tiga mangkuk pun tangan menggeletar lagi. Tak cukup makan. 

Oh ini baru cerita laicikang, nanti lain kali I story. Alkisah En. Barney yang kelaparan sampai makan dua pinggan sambil bertemankan angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa.

p/s : Lama gila tak guna perkataan sepoi-sepoi bahasa tu. Zaman tulis esei beratus-ratus patah je bijak sikit guna perkataan-perkataan bombastik begitu. Anak cikgu BM katakan. Sekarang? Kelaut. 

13 comments

2/17/2015 04:52:00 pm

wahh. laicikang buah tu memang nampak betul-betul sedap! tak pernah jumpe lagi jual laicikang macam ni.

2/17/2015 05:08:00 pm

ish banyak betul buah...tak pernah minum laicikang ada buah tembikai

2/17/2015 05:20:00 pm

Mewah gila laicikang dia ! Oh buah nipah tu nama lain dia buah kabung eh ? Kita suka buah nipah tu. :D

2/17/2015 05:23:00 pm

sdapnya laicikang..:)

2/17/2015 05:45:00 pm

sedapppppnyaaa :D

2/17/2015 06:04:00 pm

sedap la pula tgk.

ZH Blogger

2/17/2015 07:41:00 pm

buah nipah mmg susah nak jumpa . blh jumpa bila bulan ramadhan . itu pun klu ada lah ... terliur tgk laicikang tu ... huhuhuuu

2/17/2015 11:01:00 pm

sedapnya... terliur pula tgk. time panas mcm ni sedap kalau dpt makan. hehe


jemput join Mini GA by Nina + Anies :)

2/17/2015 11:06:00 pm

@Nuriesya Nadia
yela kot. tak tau jugak. hehe

2/18/2015 08:27:00 am

banyak ek buah dia.. tak gemar sangat laicikang ni.. hikhik

2/18/2015 09:09:00 am

ok nyumm..lama tak makan..haha nt pergi cari..hikss;p

2/19/2015 10:03:00 pm

wah wah sedaknyoooo :(((

2/19/2015 10:39:00 pm

fuh.mmg pnuh dgn buah...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...