12/05/2015

Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations : Jelly Popping Candy

Habit suka pusing satu pasaraya yang sebenarnya membawa kepada penemuan benda yang I rasa baru ini - Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations. Dah tua besar ni jarang makan coklat. So nak belek coklat tu sebijik sebijik memang tak lah kan makanya jarang perasan kalau-kalau ada perisa baru etcetera. Lain lah masa kat matrikulasi Labuan dulu. Syurga coklat pulak rasa. Tiap kali outing mesti bawa balik coklat sebungkus dua untuk stock seminggu. Tapi kali ini terperasan sebab nampak macam menarik dan lain dari kebiasaan. Tengok-tengok macam perisa baru aje. Terus grab sebijik. 


Jelly Popping Candy? Macam meriah aje. Grab yang kecik dulu sebab takut nanti tak sedap tak termakan pulak kan. Tak ingat pulak price range dalam berapa tapi kalau tengok website Cadbury Dairy Milk, introduction price dalam RM2.90 macam tu.


Ada Jelly, Popping Candy and Beanies. Yang paling ketara sekali adalah rasa popping candy. Tau apa itu popping candy? Alah, gula-gula yang kalau kita masuk dalam mulut akan rasa letup-letup kat lidah tu. Yang macam coklat M&M pun ada cuma setakat yang I dah makan, tak jumpa lagi lah jelly bean. Busy house hunting so tak menyempat pulak nak makan banyak-banyak. Alah alasan.

By the way, ada dua choice sebenarnya untuk Marvellous Creations iaitu Jelly Popping Candy dan Peanut Toffee Cookie. Yang satu lagi tu memang Iolls takkan try lah sebab I tak suka peanut and toffee. Tapi Jelly Popping Candy tu Iolls suka. Macam walks down the memory lane pulak sebab masa kecik-kecik dulu agak gila sedikit dengan popping candy. Letak banyak-banyak atas lidah, buka mulut and dengar bunyi letup-letup tu. Perangaiii, tak senonoh. Tapi untuk coklat ni tak boleh lah buat begitu. 

Nak try jugak? Sila lah ke pasaraya yang berdekatan or paling-paling pun 7 eleven. Oh ada yang dah rasa peanut toffee tu tak? Sedap?

p/s : En. Barney, boleh tak belikan chocolate bar yang besar tu pulak. Sedap sedap sedap. Paling suka part popping candy yang letup-letup tu. Hiks

6 comments

5/12/2015 04:09:00 pm

as'salam..
wahh cntik plak tgok cover dier..da mcm cndy crush la plak..
sedap ke x tu cik aisya?

5/12/2015 08:24:00 pm

terbaek.. sedap.. :)

5/13/2015 09:31:00 am

wahh..macam sedap ja...nak kena cri gak la..
:)

5/13/2015 11:48:00 am

Baru je merasa.. hehe..

5/13/2015 06:00:00 pm

sama la..tak pernah belek2 pun ada coklat baru ke tidak..hehehe

5/28/2015 09:43:00 pm

sedap gak mkn coklat letup2 ni. rs mcm laen drpd yg laen je...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...