03/05/2015

Review Avengers : Age of Ultron

Orang lain dah lama pergi tengok cerita ni, aku dan Chipmunk pulak baru semalam berkesempatan ke cinema yang berdekatan. Bila tengok lewat sikit ni, orang pun tak ada lah ramai sangat compare dengan di awal tarikh mula ditayangkan. Dengan senang hati boleh pilih seat baik punya. Tambah pulak tengok kat Mall yang memang tak ramai sangat pengunjung. 



Cerita ini mengisahkan bagaimana satu program yang dinamakan Ultron pada asalnya digunakan sebagai pertahanan pertama bumi. Tapi malangnya, program tersebut menyalah tafsir maksud sebenar Tony Stark (Robert Downey Jr.) tentang menjaga keamanan dunia. Hal ini menyebabkan Avengers termasuk Captain America (Chris Evans), Hulk (Mark Ruffalo), Hawkeye (Jeremy Renner) dan lain-lain bersatu untuk memusnahkan Ultron. Bagaimana mereka mengatasi masalah ini? Nak tahu, kenalah tengok.


Sut yang dipakai oleh Tony Stark untuk berlawan dengan Hulk

Review aku cerita ini, memang best lah. Cuma aku rasa ceritanya tak cukup padat macam sekuel yang sebelum ini iaitu The Avengers. Malah action agak kurang sedikit berbanding installment Marvel yang lain.

Apa yang lagi best, cerita ini memang suka sangat buat lawak masa orang tengah serius. Part yang macam ini aku suka. Selain itu, kemunculan watak baru memberikan impak terhadap keseluruhan jalan cerita. Masing-masing memainkan peranan yang penting memang untuk menjayakan jalan ceritanya. Contoh macam kemunculan watak Vision, (Paul Bettany) memang tidak terjangka dan setiap watak memang nampak lah peranan masing-masing. Aku bagi rating cerita ini 7.5/10.

Ultron

Quicksilver dan Scarlet Witch







Inilah Vision

Sumber : IMDb dan Google

5 comments

5/03/2015 11:11:00 am

dah tengok.. not bad la..

5/03/2015 12:38:00 pm

Owh..mcm best.. hubby Sya nak Sgt tgk cerita ni tau..tp x.dpt² lg..kesian dia..

5/03/2015 01:55:00 pm

kite tak tengok pun lagi.... :P

5/04/2015 11:14:00 am

as'salam..
yaya bru tgok mgu lepas..heee\ok jgk la...bnyk watak bru muncul..kan

5/04/2015 03:48:00 pm

uh , bila la da geng nak tgk gamaknya ni ...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...