21/06/2015

Berbuka Puasa Dengan Roti Jala MR. OS

Semalam, weekend pertama kita berpuasa. Dan nama pun weekend, En. Barney ajaklah berbuka dengan family dia pulak. Kononnya tak dapat berbuka dengan family sendiri, at least berbuka dengan bakal family pun jadi lah. Dapat jugak merasa suasana berbuka dengan family tu kan. Tidak lah balik-balik berbuka sorang or dengan member-member. Tak thrill langsung. Cewah. 

Siang tu, I heret dulu En. Barney ke sana dan ke mari mencari sesuatu untuk wedding nanti lah. Yang ini nanti Iolls story. Sekali nya tak jumpa pulak yang dicari. Gave up and ambik keputusan terus balik rumah En. Barney je lah. Lagipun dah petang. Nak prepare untuk berbuka lagi. 

Disebabkan rumah si encik tunang ni dah dekat sangat dengan gerai roti jala Blogger Una, I ajak lah singgah. Lagipun tauke roti jala yang sorang ni dah memanggil-manggil di group whatsapp suruh datang kedai dia. 

Sempat jugak snap dari dalam kereta before gerak balik

Gambar roti jala yang dah siap susun cecantik dalam pinggan I tak snap pulak. Oh segan pulak dengan bakal mak mertua. Orang lain lepas susun cantik dalam pinggan, letak bawah tudung saji tunggu masa nak berbuka je. Minah yang sorang ni dah kenapa nak snap-snap gambar lagi. Hiks. 


Semalam beli kari ayam dan daging. Kuah kari tu kan, marvellous sungguh lah. I is suka sebab kuahnya pekat owh. Sayang pulak kari kambing tak ada. Biapun Iolls tak makan kambing pun kan, tapi tunang I ni pulak hantu kambing. Tapi kan, baca facebook Blogger Una, hari ni ada kuah durian jugak. Fine Una, fine! Kalau tak, boleh belikan untuk En. Barney yang hantu durian tu. Oh, durian pun I tak makan jugak. Kesian En. Barney. Favourite dia rata-rata Iolls tak makan. Tapi untung la jugak, boleh dia bolot sorang-sorang. Tak payah gaduh-gaduh sebab berebut. 

Siapa-siapa yang rumah dekat-dekat area Sri Gombak / Taman Bolton whatsoever tu boleh lah terjah beli roti jala satu set dua. Nak buat tempahan untuk event pun boleh jugak. Kot lah nak buat jamuan iftar jemput saudara mara and rakan taulan, boleh lah order Roti Jala Mr. Os sebagai salah satu juadah berbuka. Nak buat tempahan or any enquiry, serbu je Page D'Jala Mr. Os - Roti Jala. Kot lah nak tau location et cetera. 

p/s : En. Barney boleh pulak kata nanti bila-bila boleh lah dia pergi beli roti jala sebab dekat je dengan rumah. Senyap-senyap je tak nak bagitau I sebab takut nanti Iolls jealous. Kurang asamboi sungguh. 

6 comments

6/21/2015 01:13:00 pm

dah 3 hari mencari roti jala tak jumpa2...bila jumpa dah kehabisan pulak...huhu

6/21/2015 06:50:00 pm

salam..
wahh yaya lame xmkn roti jala
tp lagi suka cicah ngn kua durian tu..hehe nyum3..

6/21/2015 08:38:00 pm

Ermmmm sedapnya roti jala..makan dengan sambal sardin pun syok..

6/22/2015 07:39:00 am

sedapnya roti jala.. faveret tuh.. lagi2 makan dgn kuah kari tulang.. nyummm..

6/22/2015 07:50:00 am

Nampak sedap roti jala tu...

6/22/2015 01:28:00 pm

roti jala dgn kuah durian..wah sedap tu..;p

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...