20/06/2015

Big Boss Birthday Celebration

Ini kisah dua hari sebelum raya tempoh hari sebenarnya. Baru sekarang nak up entri. Salah satu acara tahunan selain dari jamuan raya, jamuan chinese new year or jamuan christmas. Sambut birthday big boss tetiap tahun.

Kali kedua I join. Kalau tahun lepas, surprise party katanya. Tapi tahun ni tak boleh nak surprise sangat lah sebab kena pulak orang tua tu ada outside meeting. Itu pun setelah dipaksa masuk office nak sambut birthday. 


Kek yang tak berapa nak menjadi sangat. Bak kata Kakak PA, ni kek pakai coat tapi nampak macam pakai jubah pulak. Ini pun harga bukan main ratus-ratus cantik punya.


Big Boss yang setinggi galah tapi tak reti cakap melayu. Selalu confuse tinggi dan panjang but now okay lah. Bila cakap melayu, bunyi kelakar lebih sikit buat kita sengih-sengih dan kata, "eh, faham pulak boss ni bahasa melayu?". Belas-belas tahun duduk Malaysia mesti lah lama-lama faham kan. 


Over tau mak-mak dara ni, lagi over dari kita yang cecomel ni. Hiks

Tengok rupa sendiri macam orang sakit je. Tak cukup tidur ke kak?


Last sekali! Family group photo biarpun tak semua yang nampak pun. Ramai lagi di belakang tu yang terlindung. Nasib baik lah Iolls kat depan je nampak lah jugak kepala menyelit kat situ. 

By the way, Happy Birthday Big Boss!

p/s : Dengan harapan setinggi gunung next bonus dapat lah banyak sikit. Eh eh? Hiks

6 comments

6/20/2015 08:06:00 am

Amboi punyer meriah mcm tu siap sambut mcm besar2an. Hee. Comel je kek dye.

6/20/2015 08:07:00 am

anak buah punya wish tak menahan tu.. heheh.. semoga termakbul..

6/20/2015 10:14:00 am

unik kek heee

6/20/2015 05:45:00 pm

mesti seronok kan kadang2 ada event macam ni.

6/21/2015 06:05:00 am

Tiap tahun sambut ek.. hdiah utk bos mana hehe

6/21/2015 06:52:00 pm

nmpk pale cik aisya mnyelit kt pic last tu..hehe
wahh meriah ye..rmai jgk staff ^,^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...