19/06/2015

Demand Gaji Besar Tapi Kerja Nak Goyang Kaki Aje...

Senarionya begini. Biasalah di tempat kerja. Mungkin kita pun ada terbuat juga.

Senario 1
Office Hours : Pukul 8.30 pagi sampai pukul 6.00 petang

Masuk office, pukul 9.30 pagi. Alasan bangun lewat plus jammed sana sini pulak. Tapi rumah tak jauh mana pun sebenarnya. 

Sampai pukul 9.30 pagi? On je PC dulu. Kerja kejap lagi lah jalan. Sembang sana sini dulu. Reply whatsapp dia dan dia dan dia dulu. Senang cerita mulut banyak bergerak. Bukan berdiskusi tapi berkata perkara-perkara yang tidak berfaedah. "Tahu tak kucing kita sekian sekian." ataupun "Sengal lah kawan kita ni, sekian sekian." Orang sebelah tadah telinga, tadah telinga kanan tapi telinga kiri kanan pun tak mendengar. Sibuk. Oh tangan pun banyak bergerak jugak. Facebook, Whatsapp, Instagram dan semua yang sejenis dengannya. Sejam kemudian, baru meletakkan fokus 25% untuk kerja-kerja office. Itu pun kalau bukan bulan puasa tambah lagi sejam untuk breakfast. Tadi kan bangun lambat, mana nak sempat. Itu baru breakfast, tak buka cerita time lunch lagi. 

Bila masuk part solat? Solat Zuhur setengah jam, solat Asar jugak setengah jam. Total semua sejam. Bukan apa, solat lima minit. Tidur lagi 25 minit. 

Time balik pulak usah cerita. Sebelum pukul 6.00 petang, dah tutup PC. Sharp pukul 6 kalau boleh dah masuk dalam kereta, cuma perlu tunggu roda kereta bergerak je. 

Tapi !!

Bila ada adhoc report, ada task yang urgent. Mulut tak berhenti merungut itu ini. Susahnya begini, susahnya begitu. Macam mana nak buat ni, macam mana nak buat tu. 

Tak tahan, ambik keputusan nak apply kerja lain lah !

**Masuk cerita apply kerja lain, itu dah senario yang berbeza pulak.** 

Senario 2
Expected Salary : RM3,000
Experience : less than 6 months
Qualification : Degree level

Cari kerja company gah-gah yang dah established sebab boleh demand gaji tinggi dengan employee benefits yang cukup menyenangkan. Dengan alasan tak tahan dengan kerja sekarang biarpun skop kerja cuma terhad pada satu. Tak cukup kaki tangan. Beban workload tak tertanggung rasanya. 

Biarpun jari tangan ada sepuluh semuanya. Tapi..

PC ada satu.
Tangan ada dua.
Email dan task ada beribu. 

Hantar CV. Hantar resume. Sana sini. Dengan harapan yang menggunung. 


Yes, indeed. Tapi merujuk kepada Senario 1, andai kata kalau sendiri pun tak ada masa nak kerja. Lebih kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya then how to love your job kan? Kalau tak sehari pun, at least for six hours lah. Duduk depan PC dan fokus. Bukannya whatsapp je lebih. Menyembang je banyak. 

Kalau dah sembang lebih, tak fokus macam mana kerja nak berkurang kan? Bila mana sendiri pun kurang effort untuk siapkan kerja. Sebab apa? Tak suka dengan pekerjaan sekarang?


Tapi itu semua, berbalik kepada sifat tanggungjawab jugak. Part whatsapp? Alah, semua orang sure buat jugak. Curi-curi reply whatsapp, bergelak sakan di group whatsapp masa time bekerja. Itu normal. Bukan lah straight berjam-jam hadap PC. Itu boleh gila namanya. Tapi kalau dah terang-terang tiap masa pegang handphone, depan boss siap sengih-sengih lagi rasanya itu dah di luar norma. Bila kerja banyak mula lah merungut. Bila dah tak tahan, mula lah cari kerja lain. Boleh lah demand gaji tinggi-tinggi sebab kononnya dah ada experience.

Tepuk dada tanya selera lah. Tanya diri sendiri. Ikhlas ke selama ni? Memang ada masa tu merungut juga. Tapi cuba renung-renungkan balik, apa tanggungjawab diri dan bagaimana diri menjalankan tanggungjawab tu. 

Ini kalau merungut je lebih, tapi kerja tak produktif kira bertanggungjawab ke tu? Part gaji pulak, setimpal ke dengan effort dan kerja kita selama ni? 

Wahai diri, renung-renungkan lah. Di mana letaknya anda?

p/s : Mata manusia kita boleh lah tipu, tapi boleh ke diselindungkan dari yang Maha Mengetahui? 

6 comments

6/19/2015 08:27:00 am

ada ramai yang bekerja makan gaji buta..lebih2 lagi tanpa orang atasan..banyak ngular dari kerja... :-))

6/19/2015 08:55:00 am

spot on, Aisya!memang ramai yang macam ni(diri sendiri pun terbuat jugak).tu yang kelakar bila ada yang berangan nak waktu kerja 6 jam je sewaktu bulan puasa macam kat Brunei.alahai 8 jam yang ada ni pun macamla buat kerja sangat..huhu

6/19/2015 09:46:00 am

sangat deep actually entry ni especially those yg working cuma mulut berjalan tapi hasil kerja takde. jujur cakap kat tmpt kerja aku pun ade makhluk yg cenggini kerja tau nak complain all the time.merungut kerja itu ini, padahal tak byk mana pun.. dah last minit kerja nya baru nak buat macam mana tak banyak dalam sesuatu masa. pastu merungut lagi kerja banyak lah tak sepat nak buat lah.. time management fail.. yg dia tahu salahkan org sahaje

6/20/2015 07:23:00 am

aah.. tak dinafikan mmg ada sejenis org yg macam tu.. bersyukur la dah ada kerja elok2 kan.. jgn sia2kan.. ramai lg yg takde kerja kot.. biar ada sikit rasa tanggungjawab atas setiap sen gaji yg dibayar.. hmmm..

6/20/2015 05:49:00 pm

mencuri masa nama nyer kalau macam tu.

6/21/2015 07:08:00 pm

sgt stuju dgn
"Love your job, dont love your company..'! ahaks!
indeedddd ^o^ smpai skrng msh lagi mcari cra bgmana utk LOVE MY JOB..coz kurang minat dgn skop kerja skrng..dri lebh minat dgn pniagaan..huhu ngeeee acanerrr

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...