04/06/2015

Royal FLORIA Putrajaya 2015

Ambik masa yang lama untuk menaip entri ini. Nak transfer gambar dari phone ke laptop. Then screening process gambar-gambar pulak. Kemudian resize plus letak watermark lagi. Kononnya je nak bagi alasan lebih padahal sendiri malas.  

So last weekend, lebih tepat hari ahad berjaya jugak menjejakkan kaki ke Floria Putrajaya. Last berkunjung ke Floria tahun 2011 rasanya kot. Kali pertama dan kali terakhir. Tahun ini pulak kawan baik Iolls yang gatal kaki sangat nak ke Floria. Lalu I, En. Barney and sorang lagi kawan baik I pun terheret sama.

Apa itu FLORIA? Senang cerita Pesta Bunga! Oh jangan terkejut kalau nampak bunga Lily dimana-mana. Bunga tema untuk Floria kali ini. 


Floria kali ini mengenakan bayaran RM5 untuk setiap pengunjung dewasa. Kalau kanak-kanak pula kalau tak silap RM1. Last time I pergi tak pulak berbayar and menurut kawan I pun last year masuk free je. Tapi tengok sekeliling bila dah masuk entrance tu agak berpuas hati. Berbaloi jugak lah dengan bayaran yang dikenakan. 


Masuk-masuk je tengok orang jual orkid. Perempuan ni dah la penggemar orkid. Ikutkan hati nak aje belikan nenek satu dua pasu tapi bila tengok harga, mak aih. Makan ratus-ratus okay. 


Diselitkan juga pameran kucing. Tapi tak banyak sangat pun kucingnya.  British Short Hair and large breed kucing adalah. 


Kucing besar gila hampir sama besar dengan anjing. Kucing yang di luar cage tu. Memang besar gila! Dah nama pun large breed kan. 


Salah satu tarikan utama Floria kali ini. Siap ada Spring and Winter Garden lagi. Tapi weolls tak masuk pun. Dah la kena bayar, beratur panjang lagi. Tak kuasa lah.

Masa weolls pergi tu, cuaca cantik je. Tak panas terik, tak ada hujan rintik. Just nice. Cuma terasa panas sebab bahang and haba tempat crowded kot. 



















Orang lain sibuk bergawai bersama family tersayang di kampung halaman, budak berdua ni pulak sakan  'mabuk' bunga. Tak pulang masa hari perayaan? Oh dah biasa bagi mereka. 


Satu-satunya gambar berempat. Thank you En. Barney sebab rajin melayan karenah perempuan ni pakej sekali dengan kawan-kawan baiknya. Biarpun kekadang tak faham pun apa yang weolls sembangkan. 

Oh ya, Floria masih lagi berlangsung di Anjung Floria, Precint 4, Putrajaya sehingga Ahad ini. So masih sempat uolls nak terjah. Boleh layari laman web Floria (www.floriaputrajaya.com.my) untuk maklumat lanjut seperti peta lokasi, perkhidmatan bas shuttle Nadi Putra dari Putrajaya Sentral ke Anjung Floria dan juga pelbagai lagi info lanjut mengenai Floria.


Saja nak tambah gambar yang sedia ada banyak. Belanja satu gambar Jambatan Putrajaya. Kekononnya gambar sunset yang tak berapa nak sunset lah.

p/s : Macam dah jumpa je venue buka puasa with Le GFs.

7 comments

6/04/2015 09:26:00 am

banyaknya bunga :-))

orkid nama mudah dijaga tapi sebenarnya payah ....

6/04/2015 09:37:00 am

bestnya..bla la blh sampai sana..:)

6/04/2015 03:32:00 pm

best la tak panas..
hehe

6/04/2015 06:55:00 pm

sekali lagi tak berkesempatan nak pergi. jauh sgt.

6/04/2015 11:20:00 pm

csntiknya bunga matahari tu..rendah tu je dah berbunga.bukan dia akan berbunga bila dah tinggi ke??heheh..

6/06/2015 01:58:00 am

Jangan tahun depan dia naik cas pulak. HUHU!

6/06/2015 04:02:00 pm

nice..
yaya xde ksemptn pun nk p..heeee

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...