25/07/2015

Alkisah Aidilfitri 2015 Part I

Empat hari berhari raya di kampung halaman yang tak berapa nak kampung sangat tu lah. Mungkin patut tukar jadi bandar halaman kot. Hari raya kelima dah terbang balik ke KL dan hari raya keenam dah start rutin harian duduk depan PC dan reply email yang ratus-ratus itu. 

Raya terakhir orang single. Sedih oi! Bukan apa, sebab raya je boleh kumpul satu family ramai-ramai. Menghabiskan masa dengan keluarga, sanak saudara dan rakan taulan tanpa perlu memikirkan perkara-perkara lain. Dalam kepala fikir nak raya aje. Nak pergi beraya rumah siapa, nak pergi melawat siapa. Raya pertama nak buat apa, raya kedua nak pergi mana. Dah la I is balik jumpa family setahun sekali bila raya aje. Paling-paling pun dua kali setahun. Tetiba rasa menyesal pulak jarang balik. Tiada guna menyesal sekarang wahai perempuan. Sobs. 

Eh eh tadi nak cerita pasal raya tapi masuk mood sedih pulak. By the way, orang lain dah lama dah cerita pasal hari raya, I pulak baru nak cerita hal yang dah nak basi. Peduli lah, raya kan sebulan? Hiks.

Ingatkan raya tahun lepas je malas nak ambik gambar. Raya kali ini lagi nan hado gambarnya. Er, kita mengamalkan polisi "No phone allowed during Raya". Kononnya lah. Puihh. 

Ooo balik kampung. Kampung tak sampai 20 minit je pun.

Raya pertama. Tema warna coklat. Sedondon perempuan bertiga, lelaki berdua. Lepas sembahyang raya, maka ke kampung la destinasinya. Tak sampai 20 minit dah sampai di destinasi yang dituju, rumah nenek. 


Dalam kereta wefie lah apa lagi!


Raya kedua, tema warna biru pulak. Cuma kali ini tak sedondon. Sayang pulak tak ada ambik gambar family. Ini semua gara-gara terlupa bawa monopod. Ceh, monopod pulak yang dipersalahkan. 


Balik-balik wefie dalam kereta. Sebabnya, dalam kereta je teringat phone. Dah keluar kereta, masuk rumah orang nak beraya terus lupa kewujudan phone. Sibuk melantak kek lapis sedap-sedap.


Kain songket hantaran tunang dari En. Barney. Buat baju kebaya. Bak kata tailor tempat I hantar kain, ni fashion kebaya lama. Yang orang tak buat dah zaman sekarang. Tapi kalau dah mata I tengok cantik, peduli apa ikut trend atau tak. Kan kan kan. 

Raya pertama dan kedua, habiskan masa dengan family ke rumah sanak saudara. Raya ketiga pulak sehari suntuk bersama kawan-kawan. Yang ini banyak sangat gambar, sebab tu kena buat kisah edisi raya part II. Dan raya keempat, sehari suntuk habiskan masa membakar kek lapis untuk dibawa terbang. 

Raya kelima? Tak payah cakap lah. Dah terbang pulang, Cuti raya dah habis. Sigh. 

p/s : Ada member cuti raya dua minggu oh. Jelly jelly. 

7 comments

7/25/2015 09:58:00 pm

Detik bersama keluarga itulah yang paling terindah sekali..

7/26/2015 11:17:00 am

muda lagi mak ayah AA..
tahun akhir sesorang..tahun depan dah berdua :-))

7/27/2015 02:00:00 pm

Dapat lagi duit raya tak?

7/27/2015 09:24:00 pm

serius cantik kebaya tu Aisya! Salam Aidilfitri..maaf zahir batin ye

7/29/2015 10:50:00 pm

ok la tu..yaya raya ke 4 dah koje da...hukhuk..
bila nk mai rye uma yaya ni =D ehehe

7/31/2015 08:13:00 am

Mesti ler dapat. Hehe

8/02/2015 02:11:00 pm

utg masih ada family ...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...