10/07/2015

#CountingDays : Rambang Mata Tengok Cincin Cantik-Cantik!

Rutin tiap tahun. Sure akan keluar berbuka dengan best friend sekali lah sepanjang sebulan berpuasa biarpun best friend I puasa makan je. Menahan lapar dia okay tapi part menahan dahaga dia surrender. Tapi bila ajak berbuka puasa bersama, dia yang over excited biarpun agama lain-lain, bangsa pun lain-lain. Kawan dah belas-belas tahun kot, kalau kira tahun ni dah masuk 16 tahun. Kawan baik dari kecik sampai sekarang kawan baik lagi. Hiks.

So kelmarin, planning berbuka bersama. Asalnya berempat termasuk En. Barney sekali tapi best friend yang sorang lagi ada study group pulak malamnya. Biasalah final exam.

Berbuka, makan dan menyembang. Iolls rasa satu kedai tu riuh rendah dengan weolls bergelak sakan. Tapi pedulilah sebab tak sure bila lagi dapat berjumpa lepas ni. Dah puas gelak bagai, angkat kaki balik lah. Lagipun keesokkan harinya hari bekerja.

Tapi sebelum melangkah ke kereta tu, sempat jugak menjenguk kedai emas. Memandangkan I dah heret best friend I sekali, En. Barney angkat bendera putih dah biar I dan best friend je yang terlibat dalam sesi pilih memilih ni. Dia malas nak pening kepala.

Bak kata sales person yang attend I malam tadi, lelaki memang begitu. Bila perempuan tanya, dia akan jawab cantik aje sebab lelaki tengok cincin tu sama je semuanya.


Kasut kahwin dah sudah, Kad Kahwin dan Baju Kahwin pulak dalam process. Dan sekarang ni memang dalam fasa mencari cincin kahwin pula. 

Trend zaman sekarang ni tak main lah orang bagi cincin dah, sekarang gelang atau rantai pulak. Tapi Iolls ni kan konvensional. Ring is better lah, baru rasa sikit nak kahwin tu kan. Simbolik ikatan perkahwinan tu. Kononnya. 


Cincin tunang hari tu ada satu batu, cincin kahwin pulak kena lah batu banyak lagi. Kononnya taknak cincin tunang outshines cincin kahwin. Gitu pulak kan?

Semalam pilih-pilih, I tertarik pulak dengan cincin yang jenis 3 stone macam gambar di atas ni. Bila tengok pilihan I menjurus kepada cincin yang begini, sales person then ambik semua cincin yang rupa macam ni. 

Tapi perempuan ni cerewet. Batu taknak besar, then taknak terkeluar sangat. Band tak nak nipis, nak yang sedang-sedang. Besar sangat pun tak mau. Tak nak design yang bunga-bunga or ada swirl bagai. Nak yang simple. Tapi simple sangat pun tak nak. Dan menyerlah sangat pun tak nak jugak.

Senang cerita cincin yang just nice di mata Iolls tu sangat susah nak dicari. 


Agak lama jugak sesi pilih memilih semalam sebab rambang mata tengok cincin cantik-cantik tapi rasa macam banyak yang tak sesuai dengan jiwa I pulak. Amboi bukan main jiwa bagai kan. 

Tapi pilih punya pilih, alhamdulillah jumpa jugak satu cincin yang menepati citarasa. Yang penting ada tiga batu. Hiks. 


Tips beli cincin kahwin versi I dan En. Barney

1. Set budget. Berapa ratus, berapa ribu untuk sebentuk cincin. 

2. Fikirkan dari awal sama ada nak cincin emas biasa or nak white gold. Macam I, tak suka white gold so dari awal lagi I dah reject. 

3. Kalau boleh fikirkan nak ring setting or diamond cut yang macam mana pun elok jugak. Tapi macam I, setting or cut ni I tak ambik pusing sangat. Asalkan cantik di mata dan jari dah memadai. 

4. Survey dalam masa sebulan, kurang atau lebih. Masuk dari satu kedai emas ke kedai emas yang lain. Survey design kedai mana yang cantik. Di sini kita dah narrow down kedai dah. 

5. Dah tau nak cari cincin di kedai yang mana, baru duduk lama-lama pilih cincin yang berkenan pulak. Mana yang dah tau nak cari ring setting dan diamond cut yang macam mana tu senang. Tapi bagi I, jangan lah tetapkan setting dan cut awal-awal sebab nanti uolls akan rasa macam choice tu sangat terhad. Terikat dengan pilihan yang dah ditetapkan.

6. Kalau uolls rambang mata tengok banyak sangat cincin cantik, narrow down pilihan dengan pilih 3 yang paling uolls berkenan. Ini tips yang I dapat dari sales person kelmarin. Dia tengok I dah pening pilih cincin bila mana semuanya cantik. So dia suruh I pilih 3 cincin yang I rasa paling cantik dan sesuai. Dan dari tiga tu baru pilih mana yang paling uolls suka. 

7. Nak effect yang lagi cantik, sarung cincin di jari manis dan tengok jari tu depan cermin. Ini pun sales person tu yang ajar. Tapi memang nampak lagi cantik lah. Shining shining lagi. Hiks.

Thanks Jambu sebab sama-sama rasa rambang mata!

Akhirnya wedding ring I dah settle. Next stop, nak cari cincin untuk En. Barney dah. Yang ini tinggal nak beli je sebab memang dah aim dah nak beli yang mana satu. 

p/s: En. Barney dari awal sampai sudah senyap dan tengok aje kat tepi. Teruk sangat surrender tu. (^_^)

7 comments

7/10/2015 02:47:00 pm

tak sabar nak tengok ni!!!

7/10/2015 03:23:00 pm

berapa hari lagi sebelum big day?

7/10/2015 05:51:00 pm

akak dulu payah cari cincin khawin coz tak ada saiz..mujur dapat yang sesuai..:-))

bau nasi minyak makin kuat....:-))

7/10/2015 09:36:00 pm

kite suka emas putih... sebab kita rasa hitam bila pakai emas merah. HIHIHI.

7/10/2015 09:41:00 pm

betol la tuh.. laki tengok cincin semua sama je.. hehehe

7/10/2015 11:43:00 pm

sonoknya,,,, xsbr nk tgk cincin tu

7/12/2015 11:02:00 am

Haha. Jangan tanya oi. Stress!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...