23/08/2015

Permohonan Nikah Secara Online Melalui E-Munakahat Jabatan Agama Islam Sarawak

Kurang dari sebulan. Semak checklist. Apa lagi yang belum dibuat. Tick sana, tick sini. Tapi kalau yang lain-lain dah settle, borang permohonan nikah tak diisi lagi pun tak ada guna jugak kan? Takkan benda paling penting dilupakan pulak ye. Hiks. 

I pun baru je minggu lepas settle kan borang sendiri. Mula-mula tu tertanya-tanya jugak lah macam mana I nak isi dan hantar borang nikah ni? Nak kena ambik borang di Pejabat Agama Bahagian ke? Jauh tu. Tuan punya badan di Shah Alam nak ambik borang di Miri, Sarawak. Nak suruh family pos atau macam mana? Dokumen-dokumen lampiran lagi untuk dicop and sign. Okay pening. 

Nasib baik zaman sekarang ni cukup memudahkan. Semuanya dihujung jari. Search website Jabatan Agama Islam Sarawak, jumpa tatacara permohonan nikah.



Apa yang Iolls buat first sekali adalah semak dokumen-dokumen lampiran yang diperlukan untuk permohonan nikah. Download mana yang perlu seperti Pengesahan Status Perkahwinan oleh Ketua Masyarakat / Majikan dan Persetujuan Wali. Emailkan borang kepada family, minta tolong bapa isikan kedua-duanya memandangkan Iolls jauh lah nak balik untuk settle kan yang dua ini dan kemudian scan and email kepada I semula. 

Dokumen lampiran dah settle baru lah kita boleh memulakan sesi mengisi borang pulak. 



Peraturan Am Permohonan Nikah Secara Online
  1. Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan secara online dengan menggunakan akses internet.
  2. Hendaklah mengisi butiran dalam borang online menggunakan HURUF BESAR
  3. Mengenalpasti jenis permohonan berkahwin (Permohonan Nikah Dalam Bahagian dan Luar Sarawak, Permohonan Nikah Antara Bahagian, Permohonan Nikah Kenyataan Pendaftar)
Bila uolls klik Permohonan Nikah dan isikan jenis permohonan, uolls akan lihat paparan seperti di bawah. Untuk jenis permohonan, gerakkan cursor di atas text. Seperti contoh, gerakkan cursor di atas perkataan "Dalam Bahagian", akan muncul satu box kecik yang kononnya explaination supaya pemohon dapat mengenalpasti jenis permohonan masing-masing. Tapi kalau nak betul-betul confirm boleh jugak call Pejabat Agama Islam Bahagian masing-masing.

Klik untuk lebih jelas

Oh by the way, I tunjuk sekerat aje borangnya. Ada banyak lagi yang perlu diisi untuk Maklumat Pemohon Lelaki. Sebagai contoh, sediakan alamat office uolls siap-siap. Untuk pengantin perempuan pun sama. 

Dah settle isi maklumat pemohon lelaki, isikan Maklumat Pemohon Perempuan

Klik untuk lebih jelas

Sama jugak lah macam maklumat pemohon lelaki, Iolls tunjuk sekerat aje tapi maklumat yang diperlukan untuk kedua-dua pemohonan sama je. Dokumen lampiran yang perlu, gambar ukuran passport untuk kedua-dua pemohon

Klik seterusnya, Maklumat Wali pula.

Klik untuk lebih jelas


Antara dokumen lampiran yang dikehendaki bagi maklumat wali adalah, Surat Asal Perakuan Nikah Ibubapa Perempuan (sekiranya masih berkahwin) atau Surat Cerai Ibubapa Perempuan (sekiranya telah bercerai).

Klik untuk lebih jelas

Seterusnya untuk maklumat akad nikah pula. Isikan mana petak wajib yang bertanda *.

Untuk jurunikah, boleh lihat senarai jurunikah melalui e-munakahat portal. Cuma prosedur untuk ini I is tak berapa nak sure lah. Macam I, bapa call sendiri jurunikah. Nyatakan tarikh dan masa. Bila jurunikah kata confirm tarikh dan masa tersebut so boleh lah proceed. 

Ada jugak satu kes tempoh hari masa I di Pejabat Agama Bahagian, pemohon datang ke Pejabat Agama untuk bertanya tentang jurunikah. Staff just bagi nombor telefon jurunikah then advise pemohon untuk contact direct jurunikah. Confirm kan sama ada jurunikah available untuk tarikh dan masa yang pemohon nak. 

Bila uolls klik "Seterusnya" lepas isi Maklumat Akad Nikah, akan keluar paparan Ringkasan Pendaftaran. Semua yang uolls dah isi tadi tu lah. Ini I tak tunjuk lah eh. Hiks. Simpan dan cetak ringkasan tersebut. Dan pastikan jugak maklumat yang diisi adalah betul. 

Klik untuk lebih jelas.

Last step adalah Lampiran. Ada beberapa tips untuk pemohon bila sampai part Lampiran Maklumat Akad Nikah ni;
  1. Total saiz untuk semua dokumen adalah tidak melebihi 2MB. Ulang balik, semua ya. Bukannya setiap satu kurang dari 2MB. 
  2. Boleh langkau step memuat turun dokumen dalam mengisi borang secara online. Akan tetapi, uolls tetap kena hantar dokumen tersebut ke Pejabat Agama Islam Bahagian. Sama ada hantar terus ke pejabat ataupun melalui e-mail. 

Macam Iolls tempoh hari, sangkut kat saiz dokumen lah! Ingatkan satu dokumen tak lebih dari 2MB. Rupa-rupanya semua. Nasib baik I nak balik Miri untuk hantar barang jugak. Boleh lah singgah Pejabat Agama sekejap. So print semua dan hantar terus.

So untuk Lampiran Akad Nikah ni, I rasa better uolls skip je. Tak payah upload melalui online. Lepas klik "Simpan Dan Hantar", uolls akan dapat email berserta Slip Hadir Ke Pejabat seperti ini;

Klik untuk lebih jelas

Dokumen lampiran yang diperlukan tu lebih kurang sama je. Tapi make sure dokumen semua complete sebelum uolls jejak kaki di Pejabat Agama ye. Nanti tak memasal kena datang balik untuk melengkapkan borang permohonan.

Dah settle hantar borang, dah settle juga bayar RM25. Resit pembayaran jangan buang ye sebab seminggu atau dua minggu lepas akad nikah kena datang balik Pejabat Agama untuk ambik kad nikah pulak. 

p/s : Settle yang ini. Boleh tarik nafas lega 5%. 

sumber : E-munakahat Portal Jabatan Agama Islam Sarawak.

6 comments

8/23/2015 11:19:00 am

makin dekat makin berdebar kan...mudahan semua urusan dipermudahkan :-))

8/23/2015 11:19:00 am

Alhamdulillah memudahkan..

8/23/2015 03:05:00 pm

Salam, hoho..aku pun nasib baiklah Johor pun ade online form cmtu jugak..so skang ni sbb belah laki lain negeri, kena lah tggu beliau dulu, baru aku leh setelkan aku punye kat sini, haha

8/23/2015 09:19:00 pm

Mudahnya kemudahan sekarang, hanya dihujung jari je ;)

8/29/2015 10:38:00 am

wahhh bnyknye nk kne buat..
den pulak yg ponin..huhu

11/14/2016 09:56:00 pm

Mcm mane ye kalo dua2 permaustatin di johor dan ingin melangsungkan perkahwinan di sarawak..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...