20/09/2015

Kiriman PosLaju Dari Sungai Petani

Back dated punya cerita sebab ini lagi satu entri autopublish. Alkisahnya, dua hari sebelum Iolls start cuti. Time I tengah sibuk perah otak macam mana nak menjawab email client, tetiba ada number yang tak dikenali call.

Mr. Unknown : Hello, kitak ada dirumah sik? Kamek nak ngantar barang poslaju tok. Macam kosong jak rumah kitak tok. *Hello, awak ada kat rumah tak? Saya nak hantar parcel PosLaju. Rumah macam kosong je*

Nak je Iolls jawab, I ada kat Shah Alam. Ajaibnya kalau I boleh ada di Miri time tu. Terus call Mak, tanya ada kat mana. Sepatutnya Mak ada je kat rumah time tu sebab dia mengajar di sesi petang. Tapi I is lupa. Time UPSR Mak kena pergi pagi pulak. 

Abang PosLaju inform, nanti ambik parcel kat office PosLaju. Bagitau nama si abang PosLaju and alamat rumah untuk ambik barang disebabkan memang tak ada siapa pulak kat rumah. So mintak lah tolong Bapa pulak ambikkan parcel. Nak harapkan Iolls? Bila pulak nak ambik parcel kan. Apa yang ada di dalam pun tidak diketahui sebab pengirimnya hanya berhubung dengan En. Barney cuma. 


Tengok lah perangai kucing gebus tu. Nak jugak menolong. Padahal bukan tolong buka kotak pun. Dia aim nak masuk kotak je sebenarnya. 


Yang seekor lagi pun tak nak kalah, nak join jugak. Ish perangai masing-masing kan. Saja nak menganggu. Kalau membantu tak apa lah jugak. 

By the way, cousin En. Barney lah. Bagi bunga telur handmade (Iolls panggil bunga sabun sebab diisi dengan sabun bentuk love), potpuri and goodies bag untuk digunakan time majlis nanti. Bila ditanya dengan En. Barney, dia jawab dia dengar bunga aje. Bunga telur, bunga rantai entah apa lagi lah dia merepek. Lelaki kan. Faham lah. Eh.

Oh, bukan main jauh lagi dari Sungai Petani. Terima kasih! Bunga sabun tu kan, Iolls pulak yang berkenan. Wangi pulak tu. 

p/s: Parcel tu berat kot.

5 comments

9/20/2015 09:49:00 am

Comel cat hehee

9/20/2015 12:12:00 pm

hehe yg si oren tu menyibuk jugak kat situ ye.. comel

9/20/2015 02:15:00 pm

Wah dapat bunga sabun..dah lama tak nampak bunga sabun..suka bau dia..wangi je

9/20/2015 11:36:00 pm

salam
wahh untong r owg siap buatkan n hntr bunga lagi..hehe

9/21/2015 09:41:00 pm

jauh tu dari sungai petani..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...