30/10/2015

Makan-Makan & Gossiping @ Grafa, SS15

Petang semalam. Mentang mentang gaji dah masuk, cecepat plan dengan colleagues after office hours nak lepak mana. Asalnya nak melepak di suatu tempat untuk melantak ice cream. Sekali kedai tutup pulak dah. 

Plan A tak menjadi maka Plan B lah jawabnya. Tapi masalah sekarang Plan B pun tiada sebenarnya. Fikir punya fikir dan pusing punya pusing, colleague ajak lepak di Grafa yang terletak di SS15, Subang Jaya. Dah alang alang berada di kawasan itu kan. 


Memandangkan tempat tersebut dah dekat sangat dengan office En. Barney, jalan kaki pun 5 minit dah sampai makanya I macam biasa lah heret dia sekali. 


Bukan main serius je muka masing masing nak pilih makanan.


Sementera menunggu ketibaan makanan, sempat selfie wefie bagai. Weee


Chicken Parmesan with mashed potato and Vanilla Milkshakes untuk Iolls. Nasi Goreng Paprika Daging and Cocoa Mocha untuk En. Barney. 

Jatuh hati dengan Vanilla Milkshakes nya. Lemak berkrim dengan rasa vanilla yang sungguh mengasyikkan. Er, dah macam iklan TV pulak bunyinya. 

Mashed potato pun sedap. Om nom nom.


Before balik sempat lagi duduk di sofa depan kaunter dengan gaya memasing. Meroyan apa entah tiga budak hitam ni. Entah apa apa je gaya masing masing kan. Apa yang disembangkan pun tak tahu lah.

Grafa, SS15 Subang Jaya
Address : No. 55, SS15/4B, Subang Jaya

Lepak lepak dengan gaya santai sambil minum kopi. Cuma yang bezanya Iolls tak minum kopi lah. Oh gosip je yang lebih sebenarnya. Eh bukan gosip tapi masa untuk menyuarakan apa yang terbuku di hati. Amboi main buku buku pulak dah. 

p/s : Next lepak mana pulak kita ni? Eh!

6 comments

10/30/2015 08:49:00 am

meriah..

10/30/2015 12:43:00 pm

Kita dah penah mkn sini ..memang sedap mknan dia.

10/31/2015 03:39:00 pm

Best nya lepak ramai2..suasana yang kak yan rindui

11/01/2015 10:02:00 am

makanan tu nampaknya sedap dan menggemukkan...hihihi

11/02/2015 08:20:00 am

Hahahaha. Ok stress.

11/07/2015 07:50:00 pm

best sesekali lepak-lepak.. ;)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...