17/10/2015

[Movie] Pan

The Martians atau Pan? The Martians, member kata best. Pan pulak, Iolls kan memang peminat setia Peter Pan so mesti lah teringin nak tengok. Tengok tengok masa tayangan, Pan jugak lah yang menjadi pilihan. 

Er, ini kisah malam hari selasa tempoh hari. Iye lah hari rabu kan cuti. Tambah pulak birthday En. Barney, so apa kata keluar meronggeng kejap. Lagipun sekarang tak payah pening pening fikir pasal curfew dah, balik 3-4 pagi apa ada hal? Eh eh. 

Tengok movie hari selasa tapi hari ini baru nak berkongsi cerita? Faham faham lah, kemalasan bermaharajalela. Sigh. 


PAN - Synopsis

Living a bleak existence at a London orphanage, 12-year-old Peter (Levi Miller) finds himself whisked away to the fantastical world of Neverland. Adventure awaits as he meets new friend James Hook (Garrett Hedlund) and the warrior Tiger Lily (Rooney Mara). They must band together to save Neverland from the ruthless pirate Blackbeard (Hugh Jackman). Along the way, the rebellious and mischievous boy discovers his true destiny, becoming the hero forever known as Peter Pan.
Every legend has a beginning katanya kan. So jangan lah expect ini adalah kisah dongeng Peter Pan yang biasa uolls dengar. Ini adalah permulaan bagi Peter Pan. Kalau uolls macam Iolls, yang perasan dia masih kanak kanak riang maka kisah kisah dongeng begini sentiasa melekat kuat dalam ingatan, boleh lah relate watak dalam filem ni dengan watak yang ada dalam kisah Peter Pan yang biasa tu. Contoh macam Captain Hook. 

Welcome to Neverland!

Antagonis dalam filem ini adalah Blackbeard. Bukan Captain Hook ye. Watak Blackbeard ni teringat pulak I dengan movie Pirates of the Carribbean. 

Blackbeard ni yang jahatnya dia melombong fairy dust untuk kegunaan sendiri. Kegunaan sendiri tu terungkai if uolls pergi tengok movie ni lah. Tapi tak panjang pun kisahnya. 

Blackbeard

Apa kaitan perlombongan fairy dust dengan Peter? Dan apa yang menyebabkan Peter ni menjadi Peter Pan? Kalau jadi Peter Pan, seharusnya boleh terbang. Tapi Peter boleh terbang ke? 

Soalan soalan ni Iolls tak nak jawab lah. Nanti terbagi spoiler pulak. Hiks. 


Captain Hook, Peter Pan dan buaya berpisah lah tiada. Tapi sang buaya dalam movie Pan ni hanyalah sebagai cameo je. Kejap je munculnya. Saja nak kasi dup dap dup dap sikit buat penonton. 

Peter Pan

Movie ni kan bagi I, cliche lah bagi movie yang diadaptasikan daripada kisah kisah dongeng. Balik balik permulaan cerita, bagaimana semuanya bermula. Untuk movie ni pulak, rasa macam banyak sangat "fill in the blanks".

Tapi overall, best jugak lah bagi Iolls. Sebab Iolls kan kekononnya kanak kanak ribena yang suka cerita cerita begini. Ehem. 

p/s : Hotel Transylvania 2. Alah, nak tengok lah.

4 comments

10/17/2015 10:58:00 am

mesti tonton movie ini.. ;)

10/17/2015 11:03:00 am

Alah..nak tengok gak.Kita pun suka citer kanak2 cmni hahaha

10/17/2015 08:54:00 pm

memang tengah memikir nak tengong wayang cite amende weekend ni. boleh kot try tengok cite ni. hehehe

10/18/2015 08:01:00 am

Macam best... tapi, tadak geng nak tengok... sobbb

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...