22/10/2015

Wedding Story #8 : Petua Inai Merah Berseri

Macam yang Iolls janjikan dalam entri yang lepas [Wedding Story #7 : Henna], I nak kongsikan petua mix and match yang Iolls dapat dari nenek dan seorang rakan blogger agar inai di jari nampak cantik berseri seri di hari bahagia. Amboi bukan main berseri seri lagi kan.


Macam yang I cerita dalam entri wedding yang lepas lah, tiada istilah Malam Berinai menurut konteks masyarakat sekarang. Yang ada cuma nenek pakaikan inai di jari kaki dan di juga di jari tangan. Tetamu? Lagi lah tak ada. 


Tak tau kenapa suka sangat tengok inai sendiri. Warna tak lah oren, merah hangus tak jugak. Yang nampak merah cantik je. 

Masuk bakul angkat sendiri sungguh. Puih. Mata sendiri yang tak helok padahal warna biasa je lah. 

Nak dapatkan warna inai yang beigini mudah aje. Actually petua yang Iolls nak bagi ni adalah dua petua yang berbeza tapi Iolls gabungkan menjadi satu. 

Bahan-bahan
1. Daun Inai
2. Inai Instant 
3. Limau Kasturi

Cara - cara : Petua A
Yang ini Iolls dapat dari nenek kesayangan hamba. Sebelum Nenek bagi Petua Hilangkan Gemuruh Sebelum Majlis, nenek bagi petua yang satu ini dulu. In fact, memang dah lama tahu pun tentang ni. 

Orang tua tua kata, nak bagi warna merah inai tu naik cantik aje, perah beberapa biji limau kasturi masa blend daun inai. Kalau blend daun inai guna air, gantikan lah air tu dengan air perahan limau. 

Ada juga orang tua tua kata, blend daun inai sekali dengan beras merah. Ini pun menaikkan lagi warna inai. Tapi I tak pernah try petua ni. Selalu perah limau je. 

Nota: Bila pakai agak pedih sedikit lah. Limau kan. Tapi itu lah yang baiknya. Iolls cukup suka kalau pedih berinai. Lepas tu masalah jejari pun hilang. Eh. 

Cara - Cara : Petua B
Petua yang satu ni Iolls cedok dari seorang blogger merangkap officemate merangkap geng gilos keluar lunch tengahari lepas tu bermesyuarat tingkap sebentar sebelum balik pukul 6.00 petang. Tak lain tak bukan Ibu Aqeel dan Ammara ni lah. 

Kak Aznor cakap, kalau campur inai instant dengan inai daun, hasilnya pun tiptop marvelous jugak. So I pun try lah. Daun inai yang dah siap di blend dengan perahan limau tadi, campur pulak dengan inai instant. Nak guna yang paste tu pun boleh. Picit aje satu tube ke dalam inai blend tadi tu. 

Finally siap sedia untuk ditepek di jari! 

Oh ya basic step untuk pakai inai agar line inai tu cantik sekata aje, lekat selotape di jari. Selotape keliling jari takat mana inai yang uolls nak. 

Ada orang pakai inai semalaman untuk mendapatkan hasil yang very the gorgeous, Iolls pakai tak sampai dua jam pun. Tak tahan  lah nak menunggu. Nak bawa tidur lagi lah tak selesa. Tapi nasib baik warna cantik aje. Hiks. 

Semalam. Pantai Teluk Kemang, Port Dickson

Inai di jari tu tak completely hilang lagi. Kalau kuku kaki standard lah lama baru habis kan. Colleague pun ada tegur, lama jugak inai tu lekat eh biarpun dah sebulan. 

Alah biasalah, inai yang cantik untuk orang yang cantik. 

Okay, muntah hijau ungu merah biru jadinya!

p/s : Bila nak buat entri pusing pusing negeri di bawah bayu ni. Dah almost a month jugak. 

10 comments

10/22/2015 08:32:00 am

dulu2 nenek saudara sy sentiasa basahkan inai kat jari dgn air limau/air asam jawa. mmg merah! cuma letih la tunggu sebab inai xkering2. haha

10/22/2015 11:21:00 am

OMEY SANGAT LETTEW INAI DIA...HAHAHAHA...

MAAP LA CAPLOCK..MALAS NAK TAIP BALIK :p

10/22/2015 12:30:00 pm

Cantikyaaaa inai dia :)

10/22/2015 09:43:00 pm

Nice sharing sis. Boleh try mun kamek nak kawen kelak. Heheh.

http://angellovesoldier.blogspot.my/

10/23/2015 05:24:00 pm

Cantik xoren sangat Dan xmerah gelap sangat. Kalo merah gelap ioll pun xsuka hihi

10/24/2015 03:09:00 am

OK THANK UUU HIHIH QILA LUPAAA PETUA NI UGHHH
<3
haihhhh comel sangat tuan blog ni huhuhu dh la selalu puji diri sendiri huhu :p

10/24/2015 12:32:00 pm

baru tahu ada petua untuk berinai ni.. memang tahan lama inai yang dipakai tu..

10/26/2015 08:13:00 am

Ktorg letak masa blend tu. Kalau basahkan gitu mmg tak kering lerrr. Hehehe

10/27/2015 02:48:00 pm

Aa kulit putih tu inai nampak cantik..macam kak yan terlebih putih..huhu inai tak terang

11/02/2015 05:46:00 pm

saya berkenan tengok cincin akak tu.. hahaha..
saya tak suka pakai inai dah sekarng.. huhu
lg2 yg instant..,pernah cuba pakai habis merah,gatal..alergik

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...