01/10/2015

Wedding Story Part I : Final Fitting Sebelum Majlis

Sebelum I menangguhkan lagi ceritera wedding yang dah sekian lama tertangguh, ada baiknya kalau Iolls mula bercerita dari sekarang. Ceh, macam lah orang tertunggu-tunggu cerita kahwin dia. Kalau drama TV3 pukul 7 pentang tak apa lah jugak. 

By the way, mari mulakan dengan kisah sebelum kahwin. Ala-ala kisah pre wedding lah kaeahnya. Final fitting seminggu lebih sebelum majlis. Sebabnya baju baru siap. Tukang jahit di Ipoh so ambik masa nak pos baju. Orang butik bagitau, tukang jahit merangkap owner butik tak menang tangan nak jahit semua baju customer so terpaksa tarik si adik pulak untuk cover. Nasib baik adik beradik turun temurun tukang jahit ye. 

Disebabkan baju lambat siap, lambat pos so agak kelam kabut sikit lah nak pergi fitting. Dengan I yang tak terkejar dengan kerja office. En. Barney pulak sana sini outstation. 

Dan disebabkan tak sempat dah nak fitting baju on weekend, makanya terpaksa lah redah jammed time peak hour orang balik kerja di Shah Alam tu ha. Sharp 6.00 petang En. Barney sampai office I, time tu En. Barney baru balik dari outstation di Segamat. Nasib baik highway tak jammed kan. Kalau tidak memang lagi terkejar-kejar lah weolls.  Heret colleagues 2 orang ikut final fitting. Sambil-sambil tu boleh diorang cuci mata dan rambang mata tengok baju kahwin. 

Terima kasih banyak banyak buat pihak butik yang sanggup tunggu weolls biarpun waktu operasi sampai pukul 7.00 - 8.00 malam je. Demi customer yang disayangi katanya. 


Busana from head to toe butik sediakan. Er, minus toe lah kot sebab kasut sendiri punya. Prepare tudung and kasut je, yang lain tak perlu pening-pening dah. Semua provided. Veil, crown, bunga tangan bagai. 


Nampak macam pink tapi sebenarnya tak nak pink pun sebab Iolls tak minat pink! Nak warna yang berada di tengah-tengah pink - purple. Pink bukan, purple pun bukan. Ha, pening tak pening orang nak mencari. At least betul lah warna yang Iolls nak, cuma kurang tepat sebab lebih kepada warna pink. 


Yang paling Iolls suka adalah veil! Biarpun jenis yang labuh tapi just nice je dengan baju. Nampak sweet je. Sweet macam orang yang memakainya jugak. Ehem. *masuk bakul angkat sendiri. Pfft!*


Suka wedding dress sendiri boleh tak? Sebabnya tak heavy, tak panjang meleret, tak itu dan tak ini. Oh sebenarnya I sendiri yang request design begini. Dan hasilnya memang memuaskan. Ada lah minor error sana sini tu tapi bila tengok cermin terus lupa sebab berangan jadi Puteri Kayangan dari langit ke sembilan belas yang turun ke bumi. Eh. 

Nasib baik mimpi tak jadi kenyataan oi! Mimpi boss baju kahwin tak muat dan mimpi Iolls baju kahwin warna lain, semuanya hanya sekadar mimpi je. Fuh, nasib baik. Hiks.

p/s : Lepas ni nak cerita pasal apa pulak eh?

10 comments

10/01/2015 08:31:00 am

Cantik..mcm meleret jugak..susah tak nak jalan hehe

10/01/2015 09:28:00 am

cantik sgt..:)

10/01/2015 11:47:00 am

wah...cantiks sgt!!

10/01/2015 01:52:00 pm

cantiknya!!!!

10/01/2015 06:07:00 pm

cantiknya baju pengantin dia...:)
btw, selamat pengantin baru in advance. boleh gitu? ^^

10/02/2015 08:15:00 am

Susah jugak bila part sapu lantai. Hahahaha

10/02/2015 08:16:00 am

In advance? Hikhik.
Boleh lah

10/02/2015 10:28:00 pm

mana entri kahwin? hehehe...

10/03/2015 11:00:00 am

:-)) pandai juru solek...nampak perbezaan solekan...cantik..seri pngantin naik

10/14/2015 11:42:00 am

shanteqq ^,^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...